INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
Showing posts with label UFO. Show all posts
Showing posts with label UFO. Show all posts

Misteri Orang Kenit

Monday, October 7, 2013

0 comments  

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

SESETENGAH pengkaji mistik percaya orang kenit berasal daripada keluarga jin yang berkahwin dengan manusia.
ORANG KENIT dikatakan makhluk yang bentuknya mirip manusia tetapi tubuhnya hanya sebesar tikus atau tupai.

Menurut cerita orang dulu-dulu, orang kenit sentiasa menyembunyikan diri kerana takut dicederakan manusia.

Pada tahun 2002, saintis Chile kebingungan berikutan penemuan makhluk setinggi 7.2 sentimeter di Hutan Simpan Valdivian di negara itu.

Ia dijumpai oleh seorang remaja, Julio Carreno, 15. Carreno berkata, orang kenit itu memiliki fizikal haiwan yang seakan-akan manusia. Ia mempunyai sepasang kaki dan tangan serta berkepala besar.

Carreno membawanya berjumpa doktor kerana menyangka makhluk itu sakit.

“Doktor yang memeriksanya terkejut kerana dia tidak pernah melihat spesies haiwan seperti itu,” tutur Carreno.

Malangnya, makhluk itu mati lapan hari kemudian.

Cerita itu tidak berakhir begitu sahaja. Selepas mati, bangkai makhluk kenit itu mengering seperti mumia.

“Pada mulanya badannya berwarna merah jambu sebelum bertukar menjadi lebih gelap dan hitam,” kata remaja itu.

Meskipun begitu, penyelidik Chile berpendapat ia mungkin janin hidupan liar seperti kucing hutan atau tupai kecil.

Pengkaji dari Universiti Sonto Tomas, Filipina pula mengatakan ia sejenis hidupan seakan-akan tupai iaitu monito de monte.

Tupai

Tupai itu merupakan spesies mamalia kecil yang tinggal di hutan Valdivian, Chile. Ia kerap menyembunyikan diri pada waktu siang untuk mengelak daripada dikesan musuh.

Bagaimanapun, cerita orang kenit di negara jiran, Indonesia lebih menggemparkan.

Lebih 100 tahun lalu, beberapa penyelidik yang membuat kajian di Taman Negara Kerinci, Sumatera, menemui makhluk berkaki pendek dan berlari seperti manusia di hadapan mereka.

MAKHLUK pelik yang ditemui oleh seorang remaja, Julio Carreno di Hutan Simpan Valdivian, Chile pada tahun 2002.


Kulit makhluk itu setinggi 70 sentimeter itu coklat kemerah-merahan manakala tubuhnya berbulu gelap panjang. Lengannya pula lebih panjang daripada kaki.

Haiwan kriptid itu dilihat pertama kali pada tahun 1910. Ia digelar dengan pelbagai nama seperti orang pendek atau orang kenit.

Pada 21 Ogos 1915, seorang saintis haiwan, Edward Jacobson menemui jejak misteri di hutan simpan itu.

Penemuan tapak kaki sebesar tapak tangan kanak-kanak sepanjang tujuh sentimeter memperkukuhkan dakwaan kewujudan spesies orang kenit yang mendiami kawasan hutan itu.

Namun, Edward gagal menemui kelibat makhluk berkenaan mahupun kediamannya.

Dua tahun selepas itu, pada tahun 1917, seorang pengurus ladang Belanda bernama Oostingh mendakwa terserempak dengan orang kenit di sebuah hutan berdekatan Bukit Kaba, selatan Jambi.

Beberapa tahun kemudian, Muzium Nasional Bogor menerima bangkai dipercayai milik orang kenit.

Sebelum itu, pihak muzium itu ada menawarkan hadiah bagi setiap penemuan bangkai makhluk kriptid tersebut.

Makhluk asing

Cerita tentang bangkai haiwan yang disangka orang kenit itu menjadi tajuk utama akhbar di Indonesia selama beberapa hari sebelum bangkai itu disahkan milik seekor kera.

Setelah lama menyepi, pada tahun 1989, pencarian orang kenit kembali hangat selepas seorang penulis Britain, Deborah Martyr mendakwa berjaya menemui jejaknya di barat daya Sumatera.

Jejak tersebut sepadan dengan tapak kaki anak Deborah yang berusia tujuh tahun.

Selepas mengkaji selama lima tahun, Deborah akhirnya berpeluang melihat sendiri orang kenit di Gunung Kerinci pada 30 September 1994.

Makhluk itu dilihat sedang berjalan dengan kedua-dua belah kakinya.

Setelah berjalan sejauh beberapa meter, makhluk itu berhenti sejenak, menoleh ke arah Deborah dan terus menghilang ke dalam hutan.

Malangnya, tiada bukti foto atau video yang dapat mengesahkan cerita itu.

Setahun selepas itu, semasa gempa bumi melanda Liwa di Lampung, Indonesia, beberapa penduduk tempatan sempat menyaksikan orang kenit lari bertempiaran dari hutan berdekatan kerana takutkan gempa.

SAIZ tapak kaki orang kenit yang berjaya dirakam sekumpulan penyelidik di Hutan Simpan Kerinci, Sumatera.


Pencarian orang kenit masih diteruskan sehingga hari ini. Terbaharu, sekumpulan pengkaji Pusat Zoologi Fortean di Universiti Cambridge, Britain melaksanakan misi menjejak orang kenit tahun lepas diketuai Adam Davies.

Beberapa foto telah hantar ke Universiti Cambridge dan ada khabar angin yang mengatakan gambar itu sahih.

Menurut seorang pengkaji paranormal, Rahim Hanipah, 53, beliau pernah mendengar kewujudan makhluk itu di negara ini berdasarkan cerita rakan-rakannya.

“Mereka menemuinya di beberapa kawasan di Johor. Ia setinggi 4 atau 5 sentimeter dan mirip manusia.

“Pakaiannya juga seperti manusia tetapi cepat melarikan diri apabila terserempak dengan orang.

“Sekali lagi, tiada foto atau video yang mengesahkan perkara ini,” ujarnya.

Rahim berpendapat orang kenit mungkin berasal daripada keluarga jin dan berkahwin dengan manusia.

“Mereka mempunyai tamadun tetapi tidak secanggih manusia. Mereka menetap di hutan, paya atau kawasan gunung-ganang yang sukar dijejaki manusia.

“Makhluk ini hidup berpasangan, perlu makan dan minum selain membiak seperti manusia,” katanya.

Seorang pakar objek terbang tidak dikenali (UFO), Ahmad Jamaludin, 56, berpendapat, peristiwa kemunculan UFO mempunyai hubung kait dengan orang kenit.

Katanya, bukti yang beliau kumpul sejak tahun 1979 mengesahkan kehadiran entiti orang kenit di negara ini.

“Saiznya kecil iaitu sekitar 3 hingga 6 sentimeter tetapi mereka sukar diperhatikan kerana hidup di alam ghaib lain sama seperti orang bunian.

“Mereka mempunyai senjata laser untuk menyerang musuh.

“Selain itu, mereka mengkaji corak kehidupan manusia sebelum pulang ke angkasa lepas,” katanya.

Ciri orang kenit
  • Berjalan dengan dua kaki
  • Berukuran antara 5 hingga 70 sentimeter
  • Mempunyai tapak kaki yang agak lebar
  • Tubuh ditutupi bulu berwarna kelabu
  • Didakwa mempunyai tenaga yang kuat kerana boleh mengangkat kayu balak
  • Boleh bergayut di dahan pokok dalam keadaan terbalik
  • Seorang saintis Britain, Richard Freeman berjaya menemui sampel rambut orang kenit di Taman Negara Kerinci, Sumatera, Indonesia.  Sebaik sahaja diteliti di makmal, dia mendapati rambut itu berasal daripada spesies haiwan yang tidak dikenali tetapi mempunyai 50 peratus persamaan dengan manusia.
  • Terdapat penyelidik mengatakan orang kenit ialah sejenis kera kriptozoologi yang memiliki tubuh seperti kera tetapi berjalan seperti manusia.

Kosmo!

16 Disember 2012

Hujan darah, hujan lembu

Monday, January 14, 2013

0 comments  

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

DEBU pasir Gurun Sahara didakwa penyebab berlakunya hujan berwarna di seluruh dunia

HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Begitu indahnya peribahasa Melayu itu yang bermaksud sesuatu itu sememangnya lebih baik di kampung halaman sendiri.

Bagaimanapun, fenomena hujan berwarna merah seakan-akan darah yang melanda Kerala, India selama dua bulan bermula 25 Julai 2001 masih menjadi misteri hingga sekarang.

Bukan sahaja lebih 500,000 meter padu air hujan turun pada masa itu malah penduduk mendakwa air hujan itu turut berwarna kuning, hijau dan hitam pada 10 hari pertama.

Lebih pelik selepas kejadian itu pakaian yang dijemur di ampaian di luar rumah bertukar merah seperti terkena darah.

Pada mulanya kumpulan saintis India berhujah peristiwa itu disebabkan oleh debu pasir dari Gurun Sahara di benua Afrika.

Namun, selepas penyelidikan lanjut dilakukan, elemen merah daripada air hujan itu didapati sel hidup yang tidak diketahui daripada mana asalya.

Komponennya ialah ialah 50 peratus karbon, 45 peratus oksigen manakala bakinya besi dan sodium.

Pasir gurun

Seorang pakar fizik dari Universiti Mahatma Gandhi, India, Godfrey Louis menolak teori hujan darah itu berpunca daripada debu pasir Gurun Sahara.

“Partikel air hujan itu jika dilihat menerusi mikroskop bukannya pasir atau debu sebaliknya bakteria yang terhasil akibat letupan komet yang memasuki Bumi.

“Lagipun tempoh dua bulan fenomena itu terlalu lama untuk dikaitkan dengan pasir gurun itu,” katanya.

Menurut Louis, hasil temu bual dengan beberapa orang saksi mendapati mereka terdengar bunyi letupan yang kuat hingga mengegarkan rumah mereka sejurus sebelum hujan turun.

Hujah itu dipersetujui pakar fizik Milton Wainright daripada Universiti Sheffiled di Britain.

“Terdapat kemungkinan kumpulan kelawar yang sedang berterbangan di udara mati akibat meteor yang meletup.

“Malah, ada hubungan yang kuat antara laporan hujan berwarna dengan aktiviti meteor,” katanya.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal dan dipersenda ramai pihak kerana tiada sayap dan anggota badan kelawar mati yang dijumpai di Kerala.

Mungkin pendapat saintis Patrick McCafferty dari Universiti Queen, Ireland lebih munasabah.

Beliau mengatakan terdapat 80 kes hujan berwarna di seluruh dunia.

“Terdapat 20 laporan air hujan bertukar menjadi darah serta 68 contoh fenomena yang sama seperti hujan berwarna hitam dan putih.

Merah

“Begitupun, sebahagian kecil daripada sampel berkenaan sahaja mempunyai kaitan dengan komet yang meletup sambil membawa sel hidup dari angkasa lepas,” ujarnya.

Tuturnya, laporan itu menyebut ada kaitan antara hujan berwarna dengan aktiviti meteor seperti kes di Kerala.

Misteri hujan darah di selatan India itu masih belum terungkai.

Bagi pakar fizik Fred Hoyle dan Dr. Chandra Wickramasinghe, teori usang yang disebut Panspermia mengatakan bahawa kehidupan di bumi berasal dari angkasa lepas mungkin menjadi jawapannya.

Mereka berpendapat terdapat gas yang merupakan antara kandungan bintang dan mengandungi bakteria, turun ke Bumi bersama hujan.

“Ketika gas itu membentuk sistem bintang, bakteria yang ada di dalamnya tetap bertahan sebelum memasuki komet.

“Komet itu kemudian mengenai sinaran matahar. Panas matahari mencairkan permukaan komet sebelum memasuki planet lain termasuk Bumi dan membawa bersama bakteria itu,” katanya.

Pengkaji makhluk asing tempatan, Ahmad Jamaludin berpendapat, hujan darah itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ataupun entiti asing yang mendiami angkasa lepas.

“Kejadian ini pernah berlaku iaitu hujan lembu di Kentucky, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1876 serta hujan ikan dan katak di Jepun pada Jun 2009.

“Mungkin entiti hidup sebenarnya berasal dari alam lain yang hidup di bumi tetapi tidak dapat dilihat oleh manusia,” katanya kepada Jurnal.

Kosmo!

27 Mei 2012

Stonehenge dibina entiti asing

Saturday, March 10, 2012

0 comments  

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

PEMANDANGAN Stonehenge dari udara yang berbentuk bulatan. Sesetengah masyarakat Britain percaya monumen ini dibina oleh UFO.


MONUMEN batu besar Stonehenge di England yang sering dijadikan wallpaper berjuta-juta komputer di seluruh dunia kekal misteri sehingga kini.

Batu megalit prasejarah itu masih kukuh berdiri di kawasan terbuka di Salisbury, kira-kira tiga kilometer ke barat pekan Amesbury, Wiltshire di selatan England. Ia dibina kira-kira 5,000 tahun lalu.

Masa selama lebih 1,000 tahun diambil untuk menyiapkannya dengan menggunakan tenaga ribuan pekerja.

Bagaimanapun, daripada 30 batu asal setinggi bangunan tiga tingkat yang didirikan, tinggal 17 ketul batu sahaja sekarang.

Kawasan seluas 13 kilometer di sekitarnya juga tidak mempunyai apa-apa struktur bangunan.

Lingkaran eksentrik batu itu bukan sahaja berkisar mengenai siapa yang membinanya bahkan bagaimana batu itu diangkut ke lokasi sekarang.

Ada yang mengatakan batu itu berasal dari barat daya Wales dan dibawa melalui jalan laut sebelum diangkut menggunakan kayu yang diluncurkan semasa musim salji sebelum tiba di Salisbury.

Batu pasir seberat 40,000 kilogram itu dikatakan oleh ramai pengkaji berasal dari Marborough Downs iaitu satu kawasan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari tapaknya sekarang.

Terdapat juga teori mengatakan lubang yang dalam perlu dibina untuk meletakkan batu itu pada kedudukannya. Tali mungkin digunakan untuk menarik batu ke atas sebelum dihamparkan di atas batu yang berada dalam kedudukan menegak.

Namun, sehingga kini tidak seorang pun tahu proses batu-batu gergasi itu diangkut.

Ia sama seperti misteri batu besar yang digunakan untuk membina piramid pada zaman Firaun di Mesir. Batu piramid di Luxor dikatakan dibawa dari Aswan yang terletak 800 kilometer ke hulu Sungai Nil.

Teori UFO

Ada dakwaan menyebut setiap bongkah batu Stonehenge itu dibawa oleh lebih 600 lelaki.

“Ia satu persoalan yang masih belum terungkai dan memerlukan penjelasan mendalam.

“Tetapi saya percaya Stonehenge merupakan satu kuil suci,” kata Ketua Jabatan Arkeologi dari Universiti Bournemouth, Britain, Timothy Darvill.

Ironi, Darvill sendiri belum mendapat bukti kukuh untuk mengesahkan teorinya.

Batu pelik itu juga dikaitkan dengan pusat peredaran bumi dengan paksi semesta.

Pada Disember 2009, komuniti pengikut fanatik kepercayaan pelik itu telah berkumpul di Stonehenge untuk menyambut ritual Solstis Musim Sejuk.

Sambil mengenakan kostum pelik menyerupai pakaian manusia zaman batu, mereka berkumpul dan mengikuti ritual tradisi masyarakat Keltik kuno.

Persoalan mengenai kewujudan batu itu tidak terhenti begitu sahaja. Satu lingkaran gergasi yang aneh ditemui berdekatan batu itu pada tahun lepas.

Lingkaran yang mempunyai diameter 61 meter itu dipercayai dibuat oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), daya tarikan medan magnet atau buatan manusia sendiri.

Pengkaji fanatik UFO mengatakan batu itu diangkut dan disusun oleh mahkluk asing memandangkan teknologi manusia kuno tidak mungkin dapat membina batuan yang unik sifatnya.

Dalam pada itu, beberapa pengunjung dilaporkan mengalami kejadian pelik semasa mengambil gambar atau merakam video di Stonehenge.

Mereka mendakwa terdapat objek dan imej misteri yang tidak dapat dijelaskan wujud dalam gambar dan video yang mereka ambil. Selain itu, pengunjung kerap bertemu dengan individu misteri yang ghaib secara tiba-tiba.

Bagi pakar geologi Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, masyarakat pada zaman dahulu sebenarnya mempunyai kecanggihan dari sudut sains dan teknologi.

“Mereka mungkin memiliki alatan tertentu untuk memindahkan dan menegakkan batu yang beratnya sehingga beribu kilogram.

“Walaupun fenomena ini sukar dijelaskan akal tetapi ia tidak mustahil,” katanya.

Ujarnya lagi, kawasan batu Stonehenge itu juga digunakan untuk pemujaan dan ritual tertentu.

“Asal usul batu itu serta masyarakat yang membinanya sangat sukar untuk dikenal pasti kerana pada batu itu tiada tulisan atau gambar yang boleh menceritakan mengenai kewujudannya.

“Malah, kerajaan kuno mana dan apa corak kehidupan mereka juga tidak diketahui,” ujar Mohamad Ali kepada Jurnal.

Pengkaji alam misteri dan sejarah purba, Drs. Mohammad Idrus Abu Hanifah pula mendakwa Stonehenge ialah milik orang asli Yunani.

“Tiada misteri sebenarnya dan tidak pelik apabila manusia zaman kuno mampu mengangkat dan memindahkan batu dengan kudrat mereka.

“Hakikatnya mereka menggunakan bantuan makhluk halus. Itu membolehkan mereka memiliki kekuatan luar biasa,” katanya.

Ujar Idrus lagi, perkara yang sama berlaku dalam pembinaan Candi Borubudur di Indonesia dan Piramid Giza di Mesir yang mana mereka yang membinanya didakwa mendapat bantuan daripada makhluk halus.

“Dahulu tiada kepercayaan agama. Manusia juga menyembah batu termasuk Stonehenge sendiri yang dianggap mempunyai kuasa penyembuhan,” katanya.

Info tentang Stonehenge

Batu Stonehenge di England telah menarik perhatian ahli arkeologi, mubaligh dan peminat kisah mistik untuk mengkajinya.

Setiap tahun kawasan batu itu menerima kunjungan lebih 850,000 pelancong.

Tiada siapa mengetahui bagaimana batu-batu gergasi itu dibawa serta diletakkan tetapi ada kajian mengatakan setiap bongkah memerlukan tenaga 600 lelaki untuk menggerakkannya.

Stonehenge juga didakwa satu kuil suci yang boleh menyembuhkan penyakit.

Bahagian paling menarik di Stonehenge ialah bahagian tengahnya yang menjadi tapak untuk menyusun batu-batu megalit itu pada kedudukan sekarang.

Kosmo!

18 Disember 2011

Pencarian kembar bumi

Thursday, December 22, 2011

0 comments  

PENYELIDIKAN untuk membuktikan kewujudan makhluk asing seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood seperti E.T. dan Avatar sudah lama dimulakan. Begitupun, belum ada bukti yang dapat menyokong teori itu.

Malah, hidupan lain seperti bakteria dan tumbuh-tumbuhan di bulan atau planet lain juga tidak diketahui kewujudannya.

Bagaimanapun, penemuan sebuah planet baharu yang mempunyai banyak persamaan dengan bumi awal minggu ini oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat memberi dimensi baru dalam penyelidikan tentang kehidupan di angkasa lepas.

Diberi nama Kepler -22b, planet yang terletak di luar sistem suria bumi itu berada di dalam zon boleh dihuni.

Ia mempunyai suhu selesa yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk seakan musim bunga iaitu sekitar 22 darjah Celcius.

Bahkan, keadaan geofizikalnya yang mempunyai air dan tanah melengkapkan lagi potensi terbaik planet tersebut untuk menampung kehidupan.

Dengan saiz 2.4 kali lebih besar berbanding bumi, planet itu ditemui melalui teleskop Kepler milik NASA yang dilancarkan pada tahun 2009 untuk mencari planet-planet baru.

"Penemuan Kepler -22b adalah satu sejarah baharu manusia.

"Sebelum ini pakar astronomi pernah menjumpai dua planet di dalam zon sama tetapi ia tidak mampu menampung kehidupan," ujar Profesor Astronomi di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS), Geoff Marcy.

Persamaan

Geoff yang juga perintis usaha mencari planet di luar sistem suria bumi menjelaskan, penemuan planet baharu ini membuktikan penerokaan NASA untuk mencari planet serupa bumi tidak sia-sia.

"Walaupun perlu meneroka jauh di luar angkasa, kita sebenarnya semakin hampir dengan matlamat itu," katanya.

Selain suhu yang selesa, tanah dan air, Kepler -22b yang jaraknya dikatakan 15 peratus lebih dekat dengan bintang seakan matahari berbanding bumi.

Kepler turut mengelilingi 'bintang matahari' itu dalam tempoh 290 hari setahun iaitu hampir menyamai 365 hari setahun di bumi.

Sejak dilancarkan pada akhir 2009, Geoff dan Pasukan Teleskop Angkasa Lepas Kepler telah berjaya mengenal pasti 1,200 planet namun penemuan sebelum ini dikenal pasti tidak mempunyai ciri sesuai untuk dihuni.

Misi yang menelan berbilion dolar itu dilancarkan untuk mencari planet seakan bumi dengan merentasi permukaan bintang asing.

TELESKOP Kepler yang meneroka angkasa luar.


Oktober lalu, NASA mendedahkan sebuah kapal angkasa miliknya telah menjumpai sistem tiga planet luar biasa yang mengandungi satu planet Super Bumi dan dua planet bersaiz Neptun mengorbit bintang seakan matahari kita.

"Teleskop Angkasa Kepler menemui tiga planet di sekitar bintang Kepler-18, yang 10 peratus lebih besar daripada matahari kita dan mengandungi 97 peratus jisim matahari," ujar Bill Cochran, ketua pengkaji di Universiti Texas.

Jelasnya, sistem asing juga boleh menjadi perumah kepada lebih banyak planet daripada apa yang telah ditemui setakat ini.

Kesemua tiga planet yang diberikan nama Kepler-18b, c dan d itu mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya berbanding Utarid mengelilingi matahari.

Calon planet

Bagaimanapun, planet Kepler-18b mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya, iaitu mengambil hanya 3.5 hari untuk melengkapkan putarannya.

"Planet yang mempunyai jisim kira-kira enam kali jisim bumi dan dua kali saiz planet kita, menjadikan planet Kepler-18b sebagai Super Bumi," jelasnya.

Kepler-18c pula mengambil masa 7.6 hari untuk mengorbit bintang induknya dan 5.5 kali lebih besar daripada bumi, dan mempunyai jisim yang hampir sama dengan 17 buah bumi.

Kepler-18d mengambil masa 14.9 untuk mengorbit dan kira-kira tujuh kali lebih besar daripada bumi dengan jisim 16 kali jisim bumi.

Berdasarkan anggaran ini, planet c dan d adalah layak sebagai dunia 'Kelas Neptun' berketumpatan rendah.

Sementara itu, menurut Ketua Penyiasat Sains Misi Kepler NASA, William Borucki, planet-planet di sekeliling Kepler-18 membantu ahli astronomi kerana aktiviti orbit antara Kepler-18c dan Kepler-18d menunjukkan bahawa mereka mestilah berada di dalam sistem planet yang sama.

"Tetapi untuk membuktikan identiti Kepler-18b sebagai Super Bumi merupakan sesuatu yang rumit," katanya.

Sehingga kini, Kepler telah menemui 1,235 'calon' planet yang sedang menunggu pengesahan melalui pemerhatian susulan.

Daripada jumlah itu, 54 planet dikenal pasti berada dalam zon Goldilocks.

ASTEROID Lutetia yang dikatakan material asal yang membentuk Bumi, Zuhrah dan Utarid.


Misi utama Kepler bukanlah untuk mengenal pasti planet mana yang mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.

Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.

"Satu daripada empat bintang yang serupa dengan matahari dalam galaksi Bima Sakti didapati menempatkan banyak planet bersaiz bumi sekali gus mencadangkan bahawa sistem yang menampung kehidupan seperti di bumi mungkin lebih banyak terdapat berbanding jangkaan sebelum ini," ujar Borucki.

Boleh dihuni

Dia turut memberitahu, pasukan penyelidiknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami.

Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti.

Namun, pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.

Saintis Kepler, Natalie Batalha berkata, jumlah tersebut melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.

"Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui.

Walaupun jarak Kepler -22b itu jauhnya 600 tahun atau 5,760 trilion kilometer dari bumi, keadaan itu bukan halangan untuk para saintis angkasa lepas mengkaji tentangnya," kata Natalie.

Kosmo!

11 Disember 2011

Teori serangan UFO

Sunday, December 18, 2011

0 comments  

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

PADA malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).

Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.

Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.

Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.

Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.

"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.

Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.

Kiamat

"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.

Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.

MISTERI kematian hampir 5,000 burung hitam sayap merah belum dapat dirungkai.


Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.

Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.

Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.

Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.

Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.

Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.

Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.

Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.

"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

DI Arkansas, ikan yang mati adalah daripada spesies drumfish sahaja. Peliknya ikan spesies lain yang ada di sungai sama tidak terjejas.


Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.

Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasi chemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.

Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.

Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.

Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.

Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.

Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.

Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.

Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.

BANGKAI burung hitam yang menghujani kawasan kejiranan Louisiana mendatangkan panik kepada penduduk setempat.


"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?

"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.

Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.

Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.

Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.

Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan.

Kosmo!

16 Januari 2011

Dua bangkai makhluk misteri ditemui di New York

Monday, October 31, 2011

0 comments  

SATU bangkai tanpa kepala yang ditemui di di pantai Shadmoor State Park, Montauk, Long Island, New York pada Januari 2011

NEW YORK - Dua bangkai makhluk ganjil dijumpai di pantai Shadmoor State Park, Montauk di Long Island dan Pelabuhan Three Mile, New York pada bulan Januari 2011.

Seorang lelaki, Arthur Beckenstein menemui bangkai seperti seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut di tepi pantai Shadmoor State Park.

"Saya yakin terdapat penerangan logik tentang apakah binatang yang saya temui ini.

"Pada awalnya, saya ingat ia bangkai seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut. Ukuran tulang rusuknya ialah sepanjang 61 hingga 76.2 sentimeter. Bentuk tulang belakangnya kelihatan seperti buaya sedangkan tiada reptilia besar hidup di kawasan ini," katanya.

Menurut akhbar itu, penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan makhluk asing atau hasil eksperimen pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Pada jarak sejauh 32 kilometer dari pantai itu, Eileen Murphy dan Jane Bimson terjumpa satu bangkai haiwan tanpa kepala yang mempunyai tulang rusuk serta ekor seperti ikan duyung.

Mereka kemudian merakamkan dua keping gambar dan menghantarnya ke Yayasan Penyelidikan dan Pemuliharaan Marin Riverhead.

Pakar biologi dari yayasan itu, Kim Durham menyatakan dia tidak dapat mengenal pasti makhluk tersebut dan memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Namun, apabila mereka kembali ke lokasi sama pada keesokan harinya, bangkai itu telah hilang.

Kedua-dua bangkai itu ditemui tanpa kepala.

Pada bulan Julai 2008 bangkai sejenis makhluk yang tidak dikenali telah ditemui di pantai berhampiran Montauk, New York dan makhluk tersebut digelar 'Montauk Monster'.

Setakat ini tidak dapat dipastikan adakah makhluk tersebut hasil daripada eksperimen rahsia yang kononnya dijalankan di kawasan berhampiran ataupun makhluk asing.

Kosmo!

22 Januari 2011

Banyak perkara pelik di Jogja

Sunday, February 6, 2011

0 comments  

Oleh MAHATHIR JAMIL

PERTUNJUKAN kuda lumping di Indonesia sering berakhir dengan pemainnya membakar diri tanpa cedera, memakan kaca dan menari di atasnya.


YOGYAKARTA atau lebih dikenali sebagai Jogja di Indonesia baru-baru ini digemparkan dengan kemunculan corak bulatan ganjil di tujuh petak sawah padi di daerah Krasakan, Sleman. Penduduk di sekitarnya percaya ia dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO).

Sama ada buatan manusia, makhluk asing atau terbentuk akibat fenomena alam, corak bulatan raksasa itu menarik perhatian ramai selama berminggu-minggu kerana reka bentuk geometrinya yang rapi dan cermat.

Corak bulatan pelik kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.

Bentuk bulatan yang aneh itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiada saksi yang melihat manusia yang melakukannya.

Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di tengah-tengah bulatan besar yang berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter. Ia ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad, 23 Januari lalu.

KESAN bulatan aneh di petak sawah padi menggemparkan penduduk Jogja minggu lalu.


Kuno

Bulatan itu yang terbentuk berhampiran rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.

Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti sama ada corak bulatan itu dihasilkan oleh UFO atau merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.

Misteri bulatan bercorak ganjil seperti itu telah lama diperkatakan. Namun, teka-teki itu belum dapat dirungkai sepenuhnya. Ada yang berpendapat kejadian itu telah berlaku di seluruh dunia sebelum kurun ke-20 lagi.

Selain kisah kemunculan UFO di Sleman itu, Jogja sebenarnya menyimpan banyak peristiwa dan perkara pelik yang lain, setidak-tidaknya dari segi amalan masyarakat tempatan.

Menurut Timbalan Pengerusi Tetap, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, Mohd. Nazaluddin Mat Nazir, ia dipercayai berpunca daripada tradisi masyakarat Jawa yang masih mengamalkan ritual dan amalan kuno yang mempunyai pengaruh agama Hindu dan Buddha.

Jelas Nazaluddin yang mengikuti kursus perubatan di Universitas Sebelas Maret, Solo, contoh yang dapat dilihat adalah di Keraton Yogyakarta dan Keraton Solo di mana penduduknya masih kuat berpegang pada pantang larang tertentu. Malah, peristiwa pelik dan penyakit misteri sering menimpa individu yang melanggar pantang larang tersebut.

Pelik

“Salah satu kisah yang paling terkenal adalah tentang larangan memakai pakaian berwarna hijau di Pantai Selatan, Jogja. Mereka yang tidak menghiraukannya didapati hilang tanpa kesan.

“Ini dikaitkan dengan cerita penguasa Pantai Selatan iaitu Ratu Roro Kidul.

“Penduduk mengatakan sudah banyak kejadian orang hilang di situ,” ujar Nazaluddin yang sudah tinggal di Solo, Jawa Tengah selama lima tahun.

Ceritanya lagi, upacara menyembah pantai juga masih diamalkan. Penduduk akan menyembelih kerbau dan menghanyutkan kepala kerbau itu berserta beras, buah-buahan dan makanan lain ke laut bertujuan untuk menenangkan laut dan memperoleh hasil tangkapan ikan yang banyak.

“Saya juga pernah menyaksikan pertunjukan kuda kepang (dipanggil kuda lumping di Indonesia) dengan para pemainnya membakar diri tanpa cedera, makan kaca dan juga menari di atas kaca.

“Mereka mengupas kelapa dengan gigi dan memanjat pokok kelapa dengan kaki saja dalam keadaan seperti dirasuk,” katanya.

Menurut Nazaluddin, perkara itu sebenarnya adalah khurafat dan tahyul.

“Ada juga orang Jawa sering menyediakan sajen (sesaji) dan membakar colok untuk roh nenek moyang mereka yang dikatakan bagi mendapat berkat dan restu serta perlindungan.

“Upacara menurun sering dilakukan di sini pada hari tertentu seperti Hari Asyura.

“Upacara itu pula berlainan mengikut daerah masing-masing,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata Nazaluddin, amalan itu tidak mengganggu pelajar Malaysia di sana.

“Mereka tidak pernah mengalami kejadian pelik selepas menyaksikannya,” katanya.

Kosmo!

6 Februari 2011

Info mengenai corak unik di kawasan tanaman

Tuesday, January 25, 2011

0 comments  

Crop circle yang dijumpai di Switzerland.

Penjelasan corak unik itu dikatakan berpunca daripada objek terbang tidak dikenali (UFO), terlalu sedikit baja dan mungkin dibuat dengan menggunakan helikopter.

Merupakan fenomena misteri yang dilaporkan dari Britain bermula tahun 1980an.

Berbentuk bulatan dan lingkaran besar, kadangkala dengan diameter lebih 30 meter dan muncul dalam tempoh satu malam di ladang-ladang bijirin.

Tanaman yang mempunyai corak bulatan itu tidak mati tetapi ia diratakan dan kadangkala berwarna lebih gelap berbanding tanaman di sekelilingnya.

Fenomena itu pertama kali dilaporkan dalam akhbar Wiltshire Times pada 15 Ogos 1980.

Ia mengandungi beberapa bulatan yang muncul di ladang oat milik seorang petani, John Scull dekat bandar Bratton, barat daya England.

Setahun kemudian, tiga corak bulatan terbentuk dalam garisan lurus ditemui di Hampshire, England.

Kebanyakan corak bulatan itu dilaporkan ditemui di daerah Hampshire dan Wiltshire, lokasi yang popular dengan struktur batu ganjil seperti Stonehenge dan Avebury.

Namun, fenomena serupa kadangkala berlaku di Perancis, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat.

Dari tahun ke tahun, corak bulatan itu berubah menjadi gambar rajah yang semakin kompleks dinamakan piktogram yang mengandungi corak geometri, segi empat, bulan sabit dan bulatan.

Kosmo!

25 Januari 2011

UFO dipercayai mendarat di sawah padi di Yogyakarta

Monday, January 24, 2011

0 comments  

CORAK unik berbentuk bulatan yang ditemui petani di tujuh petak sawah di Slemen, Yogyakarta pada Ahad lalu.


YOGYAKARTA, Indonesia - Tujuh petak sawah padi di Krasakan di Sleman, Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Jakarta Post semalam.

Bukan sahaja Jakarta Post tetapi banyak akhbar lain di Indonesia turut melaporkan mengenai penemuan unik itu.

Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.

Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya.

Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.

"Saya berpendapat, ia (bulatan ganjil itu) ditinggalkan oleh sebuah kapal angkasa asing seperti yang saya lihat di televisyen," kata seorang penduduk, Cahyo Utomo semalam.

"Adalah tidak munasabah, bulatan itu dibuat hasil tiupan angin atau haiwan lain," tambahnya.

Bulatan itu yang terletak dekat dengan sebuah kawasan rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.

Bulatan ganjil itu kali pertama dilaporkan oleh seorang petani, Tukiman pada pukul 6 pagi Ahad lalu.

SEJUMLAH orang menaiki bukit dan merakamkan gambar corak unik yang dipercayai dihasilkan objek terbang tidak dikenali di kawasan sawah padi di Sleman, Yogyakarta semalam.


Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti jika corak bulatan itu dicipta oleh UFO atau ia merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.

Namun, seorang pegawai polis yang mendegar keterangan daripada enam petani yang memiliki tujuh petak sawah percaya, bulatan itu bukan buatan manusia.

"Mereka bilang (para petani itu) nggak (tidak) mungkin itu dibuat oleh manusia," kata seorang pegawai polis, I Made Muliawan kepada wartawan akhbar dalam talian detikcom.

Menurutnya, petani-petani itu tidak melihat terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan sawah padi tersebut.

"Tidak ada keterangan yang menyebutkan, melihat ada orang melakukan hal-hal aneh di sawah itu," katanya.

Dia berkata, salah seorang pemilik sawah itu pernah mendengar bunyi bising pada malam sebelum corak itu ditemui.

"Malam hari ada yang bilang mendengar suara seperti pesawat turun, terus pastinya dia melihat di sawahnya," kata pegawai polis itu.

Menurutnya, pihak polis menghalang orang ramai mendekati kawasan yang mengandungi objek misteri itu.

Dia berkata, sekatan itu dibuat kerana pihaknya bimbang orang ramai akan memijak pohon padi sekali gus menjadi rosak dan merugikan petani. - Agensi


Tentera Indonesia siasat corak ganjil

JAKARTA - Ketua Tentera Udara Indonesia, Imam Sufaat semalam mengarahkan anggota-anggotanya menggunakan sebuah helikopter untuk merakamkan gambar corak ganjil yang ditemui di tujuh petak sawah padi di Krasakan, Sleman, lapor akhbar dalam talian tempointeraktif.com semalam.

"Jika kami memeriksa gambar itu (setelah ia dirakamkan), kemungkinan kami mengetahui jika corak tersebut secara faktanya dihasilkan oleh kuasa yang melebihi kemampuan pengetahuan manusia," katanya.

Bagaimanapun, dia enggan memberikan komen lanjut berhubung corak ganjil itu.

Corak ganjil itu ditemui oleh seorang petani, Tukiman pada Ahad lalu. - Agensi.


Agensi Angkasa Lepas tidak percaya UFO

JAKARTA - Ketua penyelidikan astronomi Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Indonesia, Thomas Fdjamaluddin meragui corak bulatan ganjil di Slemen, Yogyakarta sebagai petunjuk bahawa makhluk asing telah melawat negara itu, lapor akhbar Jakarta Post semalam.

"Kami tidak akan menghantar para penyiasat ke tempat kejadian kerana kami mengesyaki bulatan itu melibatkan penciptaan manusia, bukan fenomena semula jadi, bukannya fenomena saintifik akibat makhluk angkasa lepas yang dirujuk sebagai makhluk asing," kata Thomas.

Sementara itu, Ketua Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geologi, Budi Waluyo menyatakan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian angin puting beliung di wilayah tersebut atau di kawasan sekitarnya pada Sabtu dan Ahad lepas. - Agensi.

Kosmo!

25 Januari 2011

Pengasas WikiLeaks mahu dedah fail UFO

Wednesday, December 8, 2010

0 comments  


LONDON - Pengasas laman WikiLeaks, Julian Assange (gambar) memberitahu bahawa satu kabel diplomatik yang akan didedahkannya adalah berkaitan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO).

Assange yang berasal dari Australia yang dikehendaki oleh polis Interpol berhubung dakwaan rogol dan serangan seksual di Sweden menyatakan terdapat rujukan mengenai kehidupan makhluk asing yang belum disiarkan.

Menurutnya, fail itu diperoleh daripada pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Beliau sebelum ini menggegarkan dunia diplomatik apabila mendedahkan lebih 200,000 maklumat rahsia kedutaan AS.

Maklumat itu turut mengandungi penilaian oleh pegawai-pegawai AS terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dunia.

Rahsia itu turut mendedahkan senjata nuklear AS selain menyebabkan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton membuat penjelasan bahawa pendedahan maklumat tersebut tidak akan menjejaskan hubungan AS dengan negara-negara di dunia.

Sementara itu, peguam Assange, Mark Stephens memberitahu bahawa usaha untuk menangkap anak guamnya itu atas dakwaan serangan seksual sebenarnya bermotifkan politik.

Pada Jumaat lalu, Assange mendedahkan dalam satu sembang di Internet bahawa beliau telah meningkatkan kawalan keselamatan selepas menerima ancaman bunuh. - Agensi

Kosmo!

6 Disember 2010

Jerman cipta piring terbang pada 1940-an

Sunday, December 5, 2010

0 comments  

GAMBAR menunjukkan piring terbang yang didakwa telah dibina oleh saintis-saintis Jerman pada tahun 1940-an.


LONDON - Saintis-saintis Jerman dalam era Perang Dunia Kedua pada tahun 1940-an yang bekerja untuk pemimpin negara itu, Adolf Hitler dipercayai telah mencipta pesawat piring terbang prototaip yang telah terbang di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar itu memetik laporan majalah sains Jerman, PM yang melaporkan, beberapa saksi di London mengaku mereka pernah melihat sebuah piring terbang dengan lambang tentera Jerman terbang rendah melintasi sungai Thames di England pada 1944.

Menurut majalah itu, akhbar New York Times di Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan mengenai kehadiran sebuah piring terbang misteri dan turut menyiarkan gambar ia bergerak laju melintasi bangunan-bangunan di New York.

Projek membina piring terbang itu dinamakan skim Schriever-Habermohl dan berpangkalan di Prague manakala seorang juruteranya, Joseph Andreas Epp, menyatakan, sebanyak 15 piring terbang itu pernah dibina.

Dia menjelaskan kokpit piring terbang tersebut dikelilingi bilah-bilah sayap yang membentuk satu bulatan untuk memberikan daya angkatan.

Menurutnya, pihak Jerman telah memusnahkan sebahagian besar kertas kerja aktiviti mereka tetapi pada 1960 di Kanada, beberapa pakar objek terbang tidak dikenali (UFO) menghasilkan semula pesawat tersebut dan ia didapati boleh terbang. - Agensi

Kosmo!

19 November 2010

Wanita dakwa jumpa makhluk asing

0 comments  

LAKARAN gambar makhluk asing yang ditemui Bridget Grant.


DEVON, Britain, - Seorang wanita berumur 40 tahun, Bridget Grant mendakwa telah menemui objek terbang tidak dikenali (UF0) sebanyak 17 kali dan melihat makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

"Kenapa saya (menjadi sasaran UFO). Saya tidak mengetahuinya tetapi saya perlukan jawapan," katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku ke atas dirinya tetapi berasa gembira kerana melihat UFO dan makhluk asing.

Bridget berkata, dia menemui makhluk asing itu buat pertama kali semasa berumur tujuh tahun semasa cuti sekolah di sebuah kampung di sini.

Menurutnya, dia kemudian menemui satu makhluk yang dianggapnya kanak-kanak berketurunan Cina yang ketinggiannya sama dengannya.

"Dia (makhluk itu) menunjukkan wang kertas, sehelai mata wang Hong Kong dan menunjukkan rumahnya," tambah wanita itu.

Bridget berkata, dia kemudian mengatur pertemuan dengan makhluk itu pada keesokan harinya tetapi anehnya, rumah tersebut didapati telah hilang.

Selepas 33 tahun, dia memikirkan kemungkinan apa yang dilihatnya itu ialah makhluk asing.

Bridget turut menyatakan, dia pernah melihat piring terbang dari dalam keretanya pada Februari 1993 semasa dia bekerja sebagai jurumekap pada 1993 di Los Angeles.

Semasa dalam perjalanan ke Rodeo Drive, Los Angeles dia melihat piring terbang dekat barisan pokok-pokok.

Namun, dia melihat beberapa buah helikopter tentera cuba memintasnya.

Bridget kini sedang menulis buku mengenai pengalamannya yang ganjil itu. - Agensi

Kosmo!

12 November 2010

Lagi UFO kelihatan di Britain

0 comments  

GAMBAR menunjukkan objek terbang (dalam bulatan) tidak dikenali berada di langit Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain pada Ahad lalu.


SCARBOROUGH - Satu objek terbang tidak dikenali (UFO) kelihatan di Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan terbaru itu berlaku selepas beberapa UFO muncul di Rotherham, South Yorks, dan Harrogate, dalam tempoh tiga minggu.

Menurut seorang pakar UFO di Britain, Nick Pope, buat masa ini, utara England dilihat mempunyai lebih banyak kemunculan objek terbang itu.

Gambar terbaru UFO itu dirakamkan di Osgodby, dekat Scarborough, York Utara pada Ahad lalu.

Menurut seorang saksi, Paul Sinclair, objek itu kelihatan seperti piring terbang.

"Ramai orang yang melihatnya.

"Terdapat sesuatu yang berlaku di sini. Menantu lelaki saya merakamkan objek itu selama beberapa minit. Ia kelihatan seperti dua objek, salah sebuahnya mempunyai ekor manakala yang lain berbentuk seperti cakera," katanya.

Pada tahun lalu, formasi 50 buah UFO dilihat di langit bandar ini. - Agensi

Kosmo!

10 November 2010

Lagi UFO muncul di AS

Tuesday, October 19, 2010

0 comments  

GAMBAR menunjukkan cahaya ganjil (dalam bulatan) yang didakwa objek terbang tidak dikenali di El Paso, Texas pada Rabu lalu.


NEW YORK - Tanggapan bahawa beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat di New York pada Rabu lalu dipercayai belon kian terhakis apabila objek sama muncul di El Paso, Texas, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa objek sama itu turut dilihat El Paso, Texas pada Ahad lalu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing telah mendarat di Bumi.

Saksi-saksi kejadian di El Paso kemudian menghubungi beberapa balai polis dan stesen berita tempatan bagi memberitahu apa yang mereka lihat itu.

Menurut mereka, satu cahaya seperti bulatan kecil bergerak di langit pada waktu malam sebelum berpecah menjadi tiga cahaya.

Setiap satu cahaya mempunyai ekor di belakangnya.

Cahaya-cahaya itu kemudian bercantum menjadi tiga titik seperti sebuah segitiga.

Segitiga itu adalah sama seperti imej yang dilihat sejumlah penduduk di New York pada Rabu lalu.

Seterusnya, cahaya keempat muncul di El Paso.

Semua cahaya itu berlegar-legar di udara sebelum tiba-tiba ia hilang.

Ekoran persekitaran waktu malam yang gelap pada masa itu, mustahil cahaya-cahaya itu merupakan belon.

Rakaman fenomena cahaya itu mencetuskan spekulasi meluas terutamanya selepas sebuah stesen berita menunjukkan bahawa ia menyerupai beberapa cahaya ganjil yang dilihat di New York pada Rabu lalu.

Dalam kejadian di New York itu, satu objek misteri berlegar di sebelah barat New York manakala ramai penduduk memikirkan apa sebenarnya yang mereka lihat.

Tiba-tiba, objek itu berpecah menjadi tiga bahagian.

Semasa ia muncul di New York, ketiga-tiga objek itu berlegar-legar di udara dengan menyebabkan lalu lintas terhenti.

Objek-objek itu dipercayai sebagai belon selepas seorang guru besar, Angela Freeman mendakwa 12 belon untuk meraikan seorang gurunya terlepas ke udara.

Tiga objek itu kemudian bercantum menjadi tiga titik dan berlegar-legar seperti kejadian di El Paso.

Namun, sehingga kini, penjelasan yang memuaskan masih belum diperoleh berhubung objek berkenaan.

Ramai pula yang memberi penjelasan daripada sudut ketenteraan.

Pengguna-pengguna Internet lain pula memberitahu, cahaya-cahaya ganjil itu sebenarnya pasukan payung terjun yang mengadakan latihan untuk satu pertunjukan pada waktu malam. - Agensi

Kosmo!

20 Oktober 2010

UFO sebenarnya belon parti guru

Sunday, October 17, 2010

0 comments  

GAMBAR yang dirakamkan pada Rabu lalu menunjukkan objek misteri (dalam bulatan) yang bercahaya di langit Manhattan, New York.


NEW YORK - Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang menggemparkan penduduk di bandar raya ini pada Rabu lalu dipercayai beberapa belon parti sebuah sekolah di Westchester, lapor sebuah akh bar semalam.

Seorang guru besar Sekolah Milestone di Mount Vernon, Westchester, Angela Freeman berkata, seorang ibu membawa empat dozen belon untuk parti meraikan seorang guru. "Tiba-tiba, 12 daripada belon itu terlepas," katanya.

Ia terlepas ke udara pada kira-kira pukul 1 petang manakala satu objek yang disangka UFO dilihat buat kali pertama di Manhattan pada pukul 1.30 petang.

"Ia munasabah (UFO itu sebenarnya belon). Belon itu bergerak ke West Side (New York)," kata guru besar itu.

Kemunculan objek misteri itu menyebabkan ramai orang menghubungi talian kecemasan 911 pada Rabu lalu.

Seorang ahli meteorologi di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Brian Ciemnecki berkata, angin mungkin dengan mudahnya menolak belon itu ke Manhattan di New York.

Sebelum dia membuat kenyataan itu, Pengarah Pusat Laporan UFO Kebangsaan, Peter Davenport menyatakan, berdasarkan pendapatnya, objek misteri itu sebenarnya adalah belon. - Agensi

Kosmo!

16 Oktober 2010

Ramai lihat UFO di New York

Thursday, October 14, 2010

0 comments  

GAMBAR menunjukkan objek terbang tidak dikenali (UFO) di langit Manhattan, New York kelmarin.


NEW YORK - Satu kumpulan objek misteri yang bersinar berlegar di langit Manhattan, New York kelmarin sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di sekitar bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Amerika Syarikat (AS) dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai yang melaporkan melihat objek itu.

Beberapa sumber penguat kuasa undang-undang menyatakan, ia dipercayai sebagai belon tetapi sehingga lewat kelmarin, identiti sebenar objek itu tidak diketahui.

Menurut jurucakap FAA, Jim Peters, tidak ada objek ganjil seperti itu dilihat pada radar.

Seorang wartawan akhbar New York Daily News dapat melihat satu titik kecil dan terapung di langit dari jalan Eight Avenue yang turut disaksikan puluhan orang lagi.

Imej misteri itu muncul selepas sebulan satu kenyataan akhbar dikeluarkan yang mengumumkan penerbitan sebuah buku oleh seorang bekas pegawai Pusat Pemerintahan Aeroangkasa Amerika Utara yang meramalkan UFO akan muncul di beberapa buah bandar raya utama dunia pada 13 Oktober lalu. - Agensi

Kosmo!

15 Oktober 2010

Temui isyarat misteri dari angkasa lepas

Wednesday, October 13, 2010

0 comments  

Planet Gliese 581g

SYDNEY - Seorang ahli astronomi Universiti Sydney Barat, Ragbir Bhathal menyatakan bahawa beliau telah mengesan terdapat satu isyarat cahaya pada Disember 2008 dari salah satu galaksi yang menempatkan satu bintang yang kini dikenali sebagai Gliese 581g dan dipercayai saintis mirip Bumi serta mempunyai potensi kehidupan.

Menurut saintis itu, dia menemui isyarat itu semasa meninjau angkasa lepas dari sebuah balai cerap pada waktu malam.

Bagaimanapun, katanya, dia membuat penemuan itu dua tahun lalu sebelum pengumuman dibuat mengenai Gliese 581g pada hujung bulan lalu.

"Setiap kali malam terang, saya akan naik ke balai cerap untuk melihat objek-objek di cakerawala," katanya.

"Ketika melihat objek-objek berkenaan, kami menemui satu isyarat yang jelas menyerupai sinaran laser berbentuk tajam di lokasi tersebut," tambahnya.

Sebelum ini, Steven Vogt, profesor astronomi dan astrofizik di Universiti California dan rakannya, Paul Butler dari Institusi Carnegie mengumumkan penemuan Gliese 581g pada satu sidang akhbar yang diadakan Yayasan Sains Kebangsaan pada 29 September lalu.

Jarak Gliese 581g dari Bumi ialah 20 tahun cahaya.

Namun, menurut laporan Fox.news.com pada Isnin lalu, seorang saintis, Frank Drake, berasa curiga dengan kenyataan Bhatal.

"Saya mengenali dia (Bhatal). Semasa saya meminta maklumat lebih lanjut (berhubung isyarat itu), dia tidak menghantarnya kepada saya," kata Drake. - Agensi

Kosmo!

14 Oktober 2010

Bahasa makhluk asing

Monday, October 4, 2010

0 comments  


KETIKA ditanya tentang UFO, Borischa lantas mengambil kapur dan melukisnya dengan yakin di papan hitam.

"Ia mengandungi enam lapisan. Lapisan paling luar terbina 25 peratus daripada logam tahan lasak, 30 peratus lapisan keduanya diperbuat daripada sesuatu yang menyerupai getah, lapisan ketiga 30 peratus diperbuat daripada logam.

"Selebihnya ialah lapisan magnetik. Jika kami caskan lapisan magnetik ini dengan tenaga, mesin itu boleh terbang ke mana jua di alam semesta," ujarnya.

Diajukan pertanyaan bagaimana dia mengetahui semuanya, kanak-kanak itu berkata: "Ia memang ada dalam diri saya. Kailis. Itu 'hello' dalam bahasa planet saya.

Borischa mendakwa, Marikh telah dilanda oleh malapetaka besar sehingga atmosferanya musnah dan kebanyakan penduduk terkorban. Penduduk yang masih hidup terpaksa tinggal di bawah tanah. Katanya, sebelum malapetaka itu, penduduk Marikh biasa terbang ke Bumi untuk berdagang dan kajian.

Pada masa itu, tamadun Lemuria berlangsung di Bumi. Dia mempunyai rakan di Lemuria yang kemudian terbunuh di depan matanya.

"Satu malapetaka besar telah melanda Bumi. Sebuah batu besar menghentamnya dan rakan saya berada di situ. Saya tidak boleh menyelamatkannya. Kami hanya ditakdirkan bertemu untuk seketika," kata Borischa.

Ditanya mengapa pendaratan kapal angkasa manusia ke Marikh sering gagal, Borischa menjelaskan, Marikh akan mengeluarkan signal khas kepada stesen-stesen pemusnah. Stesen-stesen itu mempunyai radiasi yang merbahaya.

EKSTRA

  • Borischa pernah meramalkan Bumi akan dilanda malapetaka besar pada tahun 2009 dan bencana yang lebih besar pada tahun 2013. Kedua-duanya berkaitan air.
  • Borischa memberitahu, tubuh penduduk Marikh sangat tinggi, berketinggian lebih tujuh meter dan memiliki kualiti yang menakjubkan.
  • Kanak-kanak itu menyertai ekspedisi zon anomali di Medvedetskaya Gryada sejak berumur empat tahun. Dia seperti tidak mahu ketinggalan menyertainya setiap tahun.
  • Ibunya bercerita Borischa amat terkesan dengan apa-apa bencana yang menimpa. Apabila peristiwa kapal selam Kursk meletup dan karam pada tahun 2000, kanak-kanak itu didakwa sakit seluruh badan.

Kosmo!

3 Oktober 2010

Kamera video rakam UFO

Sunday, October 3, 2010

0 comments  

GAMBAR rakaman video Bob Atkins menunjukkan objek tidak dikenali (dalam bulatan) di Roanhead, Cumbria, Britain.


CARLISLE - Seorang lelaki, Bob Atkins secara tidak sengaja merakamkan video objek tidak dikenali (UFO) di Roanhead, Cumbria, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membuat rakaman itu semasa sedang merakamkan video seekor anjingnya bermain di dalam sebuah kolam, pada 23 Julai tahun lalu.

Lelaki itu mengesan objek itu semasa dia melihat rakaman semula anjingnya bermain dalam gerak perlahan.

Seorang pakar UFO, Pat Regan berkata, objek itu mungkin sebuah pesawat tentera dan tidak menafikan ia mungkin milik makhluk asing.

"Terdapat banyak aktiviti UFO di daerah Cumbria. Namun, saya berasa kagum dengan bentuk objek yang dirakamkan oleh Bob.

"Ia (objek itu) merupakan bentuk silinder yang cukup sempurna," kata Regan.

Menurutnya, UFO itu muncul di skrin dalam tempoh kira-kira satu saat dan ia hanya boleh dilihat apabila imej gerak perlahan video itu dihentikan. - Agensi

Kosmo!

4 Oktober 2010

Keanehan budak dari Marikh

0 comments  

BORISCHA, kanak-kanak Rusia yang menggemparkan saintis dengan pengetahuannya yang terperinci tentang bumi dan Marikh.


LAPORAN akhbar minggu ini tentang pakar astrofizik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadangkan sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing sememangnya mencuri perhatian.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.

"Memang menarik menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya," katanya melalui e-mel kepada akhbar The Guardian di London.

Sebelum itu, laman web berita media Australia, www.news.com.au melaporkan Mazlan dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu disahkan secara saintifik.

Walaupun berita itu turut disangkal oleh Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (UNOOSA): hal ini sekilas menerbitkan kembali tanda soal di minda kita. Wujudkah makhluk asing? Hakikatnya saintis-saintis juga masih menyelongkar jawapannya.

Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.

Malapetaka

Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi.

Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon.

Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.

Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.

Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun.

LENSA teropong NASA pernah merakam imej seperti manusia di planet Marikh. Mungkinkah makhluk itu berketinggian tujuh meter seperti yang digambarkan Borischa?


Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.

Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.

Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.

Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya' tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali, Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.

Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia benar-benar menyaksikannya.

"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua perkara.

"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal.

"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam buku teks sekolah.

"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa.

"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula melaporkan keluarbiasaan Borischa.

Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.

Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.

Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang luar biasa.

"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.

Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka itu.

Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala ditunjukkan kepadanya.

Permainan Huruf

Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.

Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta

"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi.

"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar wujud.

"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya.

""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.

"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.

Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.

Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian.

Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.

Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria, malu-malu, peka dan sensitif.

KAPAL angkasa manusia sering gagal mendarat di Marikh kerana, menurut Borischa, terdapat signal khas yang dikeluarkan oleh planet itu.


Jurnal cuba untuk menjejaki perkembangan terbaru Borischa di laman Internet, namun gagal mendapatkan sebarang maklumat.

Maklumat terakhir yang diperoleh adalah pada September 2008 apabila Kerry Cassidy daripada Camelot Project yang pernah menemu bualnya meninggalkan mesej di sebuah forum di Internet:

"Borischa berada dalam keadaan yang amat baik dan membesar dengan baik. Dia akan memulakan persekolahan di Moscow dalam masa terdekat dan akan menetap di tempat baru.

"Kami akan lihat sama ada dia mempunyai akses Internet di rumahnya.

"Amat sukar untuk mereka mempunyai Internet di dalam apartmen mereka tetapi ia boleh berubah jika mereka mendapat tempat tinggal yang lebih baik.

"Kami ada menghubunginya beberapa bulan lalu. Dia dan ibunya ketika itu sedang kembali ke kampung halaman mereka untuk mengemas barang bagi perpindahan ke Moscow."

Kanak-kanak ini juga nampaknya bukan seorang yang pandai bercakap tentang sains astronomi tapi juga mempunyai perspektif yang murni tentang kehidupan.

"Anda perlu menjadi seorang yang berbelas kasihan kepada orang lain. Kalau seseorang menyakiti anda, peluklah dia, minta maaf kepadanya dan berlutut kepadanya.

"Jika seseorang itu membenci kamu, sayangi dia dengan sepenuh hatimu dan minta keampunan," ujar Borischa.

Kosmo!

3 Oktober 2010