INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
Showing posts with label Kisah Aneh. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aneh. Show all posts

Kisah mistik di Lahad Datu

Thursday, April 11, 2013

0 comments  

Imej mayat pengganas Sulu yang berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia

Kelibat roh pengganas di Kampung Tanduo

LAHAD DATU - Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.

Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini.

Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.

"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.

"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

Sementara itu, pasukan keselamatan menemui rangka mayat seorang pengganas Sulu yang mati ditembak dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu di sini hasil operasi pembersihan.

Difahamkan, pengganas itu sudah mati 24 hari.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mayat itu ditemui pada pukul 11 pagi.

Kosmo!

31 Mac 2013



Pengganas bersikap pelik

Oleh Safeek Affendy Razali

Kuala Lumpur - Sistem brek bas tidak berfungsi ketika membawa keluar pengganas Sulu yang ditahan di kawasan pertempuran di Kampung Tanduo serta menyaksikan pengganas yang tidak mati walaupun ditembak bertalu-talu adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

Berkongsi pengalaman dan kisah pelik dengan media, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang lebih sebulan terbabit dalam Ops Daulat di Pantai Timur Sabah berkata, bas berkenaan disahkan sempurna bahagian teknikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membawa naik pengganas berkenaan.

Masalah mula dikesan selepas pengganas dibawa keluar menuju ke Balai Polis Cenderawasih, FELDA Sahabat kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo.

Seorang anggota JSJ yang enggan dikenali memberitahu dia mengesan perlakuan pelik beberapa pengganas terutama yang berumur lewat 60-an ketika membawa mereka ke balai polis sehingga pemandu bas sukar mengawal stereng selain bas menghadapi beberapa masalah teknikal.

Berasa pelik

"Saya berasa pelik melihat mulut mereka terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu sambil meludah ke lantai manakala sebahagian lagi menghantukkan kepala ke dinding berulang-kali dengan perlahan sambil menyanyikan sesuatu yang tidak kami fahami.

"Tidak lama selepas itu bas kami gagal dikawal seolah-olah ada satu kuasa ghaib yang mengendalikannya sehingga sistem brek bas gagal berfungsi dan memaksa pemandu merapatkan bas ke kiri jalan kawasan berbukit bagi mengelak kami terjunam ke kawasan gaung di kanan jalan," katanya ditemui pada Majlis Menyambut Kepulangan Wira Negara, di sini, kelmarin.

Tukar kenderaan

Masalah brek berterusan walaupun kami menukar bas dan keadaan hanya kembali pulih apabila semua tahanan kemudian dibawa menaiki lori ke Balai Polis Cenderawasih.

Bagi Superintenden Fadil Marsus, yang juga antara ketua operasi JSJ dalam Ops Daulat berkata, pengalaman memastikan kelancaran perjalanan siasatan kes dalam Ops Daulat sangat berbeza dengan tugasan membanteras penjenayah seperti sebelum ini.

Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, tugas setiap pegawai dan anggota JSJ adalah sebagai pasukan sokongan untuk memastikan keadaan selamat ketika mengiringi tahanan pengganas Sulu ke mana-mana lokasi selain memastikan kelancaran operasi pemeriksaan pasukan forensik.

Bagi Sarjan Zumet Ibok, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, tugas mengiringi beberapa pemimpin tertinggi PDRM juga dianggap sebagai satu tugas mencabar sepanjang Ops Daulat.

"Ini kerana semua orang penting pasukan PDRM sentiasa menjadi sasaran musuh (pengganas Sulu) untuk dijadikan tebusan," katanya.

Berita Minggu

7 April 2013

Bisou selinap pesawat ke London

Monday, April 8, 2013

0 comments  

Bisou

Seekor kucing parsi berusia 7 tahun ditemui hidup biarpun telah dibawa menaiki pesawat tanpa sengaja dari Kaherah, Mesir ke London, Britain oleh pemiliknya minggu lalu.

Kucing bernama Bisou itu telah menyelinap masuk tanpa diketahui oleh pemiliknya, Mervat Ciuti ke dalam beg pakaian sehingga dibawa terbang sejauh 5,472 kilometer.

Kucing itu turut berjaya 'diseludup' melepasi pemeriksaan keselamatan lapangan terbang di Kaherah yang seterusnya diletakkan di bahagian beg selama enam jam penerbangan.

Hal itu hanya diketahui pemiliknya sejurus menerima panggilan daripada saudaranya di Kaherah yang menyatakan bahawa kucing itu telah hilang.

"Selepas mendapat panggilan itu, saya meminta pemandu teksi memberhentikan kereta untuk memeriksa beg itu. Apabila beg dibuka, saya nampak Bisou mengerekot bersama-sama pakaian saya seperti tiada apa yang berlaku," ceritanya.

Wanita itu menjelaskan bahawa dia merasa takjub apabila kucing itu masih hidup biarpun berada dalam kargo dan melalui penerbangan yang jauh.

"Tetapi yang sedihnya, Bisou tidak boleh pulang bersama kerana perlu dikuarantin di London terlebih dulu selama enam bulan," katanya seperti dipetik Daily Mail.

Kosmo!

17 Mac 2013

Wanita paling hodoh di dunia dikebumikan

Thursday, April 4, 2013

0 comments  

Julia Pastrana

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang wanita paling hodoh di dunia dikebumikan di kampung halamannya di utara Mexico.

Rangka tulangnya dikebumikan selepas lebih 150 tahun kematiannya selepas dia dijadikan bahan pameran di kebanyakan negara.

Dilahirkan di Mexico pada tahun 1834, wanita itu, Julia Pastrana menghidap penyakit hypertrichosis dan hyperplasia.

Penyakit itu menyebabkan dia mempunyai banyak bulu dan mempunyai rahang yang tebal.

Wajahnya itu menyebabkan dia digelar sebagai wanita monyet dan beruang.

Dia yang setinggi 1.34 meter berkahwin dengan seorang penganjur persembahan, Theodore Lent dari Amerika Syarikat (AS).

Wanita itu menari dan menyanyi pada pertunjukan orang pelik di AS dan Eropah.

Pada tahun 1860, dia mati di Moscow, Rusia semasa melahirkan seorang anak lelaki Lent yang mewarisi kondisinya.

Anak lelakinya itu kemudian meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan.

Seorang promoter Norway berjaya memperoleh mumia Pastrana pada tahun 1921 dan dipamerkan pada pertunjukan orang pelik.

Mayatnya itu kemudian diserahkan kepada Universiti Oslo pada tahun 1996.

Pihak berkuasa Sinaloa de Lyva iaitu negeri kelahiran Pastrana di barat laut Mexico kemudian menuntut mayatnya itu untuk dikembalikan bagi tujuan pengebumian. - Agensi

Kosmo!

14 Februari 2013



Gempar kelibat wanita teleport

Wednesday, March 27, 2013

0 comments  

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR

BAYANGKAN anda yang sedang duduk bersantai di Kuala Lumpur dan tiba-tiba dalam sekelip mata mendapati anda berdiri di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru.

Ia kedengaran tidak masuk akal walaupun Gene Roddenberry, penerbit siri sains fiksyen Star Trek telah memvisualkan idea itu sejak 46 tahun lalu.

Dalam siri popular itu, seseorang dapat muncul atau menghilangkan diri selepas berdiri di bawah pancaran cahaya. Kaedah itu kemudian dikenali sebagai teleportasi.

Kemunculan manusia teleport heboh diperkatakan di China baru-baru ini apabila sebuah kamera yang dipasang di jalan raya berjaya merakam video seorang wanita yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam sekelip mata.

RAKAMAN video memaparkan wanita teleport (dalam bulatan) tiba-tiba muncul di hadapan lori lalu menyelamatkan penunggang basikal.

Wanita China

Video yang dimuat naik ke laman YouTube itu memaparkan aksi wanita tersebut yang menyelamatkan nyawa seorang lelaki berbasikal yang hampir-hampir dilanggar oleh sebuah lori.

Dalam kejadian yang dirakamkan pada waktu malam itu, sebuah lori dilihat ingin membelok ke kanan di satu persimpangan apabila sebuah basikal yang ditunggangi lelaki itu meluncur laju di hadapannya.

Ketika basikal itu betul-betul berada di hadapan lori dan hampir dilanggar, dengan tidak semena-mena muncul satu cahaya yang disertai dengan kehadiran seorang wanita persis seorang adi wira. Wanita itu dengan pantas menyentuh basikal tersebut dan hilang dalam sekelip mata.

Dalam hanya sesaat, wanita serta penunggang basikal itu telah pun berada di bahu jalan dalam keadaan selamat.

Pemandu lori yang cemas itu kemudian memberhentikan kenderaannya. Dia terus meninjau ke belakang lori bagi mencari penunggang basikal yang dikhuatiri terperosok di bawah lorinya.

Namun, alangkah terkejutnya lelaki itu apabila dia mendapati penunggang basikal tadi sedang duduk di bahu jalan dalam keadaan keliru dan terkejut.

Sementara wanita yang menyelamatkannya tadi terus berjalan sebelum hilang daripada pandangan.

Selain itu, sebuah lagi rakaman video kamera amatur yang dirakam oleh seorang individu memaparkan wanita yang sama dilihat sedang berlari perlahan dan tiba-tiba ghaib.

Dalam sekelip mata, wanita itu berada di tempat lain berserta dengan satu cahaya yang menunjukkan pergerakannya yang pantas seperti kilat.

Kedua-dua kejadian yang dirakamkan di China itu mendapat pelbagai reaksi daripada beribu-ribu penonton YouTube yang masing-masing memperdebatkan mengenai kesahihan video tersebut.

Ada yang mendakwa video tersebut palsu dan hanyalah satu bentuk promosi sebuah permainan video.

Ada yang mempercayainya dengan mengatakan bahawa wanita itu sememangnya seorang adi wira yang menyelamatkan manusia, serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan propaganda pihak pemerintah China yang mahu menarik perhatian dunia.

Namun yang pasti, rata-rata individu mengaitkan kejadian luar biasa itu dengan fenomena teleportasi, iaitu suatu kaedah pergerakan yang menghubungkan sistem telekomunikasi dan pengangkutan bagi membolehkan sesuatu benda bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam sekelip mata tanpa melibatkan sebarang pergerakan fizikal.

MAKLUMAT sistem tubuh makhluk hidup yang kompleks menyukarkan proses penukaran foton kepada gelombang radio.

Proses

Dari sudut sains, teleportasi melibatkan penghapusan suatu objek yang berada di satu tempat dengan cara menghantar butiran konfigurasi zarah-zarah objek berkenaan kepada satu lokasi lain, bagi menghasilkan semula objek tersebut di lokasi baharu itu.

Hal ini bermakna, ruang serta masa perjalanan dapat dihapuskan kerana objek tersebut akan berada di lokasi yang lain dengan segera, tanpa perlu melalui jarak sebarang medium yang ada.

Kajian mengenai fenomena teleportasi telah bermula sejak tahun 1993 apabila sepasukan penyelidik daripada syarikat gergasi IBM yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa kejadian teleportasi sememangnya wujud.

Menurut ketua penyelidik yang juga seorang ahli fizik, Charles Bennett, teleportasi akan dapat dilakukan hanya jika objek yang melalui proses itu dihapuskan sama sekali.

Pendedahan itu diumumkan buat pertama kalinya oleh Bennett pada satu mesyuarat tahunan Persatuan Fizik Amerika pada Mac 1993 yang turut menyerahkan satu laporan kajiannya mengenai penemuan fenomena luar biasa itu.

Semenjak itu, lebih banyak eksperimen yang menggunakan foton (sejenis zarah cahaya) dilakukan bagi membuktikan bahawa fenomena teleportasi bukanlah suatu yang mustahil.

Antaranya ialah satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli fizik dari Institut Teknologi California, AS pada tahun 1998 yang berjaya menteleport foton suatu objek sehingga melepasi jarak 1 meter.

Pada tahun 2004 pula, sekumpulan penyelidik dari Australia meneruskan kajian mengenai fenomena itu dengan menteleport keseluruhan aliran foton dalam bentuk pancaran laser dari satu sudut ke satu sudut yang lain di dalam sebuah makmal.

Kosmo!

2 Disember 2012

Takut disedut tandas

Tuesday, March 26, 2013

0 comments  

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

Lelaki tandas di dalam filem Look Who's Talking Too

SEORANG wanita yang mengalami perasaan takut melampau terhadap tandas memberitahu, dia akan melarikan diri sebelum sempat tandas dipam kerana bimbang tubuhnya akan disedut masuk ke dalam lubang pembuangan najis itu.

Setiap kali Ney Decino, 20, perlu ke tandas untuk membuang air, dia akan merayu supaya salah seorang ahli keluarganya menemaninya. Mereka juga perlu mengepam tandas berkenaan selepas Ney menggunakannya.

Fobia melampau itu ternyata membataskan pergerakan Ney. Dia hanya boleh bekerja dekat dengan rumahnya supaya dia dapat menggunakan tandas yang dirasakannya selamat.

Ney takut menggunakan tandas sejak usia empat tahun selepas dia melihat watak mangkuk tandas bercakap dalam filem 1990-an bertajuk Look Who's Talking Too.

Watak Lelaki Tandas dalam filem tersebut menjerit mahukan air kencing kanak-kanak sambil memperlihatkan matanya yang besar, taring yang tajam dan suara yang menyeramkan jelas bermain dalam fikiran Ney.

Dia yang berasal dari Mid Glamorgan, England berkata, dia serta-merta mengalami fobia terhadap tandas. Ketika berumur 11 tahun, dia pernah terkencing di dalam seluar semasa pulang dari sekolah kerana terlalu lama menahan kencing disebabkan takut memasuki tandas sekolah.

"Saya sungguh malu. Tetapi walaupun perlu menahan kencing selama empat jam di sekolah, saya tidak akan menggunakan tandas selain daripada di rumah. Saya mahu ibu saya berada di dalam tandas supaya dia dapat mengepam untuk saya.

Pam

"Sebaik sahaja tandas dipam, bunyi dan pusaran air di dalam mangkuk tandas itu menyebabkan saya melarikan diri.

"Semakin lama di situ hati saya semakin cemas. Perasaan itu hanya akan hilang jika saya keluar dari situ.

"Saya cuma masuk ke tandas awam kalau benar-benar perlu," ujarnya yang menubuhkan kumpulan Facebook bagi membantu rakan-rakannya yang menghidap masalah fobia terhadap pelbagai perkara.

Menurut Ney, dia menggunakan sinki di dapur untuk membasuh tangan kerana tidak boleh berada lama di dalam tandas walaupun sekadar menggunakan sinki di situ.

Jika dia berkunjung ke rumah rakannya, Ney akan memastikan rakannya itu menemaninya di dalam tandas.

"Fobia ini memberi kesan kepada kehidupan sosial saya kerana rakan-rakan perlu menemani saya sepanjang masa," tambahnya.

Bagi ibu bapa Ney, Emma, 40, dan Vance, 47, mereka merakam filem Look Who's Talking Too untuk ditonton Ney kerana ia filem kegemaran Ney sebelum anak mereka itu mengalami fobia akibat terlalu kerap menonton filem itu.

"Dia menonton filem itu berulang kali walaupun takut terhadap salah satu watak di dalamnya," jelas ibu Emma.

Ney berkata, filem itu telah mencetuskan ketakutan yang sebenar. Sejak usia empat tahun hinggalah menginjak ke 13 tahun, dia tidak dapat mengepam tandas yang telah digunakannya melainkan jika ada seseorang menemaninya.

"Hanya keluarga, rakan baik dan bekas kekasih saya yang mengetahuinya. Mereka sudah mencuba pelbagai cara untuk saya mengatasi ketakutan ini, tetapi saya tidak dapat membuangnya.

"Selain daripada mereka, tiada siapa di sekolah yang tahu saya mempunyai masalah ini.

"Saya menjadi paranoid andai ada yang tahu mengenainya," tambah Ney yang juga mempunyai ketakutan terhadap air. Dia mengelak daripada mandi di kolam renang atau berjalan di tepi tasik.

Ney telah melahirkan anak perempuannya, Kaydee yang berumur sembilan bulan dan mengakui fasa kehamilan meningkatkan fobianya kerana perlu ke tandas dengan lebih kerap.

"Ibu dan ayah saya masih tidak boleh menerima ketakutan saya terhadap tandas. Dengan kelahiran Kaydee, ini bermakna akan sentiasa ada orang di sisi saya," tuturnya yang berharap kumpulan Facebooknya boleh membantu dia mengatasi masalah fobia itu.

Kosmo!

11 November 2012

Anak haiwan macam manusia

Thursday, March 21, 2013

0 comments  

Oleh SYALMIZI HAMID

PENDUDUK sebuah kampung di Thailand menganggap kelahiran pelik ini sebagai tuah.

BAGI sesetengah orang, kelahiran anak haiwan yang memiliki sifat fizikal seperti manusia mungkin dianggap sebagai akibat kesilapan genetik. Namun, ramai antara mereka yang berfikiran tradisional menganggapnya sebagai satu keajaiban.

Cerita mengenai kelahiran seekor anak kerbau yang menyerupai bayi manusia pernah dilaporkan berlaku di sebuah wilayah di Thailand apabila ia kelihatan seolah-olah seorang bayi yang mempunyai ekor.

Penduduk kampung tersebut percaya bahawa kelahiran itu akan memberi tuah kepada seluruh penduduk biarpun ia terus mati sejurus dilahirkan.

Secara fizikalnya anak kerbau berwarna hitam itu memiliki bentuk yang pelik. Ia boleh berbaring secara terlentang dan memiliki kepala yang persis manusia. Kuku kaki dan tangannya pula seperti seekor kerbau biasa.

Bangkai anak kerbau yang diletakkan di dalam sebuah bangsal itu menjadi tempat penduduk melakukan pemujaan terhadapnya.

Bagaimanapun maklumat sahih mengenai kejadian itu tidak dipastikan kerana tiada maklumat yang didedahkan selain daripada gambar yang disebarkan di internet. Kelahiran aneh tersebut didakwa berlaku pada tahun 2007.

Pada 22 Januari lalu pula penduduk di sebuah bandar di Sokoto, Nigeria terkejut apabila seekor biri-biri melahirkan anak yang menyerupai manusia yang hodoh di sebuah hospital veterinar.

Kebanyakan penduduk mendakwa kejadian itu mungkin terjadi akibat ilmu hitam. Sesetengahnya pula percaya bahawa seseorang telah melakukan persetubuhan dengan ibu biri-biri tersebut.

“Kejadian itu sangat luar biasa. Melihat seekor biri-biri melahirkan anak yang separuh manusia dan separuh biri-biri adalah sesuatu yang misteri dan ia menunjukkan betapa teruknya sikap manusia.

“Saya tidak dapat membayangkan bagaimana manusia boleh melakukan hubungan seks dengan haiwan,” kata seorang penduduk yang juga pelumba motosikal, Garbu Aminu.

Bagaimanapun, seorang pakar di hospital veterinar di negara tersebut, Dr. Ismail Usman menjelaskan, kelahiran aneh itu berlaku akibat mutasi genetik.

“Saya sangat terkejut dengan khabar angin ini sedangkan tiada apa yang aneh selain keadaan tidak normal dari sudut saintifik.

“Ketika pemilik biri-biri itu membawanya ke sini untuk membantunya beranak, kami sudah mengagak kandungannya tidak normal,” katanya seperti dipetik daripada Daily Sun.

Anak biri-biri tersebut lahir dua hari lebih lewat. Hal itu turut dikaitkan oleh pakar tentang mengapa keadaan fizikalnya menjadi tidak normal.

Pakar haiwan di Klinik Veterinar Fakon Idi, Sokoto, Nigeria, Dahiru Sani yang menjalankan pembedahan kelahiran itu menjelaskan bahawa jangkitan, pengambilan dadah berlebihan dan radiasi boleh menjadi punca kepada keadaan sebegitu kepada haiwan.

“Ramai yang mendakwa bahawa ia seekor biri-biri yang kelihatan seperti bayi, tetapi dalam sains ia cuma satu keadaan yang disebabkan oleh insiden,” katanya.

Kelahiran sama pernah berlaku di sebuah kampung di Izmir, Turki pada tahun 2010 apabila seekor anak biri-biri yang menyerupai wajah manusia telah dilahirkan selain yang berlaku kepada seekor anak kambing yang lahir pada 2009 di Zimbabwe.

Bagaimanapun hayat kedua-dua anak kambing dan biri-biri itu tidak lama apabila ia dibunuh oleh penduduk kampung yang marah.

Kosmo!

4 November 2012

Sepak bola api

Tuesday, March 19, 2013

0 comments  

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

PEMAIN perlu berpuasa selama 21 hari sebelum boleh bermain permainan pelik ini.

BIAR betapa hebat sekali pun bintang bola sepak dunia seperti Lionel Messi dan Ronaldo, mereka belum tentu mampu menyentuh bola berapi yang menjadi permainan tradisi pelajar sekolah pondok di Indonesia.

Ia kedengaran seperti satu lagi versi filem Shoalin Soccer tetapi permainan yang popular di sekitar Yogjakarta, Bogor, Tasikmalaya dan Papua itu menjadikan buah kelapa yang telah diubahsuai sebagai bola.

Mereka menendang dan menimang bola yang sedang terbakar dengan berkaki ayam.

Permainan lima sebelah atau lebih itu dikaitkan dengan ilmu persilatan dan dimainkan di atas tanah lapang berukuran 25x25 meter. Ia dipanggil sepak bola api oleh penduduk tempatan.

Sepak bola api menggunakan bola khas yang diperbuat daripada buah kelapa. Buah kelapa yang paling baik ialah yang sudah tua dan kering. Sebahagian kulit kelapa itu akan dihiris dengan pisau sehingga menjadi bentuk bulat seperti bola.

Airnya dibuang selepas tempurung kelapa itu ditebuk dengan hujung pisau. Ia kemudian ditutup dengan kain, diisi dengan minyak tanah dan dibiarkan selama dua hari.

Menurut seorang penganjur pertandingan, Ali Khyar, perlawanan itu diadakan bagi menguji ketahanan pelajar.

"Memang ada perasaan bimbang tentang keselamatan mereka tetapi berkat doa tertentu yang dibaca ditambah selepas badan mereka dilumur dengan garam dan sirih untuk mengurangkan rasa panas di kaki, belum ada pemain yang cedera teruk setakat ini," kata Ali sambil memberitahu, permainan itu bertambah popular setiap kali menjelang Ramadan.

BUAH kelapa direndam dalam minyak tanah selama dua hari.

Minyak tanah

Akhbar-akhbar di Britain minggu ini menyifatkan bermain buah kelapa yang sedang terbakar dengan api bernyala-nyala jauh lebih sukar berbanding menendang bola biasa. Apatah lagi bola yang digunakan adalah buah kelapa yang sudah direndam selama dua hari dalam minyak tanah.

Media di negara itu kagum bagaimana pelajar sekolah pondok terbabit mampu bermain selama 60 minit tanpa sedikit pun mengalami luka terbakar.

"Pemain utama Liga Perdana England bakal hilang punca jika terpaksa bermain bola sepak api di Indonesia," tulis Daily Mail. Sementara The Sun mengatakan pemain profesional di England tidak setanding pemain bola sepak api Indonesia.

"Liga Perdana England melahirkan ramai bintang sensasi dunia tetapi mereka bukan siapa-siapa apabila bermain bola sepak api," ulas The Sun.

Menurut beberapa orang pelajar yang ditemu bual wartawan tempatan, bermain bola sepak api lebih menarik berbanding bola biasa.

PELAJAR wanita juga bermain bola sepak api bagi menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.


Bagaimanapun, ada syarat yang perlu dipatuhi sebelum mereka turun padang iaitu mereka harus berpuasa selama 21 hari sebagai proses penyucian diri.

"Mereka juga dikehendaki memakai pakaian yang menutup aurat, menghindari makanan yang dimasak menggunakan api dan berpuasa seharian tanpa tidur.

"Selepas melalui proses ini, mereka tidak akan takut lagi bermain bola sepak api malah boleh menggunakan kepala dan dada untuk mengawal bola," ujarnya.

Mengulas perkara ini seorang pakar motivasi, Ahmadi Baharudin berkata, beliau tidak pernah mendengar permainan bola sepak api itu.

Katanya, ia mungkin ada kaitan dengan sejenis ilmu persilatan dan tidak mustahil melibatkan bantuan makhluk halus.

"Jika tidak bagaimana kaki dan badan pemain tidak berasa sakit atau cedera. Lagipun penggunaan garam dan sirih mirip amalan perbomohan," tegasnya.

Bagi seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie, beliau tidak menolak bantuan makhluk halus dalam sukan itu.

"Mustahil mereka tidak mengalami sebarang kesakitan. Sifat api itu sendiri membakar dan boleh mencederakan," katanya.

Kosmo!

21 Oktober 2012

Manusia kebal bukan karut

Thursday, February 21, 2013

0 comments  

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

TRICHAN mengambil ayam goreng daripada minyak bersuhu 480 darjah Celcius dengan tangan

MANUSIA secara semula jadi akan cedera bahkan boleh terbunuh jika badannya ditusuk benda tajam seperti pisau atau ditembak dengan senjata api. Jarang sekali ada orang yang bertubuh kebal.

Bagaimanapun, cerita manusia kebal popular di seluruh dunia. Pada tahun 2008, daerah Gorontalo di Indonesia gempar dengan kelibat seorang lelaki yang digelar Tarzan kerana tidak lut peluru.

Kejadian itu bermula selepas Tarzan membunuh seorang anggota polis yang datang ke rumahnya bersama seorang orang kampung untuk menagih hutang wang yang dipinjamnya.

Sebagai tindak balas, sepasukan anggota polis menyerbu rumah Tarzan dan melepaskan 107 tembakan yang mengenai tubuh lelaki pelik itu. Anehnya, peluru itu langsung tidak mencederakan Tarzan.

Pihak polis yang terkejut dengan kejadian itu buntu. Kemudian, seorang jiran Tarzan memberitahu bahawa kekebalan lelaki itu terletak pada sebentuk cincin yang dipakai di jari kanannya.

Berdasarkan maklumat itu, pihak polis menyasarkan tembakan ke arah cincin itu hingga ia terlucut dan akhirnya membolehkan peluru menembusi tubuh lelaki itu.

Kadangkala manusia bukan sahaja tidak lut senjata tajam malah kebal daripada arus elektrik dan minyak panas.

Di Indonesia juga, seorang lelaki yang digelar Manusia Elektrik, Suparlan, 59, ‘kebal’ daripada arus elektrik sejak kecil lagi.

Dia yang mempunyai sembilan anak dan 12 cucu berkata, rasa terkena kejutan elektrik sama seperti digigit semut.

“Sekiranya sakit badan atau lenguh, memegang kabel yang mengandungi arus elektrik boleh membuatkan tubuh saya menjadi segar,” katanya yang bekerja sebagai juruelektrik di sebuah syarikat tenaga di negara itu.

Di Chiang Mai, Thailand, Kann Trichan, 50, selamba mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas.

Trichan ialah pemilik sebuah kedai makan yang menyediakan menu ayam goreng. Setiap kali menggoreng ayam, lelaki itu mencelupkan tangannya ke dalam kuali untuk mengambil ketulan ayam yang telah masak.

Peliknya, tangan Trichan tidak pernah melecur. Kebolehan luar biasa itu menyebabkan ramai orang berkunjung ke kedainya.

Otot

Trichan menyedari kemampuan uniknya itu semasa berusia tujuh tahun ketika dia menjual makanan di bawah sebatang pohon mangga.

Tanpa diduga, seekor tupai menjatuhkan sebiji mangga ke dalam kuali minyak panas hingga minyak itu terpercik mengenai sebahagian besar tubuh Trichan.

“Saya fikir akan cedera parah tetapi tiada apa yang berlaku,” kenangnya.

Kemampuan Trichan mendapat pengiktirafan Guiness Book of Records sebagai lelaki yang paling pantas mengambil ayam goreng dalam minyak bersuhu 480 Celcius dengan tangan iaitu sebanyak 20 ketul dalam tempoh seminit.

Berdasarkan ilmu fizik, kemampuan Trichan disebabkan kesan Leidenfrost iaitu fenomena pembentukan lapisan tipis pada cairan (atau kulit) untuk mencegah pertukaran suhu.

Tindak balas kimia ini terjadi secara spontan ketika cairan panas bersentuhan dengan kulit manusia walaupun pada suhu yang ekstrem.

Menurut Ketua Unit Jabatan Anatomi, Fakulti Kesihatan dan Perubatan, Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohamad Aris Mohd. Moklas, tiada istilah kebal dalam bidang sains.

Ini kerana lapisan kulit manusia hanya mempunyai tisu yang lembut. Beliau menyangkal dakwaan bahawa tubuh manusia mengandungi besi tetapi bersetuju jika badan manusia mempunyai zat besi dalam bentuk terampai.

“Kebal mungkin dikaitkan dengan keadaan tubuh seseorang. Jika badannya berotot pejal maka potensi untuk dia luka lebih kecil,” terang beliau.

Lemak dalam badan turut menjadi faktor. Kata Aris, seseorang yang berotot, kurang lemak dalam tubuhnya.

“Lemak yang wujud di bawah kulit membuatkan badan seseorang lebih lembut dan potensi untuk luka lebih tinggi.

“Sama seperti beberapa individu yang berjalan di atas api, bukan disebabkan dia kebal tetapi kulit tapak kaki manusia sebenarnya lebih tebal berbanding kulit di bahagian lain,” ujarnya.

Tutur Aris, kepantasan seseorang berjalan di atas kaca pula membantu mengelakkannya daripada mendapat luka yang parah.

Namun, beliau menghormati pandangan yang mengatakan manusia boleh menjadi kebal kerana katanya, setiap kejadian pasti ada rahsia di sebaliknya.

Kosmo!

2 September 2012

Takut dengan butang baju

Thursday, February 7, 2013

0 comments  


GADIS berusia 21 tahun, Hannah Matthews yang berasal dari Britain menderita penyakit yang agak misteri.

Tetapi dia bukannya disihir sebaliknya menghidap sejenis penyakit yang dikenali koumpounofobia atau fobia terhadap butang pakaian.

Memikirkan perihal butang sahaja akan menyebabkan bekas pelajar kolej ini tertekan hingga berkelakuan seperti orang diserang histeria.

'Fobia butang' bukan sahaja menjadikan penghidapnya takut dengan butang bahkan dia boleh berkelakuan aneh seperti pantas melarikan diri sebaik sahaja mendengar perbualan tentang butang atau melihat individu lain memakainya.

"Saya tahu perkara ini tidak masuk akal. Semua orang tahu butang tidak boleh mencederakan sesiapa. Tetapi percayalah struktur dan bentuknya menakutkan saya," kata Hannah.

Masalah gadis malang ini bermula sejak dia berusia lima tahun. Ibunya merupakan orang yang mula-mula mengetahui ketakutan Hannah khususnya semasa dia mengenakan pakaian seragam sekolah yang mempunyai butang.

"Saya menjerit dan menangis ketakutan sebaik sahaja memakai baju itu.

"Apabila semakin meningkat dewasa, keadaan menjadi semakin kronik hingga saya tidak boleh memandang, mendengar malah memegangnya," ujarnya.

Tutur Hannah, kesemua pakaiannya menggunakan zip dan cangkuk. Namun, wanita malang ini giat berusaha untuk sembuh dengan mendapatkan rawatan daripada beberapa pakar terapi.

"Penyakit ini menyukarkan saya terutamanya semasa menghadiri temu duga bagi mendapatkan pekerjaan.

"Jika seseorang memakai butang, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengawal perasaan. Masih tidak selesa tetapi saya dapat meyakinkan diri bahawa ia dipakai oleh orang lain," cerita Hannah.

Sebenarnya, ramai lagi individu di dunia yang mempunyai ketakutan yang pelik dan kadangkala lucu itu.

Pengasas bersama Apple, mendiang Steve Job juga mengalami simptom yang serupa.

Job pernah mendedahkan kepada akhbar bisnes, Wall Street Journal yang dia mempunyai perasaan fobia terhadap butang yang menyebabkan perisian telefon pintar, telefon bimbit dan gajet pintar keluaran syarikatnya kurang menggunakan butang. - Agensi

Kosmo!

29 Julai 2012

Makan batu jadi tenang

Sunday, February 3, 2013

0 comments  

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

Teresa Widener

PELBAGAI cara dilakukan dalam meluahkan rasa tekanan, marah, sedih dan gembira. Berbeza pula bagi Teresa Widener, 45, yang berasal dari Bedford, Virginia, Amerika Syarikat apabila dia memilih untuk meluahkan rasa yang terpendam dengan memakan batu.

Menurutnya, semakin dia berasa gelisah, semakin banyak batu akan dimakannya. Dia boleh memakan batu sebanyak 1.3 kilogram (kg) dalam seminggu atau lebih daripada 1,360kg sepanjang hidupnya.

"Saya mula memakan batu sejak 20 tahun lalu jika berdepan situasi sedih atau melalui hari yang buruk dengan mengambil segenggam kerikil dan batu-batu yang disimpan di dalam sebuah almari khusus.

"Biasanya saya akan mengutip batu yang lebih lembut dan rapuh ketika berjalan-jalan kerana bukan semua batu boleh dimakan. Untuk menikmati kesedapan batu itu, saya terlebih dulu akan memecahkannya menggunakan tukul besi," terangnya.

Tenang

Teresa kemudian akan memakan batu-batu itu secara perlahan-lahan dengan gigi di sebelah kiri kerana menurutnya, gigi di bahagian itu lebih kuat berbanding gigi lain. Dia juga mengaku tidak pernah berdepan masalah kesihatan yang serius akibat tabiat pemakanannya itu. Hanya sekali-sekala dia sakit perut tetapi jarang membuang air besar.

"Makan batu membuatkan saya berasa tenang. Kuantiti yang diambil pula bergantung pada perasaan saya ketika itu. Untuk itu, saya rasa lebih baik jika ada batu di rumah.

"Saya suka kerana ia juga memiliki bau tanah. Kadangkala saya tidak membasuh batu-batu yang dikutip di tepi jalan kerana mahukan aroma tanah yang terbit daripada batu itu," ujar Teresa kepada akhbar Dailymail.

Jelas Teresa, amalan memakan batu membantunya merawat kekurangan zat besi yang disebabkan penyakit anemia yang dihidapnya.

Walaupun berasa tenang dengan tabiat peliknya itu, hidup Teresa yang memakan batu berubah selepas dia berkahwin dengan Jim Widener. Suaminya itu membantunya meninggalkan kebiasaan yang dilakukan sejak bertahun lamanya itu.

Ujar Teresa, pada awal perkenalan, suaminya juga terkejut melihat tabiat pelik Teresa yang gemar memakan batu tetapi perasaan cinta mendorong suaminya itu untuk membantu Teresa melupakan tabiat pemakanannya yang berbeza daripada manusia biasa itu.

Zat besi

Menurut pakar psikologi klinikal dari Amerika Syarikat, Dr. Jordana Mansbacher, Teresa menghidap sejenis penyakit yang digelar sebagai pica. Ia membuatkan pesakit menjadi obses memakan benda-benda yang tidak seharusnya dijadikan bahan makanan.

"Pica biasanya terjadi kepada kanak-kanak, wanita yang hamil dan orang dewasa. Penghidap akan memakan benda yang tidak masuk akal seperti logam, kertas tandas, kain, kertas, kayu dan kulit.

"Punca kepada penyakit ini belum diketahui tetapi berdasarkan penyelidikan awal, ia berkait rapat dengan faktor kekurangan zat besi dan anemia yang boleh mencetuskan keinginan luar biasa. Penggunaan ubat-ubatan hanya diperlukan sekiranya penghidap mengalami gangguan atau disahkan mempunyai penyakit mental," jelas Mansbacher.

Tambahnya, wanita hamil biasanya mengalami anemia kerana nutrien yang mereka ambil disalurkan terus kepada bayi di dalam kandungan. Situasi itu menyebabkan mereka cenderung mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.

Mansbacher menyifatkan amalan memakan batu atau tanah sebagai tidak sihat kerana ia boleh menyebabkan si pemakan dijangkiti kuman. Batu juga boleh merosakkan tisu dalam badan sekali gus mengakibatkan pendarahan.

"Haiwan seperti serigala dan penyu juga memakan batu untuk membantu penghadaman tetapi ia jarang berlaku pada manusia.

"Saya cadangkan Teresa menjalani ujian darah bagi menentukan sama ada dia mempunyai masalah kekurangan mineral atau vitamin tertentu. Sekiranya ada, dia perlu segera mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar," tuturnya.

Kosmo!

22 Julai 2012

Lelaki pemakan bangkai

Sunday, January 13, 2013

0 comments  

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

KELAWAR dan tikus merupakan haiwan kegemaran Boyt.

BANGKAI haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan.

Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.

Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.

“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.

“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.

Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan.

Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.

“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.

Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.

Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.

“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.

“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.

Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.

Eksotik

“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.

Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain.

Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.

“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.

Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.

Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.

Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.

“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.

Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie.

Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?

“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.

Kosmo!

20 Mei 2012

Gadis berbulu lebat

Tuesday, January 8, 2013

0 comments  

SUPATRA yang digelar serigala jadian menghadapi kesukaran untuk melihat dan bernafas kerana wajahnya dilitupi bulu.
SUPATRA SASUPHAN sering dipanggil ‘muka monyet’ atau ‘gadis serigala’ namun keadaan tersebut tidak menghalangnya daripada berjaya dalam pelajaran.

Dia yang kini berusia 12 tahun menghidap Sindrom Ambras iaitu penyakit yang disebabkan oleh kecacatan genetik kromosom.

Menurut rekod, hanya 50 individu di dunia pernah mengalami penyakit tersebut.

Supatra ialah pelajar terbaik sekolahnya di Bangkok, Thailand.

Dia bercita-cita menjadi seorang doktor kerana ingin mengkaji lebih lanjut mengenai penyakitnya sendiri selain membantu keluarga dan masyarakat.

Semasa kecil, keadaan tubuhnya seperti kanak-kanak normal lain. Namun, apabila meniti usia remaja, bulu lebat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di muka, telinga, kedua-dua belah tangan serta belakang badan.

Walaupun bapanya membawa Supatra mendapatkan rawatan menggunakan kaedah laser, situasi abnormal itu tidak berubah sebaliknya bulunya menjadi semakin lebat.

“Pada mulanya ada orang suka mengejek saya dengan memanggil saya muka monyet tetapi sekarang tidak lagi.

“Saya berharap akan pulih satu hari nanti,” katanya yang gemar berenang, menari dan menonton rancangan kartun.

“Saya peminat kartun animasi Bugs Bunny. Bagaimana pula dengan anda?” tanya Supatra kepada wartawan yang menemu bualnya baru-baru ini.

Jadi doktor

Mengapa dia ingin menjadi doktor?

“Saya mahu merawat seberapa ramai pesakit. Selain itu, saya hendak menjadi seorang pakar matematik dan mengajar subjek berkenaan kepada kanak-kanak supaya mereka meminatinya,” ujar Supatra.

Namun, kedua-dua hasrat murni gadis malang itu masih kabur disebabkan dia telah menjalani dua kali pembedahan hanya untuk memastikan dia dapat bernafas dengan baik.

Bapanya, Sammrueng, 38, memberitahu, anaknya sukar bernafas kerana lubang hidungnya terlalu sempit.

Tetapi bukan itu sahaja cabaran yang dihadapi oleh Sammrueng dan isterinya, Somphon, 38, sepanjang mereka menjaga zuriat istimewa itu.

“Jiran-jiran sering mengumpat saya dan isteri dengan mengatakan kami selalu membuat dosa besar sehingga mendapat anak sebegini.

“Selain itu, gigi anak kami itu juga tidak membesar dengan normal manakala penglihatannya semakin kabur,” ujarnya.

Si ibu akan memotong bulu di kepala, telinga, belakang serta kedua-dua tangan Supatra setiap hari.

Bukan itu sahaja, anak mereka itu juga menggunakan syampu rambut yang khas untuk bayi kerana menghadapi masalah alergi dengan syampu biasa.

SAMMRUENG (tengah) berharap Supatra dapat sembuh daripada penyakit aneh yang dialaminya.
Dalam pada itu, di Mumbai, India pula, tiga wanita adik-beradik bimbang ‘Sindrom Serigala Jadian’ yang mereka alami bakal menyebabkan mereka sukar mencari suami.

Berdepan masalah penumbuhan bulu tidak terkawal, Savita, 23, Monisha, 18, dan Savitri, 16, mungkin menjadi anak dara tua gara-gara penyakit Hypertrichosis Universalis.

Mengikut nisbah, penyakit itu dihidap oleh seorang daripada satu bilion penduduk dunia.

Menurut Savita, dalam keadaan begitu, perkahwinan adalah mustahil untuk mereka.

“Siapa yang mahu menjadi suami kepada seseorang yang mukanya dipenuhi bulu?” katanya.

Di kawasan perkampungan kecil di Sangli itu, anak dara tiada pilihan yang banyak.

Hidup dalam keadaan serba miskin, keluarga Savita ternyata tidak mampu menyediakan wang sebanyak RM21,500 untuk setiap gadis itu menjalani rawatan laser bagi membuang bulu berkenaan.

Ketika ini, adik-beradik malang itu cuma menggunakan krim membuang bulu untuk mengurangkan sedikit masalah berkenaan.

Bagaimanapun, kata Savita, ia hanya bertahan seketika. Ini kerana bulu di muka mereka kembali tumbuh dengan cepat.

Ibu mereka, Anita Sambhaji Raut, 40, berkata, dia mempunyai enam anak, tetapi cuma tiga yang mengalami sindrom berkenaan.

Kata Anita, penyakit itu diwarisi daripada suaminya yang dikahwini secara paksa ketika Anita berusia 12 tahun.

“Saya menyedari suami saya itu mempunyai muka dan badan berbulu pada hari kami dikahwinkan. Keadaan itu sangat menakutkan saya,” katanya.

Akibat penyakit itu, ujar Anita, dia sentiasa berdepan dengan cercaan masyarakat setempat.

“Apabila saya membawa Savita keluar, orang kampung akan memanggil kami binatang atau ahli sihir,” katanya. – Agensi

Kosmo!

26 Februari 2012

Manusia berselera pelik

Sunday, June 10, 2012

0 comments  

Penyakit pelik yang dipanggil Pica menyebabkan seorang jururawat pergigian dari England, Kerry Trebilcock, 21, menjadikan span pencuci dan sabun sebagai menu hariannya.

Kerry Trebilcock


Malah, sejak mengalami penyakit itu pada tahun 2008 dia telah memakan lebih 4,000 span pencuci dan 100 buku sabun.

Baginya, rasa kedua-dua 'hidangan' itu sama seperti makanan ringan yang sedap dicicah sos.

Dia juga gemar mencubit span pencuci dalam saiz kecil seperti biskut sebelum dicelup ke dalam air teh atau coklat panas.

Bukan sekadar span pencuci, sabun organik berbau lemon dan limau nipis juga menjadi obses gadis aneh itu.

"Jika sedang mandi di dalam bilik air sekali pun saya akan makan sabun itu," katanya.

Ujarnya lagi, sekiranya keluar bersiar-siar pula, kedua-dua makanan rutin itu akan dibungkus untuk dibawa bersama.

Tabiat

"Sebagai penambah perisa, beberapa biji tomato dan sos tidak pernah dilupakan sebelum saya memakannya di luar rumah," kata Trebilcock tanpa berselindung.

Hakikatnya, penyakit Pica membuatkan penghidap ketagih makan besi, arang, pasir, kapur malah lebih buruk lagi mentol lampu dan perabot.

Namun, tabiat makan yang pelik itu juga menjadi punca Trebilcock sering mengalami sakit perut dan cirit-birit.

Span pencuci kebiasaannya diperbuat daripada serat kayu selulosa atau polimer plastik.

Sabun organik antara bahan utamanya ialah minyak zaitun, minyak kelapa sawit, gliserin dan campuran herba.

Trebilcock memberitahu, jika membeli-belah di pasar raya, dia akan membeli 40 ketul span pencuci dan sabun organik.

"Juruwang pasar raya berkenaan selalu memuji dengan mengatakan saya wanita yang mementingkan kebersihan," cerita Trebilcock.

Wanita ini pernah berjumpa dengan doktor pakar untuk merawat tabiat pemakanannya itu.

Doktor itu memberitahu bahawa Trebilcock menghidap penyakit Pica. Jika dia tidak segera menghentikan tabiat itu ia boleh menyebabkan sistem tubuh Trebilcock terjejas.

"Walaupun kerap mengikuti program kaunseling selain mengambil pil suplemen, situasinya masih sama. Saya akan makan span sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Adele Edwards


"Tetapi saya banyak berbincang dengan individu lain yang menghidap penyakit yang sama melalui forum di Internet. Ada dalam kalangan mereka yang makan tayar kereta, sudu dan perabot," ceritanya.

Hakikatnya, penyakit Pica dialami oleh ramai orang. Tahun lepas, akhbar melaporkan seorang ibu beranak lima dari Miami, Amerika Syarikat, Adele Edwards, 31, obses memakan kusyen sofa sejak berusia 10 tahun.

Terapi

Edwards memberitahu, dia telah makan hampir 190 kilogram kusyen hinggakan doktor memberi amaran bahawa ketagihan itu boleh menyebabkan dia meninggal dunia.

Di daerah yang sama, seorang gadis berusia 19 tahun turut menghidap penyakit ganjil itu. Gadis itu ketagih makan serbuk pencuci.

Tempestt Henderson pula akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci dalam seminggu.

"Rasa sabun dan serbuk pencuci itu amat manis," katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.

Tempestt Henderson


Selepas enam bulan memakan sabun, Henderson menemui doktor untuk cuba mengubati ketagihannya.

Doktor yang merawatnya menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit itu.

Dia diminta mengingati benda lain semasa dia berasa mahu makan sabun.

Selain itu, dia juga digalakkan pergi berjalan-jalan dan mengelak daripada mengunjungi tempat yang mengandungi sabun seperti bilik mandi dan kedai dobi.

Henderson menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan. - Agensi

Penyakit Pica

Penyakit Pica dipercayai disebabkan oleh gangguan mental yang dihidapi seseorang. Ia boleh menjejaskan perkembangan mental serta fizikal mangsa.

Antara punca penyakit itu adalah tekanan perasaan, masalah keluarga, kemiskinan dan perceraian.

Majoriti penghidap terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.

Tiada ubat tertentu yang boleh merawat penyakit ini. Ia bergantung kepada cara individu tersebut untuk mengatasinya.

Ada penghidap yang suka memakan gelas, habuk, pasir, cat, rambut, kayu malah kertas surat khabar.



Kosmo!

11 Mac 2012

Lelaki bercinta dengan kereta

Saturday, March 10, 2012

0 comments  

SMITH membelai Vanilla sebagai tanda cinta terhadap keretanya itu.


EDWARD SMITH sememangnya seorang lelaki yang pelik. Dia mengaku bercinta malah melakukan hubungan seks dengan kereta miliknya iaitu sebuah Volkswagen Beetle berwarna putih. Kereta itu dipanggilnya dengan nama Vanilla.

Walaupun perlakuan itu aneh, warga Amerika Syarikat (AS) itu bertegas mengatakan dia bukan orang gila.

"Saya menghargai kecantikan dan perkara itu direalisasikan terhadap kenderaan bermotor iaitu kereta.

"Mungkin hubungan cinta terhadap kereta pada pandangan orang ramai adalah satu tindakan luar biasa tetapi apabila saya menonton filem Herbie dan Knight Rider di mana kereta dipeluk dan disayangi, timbul perasaan yang indah selepas itu," kata Smith, 60.

Lelaki dari Washington itu menggambarkan dirinya seorang yang romantik apabila mencium 'teman wanitanya' itu.

Bukan itu sahaja, Smith juga mengarang sajak, menyanyi dan berbual dengan kereta itu seolah-olah objek besi itu wanita sebenar.

"Jangan persoalkan tindakan saya. Saya tidak menyakiti orang lain," ujarnya.

Realitinya, lelaki pelik ini mula bercinta dengan kereta semasa berumur 15 tahun. Dia juga mendakwa tidak mempunyai ghairah terhadap wanita.

Selain obses yang melampau terhadap kereta, dia juga pernah bercinta dengan sebuah helikopter yang digunakan dalam drama televisyen tahun 1980-an, Airwolf.

Sama seperti Vanilla, Smith juga banyak menghabiskan masa dengan sebuah kereta klasik Opal GT buatan tahun 1973 yang dinamakan Cinnamon serta Ford Ranger Splash yang dipanggilnya Ginger.

Sebelum bercinta dengan Vanilla, dia menjalin hubungan selama lima tahun dengan kereta Volkswagen Beetle yang dibeli daripada sebuah keluarga di Washington.

Tetapi lelaki yang masih bujang ini mengakui kebanyakan kereta yang dicintainya merupakan milik individu lain atau yang terdapat di kedai-kedai automotif.

Bagaimana pula dengan kehidupan peribadinya?

"Hubungan terakhir saya dengan wanita tulen berakhir pada 15 tahun lalu.

"Ia berakhir kerana saya tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap mereka sekalipun kami melakukan hubungan seks," ujarnya.

Pendedahan sikap pelik Smith terbongkar selepas ia disembunyikan selama beberapa tahun apabila dia bersetuju untuk ditemu bual dalam sebuah program dokumentari televisyen Channel Five di AS baru-baru ini.

Dokumentari itu berkisar mengenai individu yang mengalami masalah penyakit mekanofilia. Penyakit itu menyebabkan seseorang mencintai benda, alatan, motosikal ataupun kereta.

Mereka yang menghidap penyakit ini menganggap alatan dan benda seperti kekasih. Golongan itu juga melakukan hubungan seks dengan objek berkenaan.

Kebanyakan individu menghidap mekanofilia disebabkan kurang mendapat kasih sayang semasa kecil ataupun kecewa yang keterlaluan dalam percintaan.

Cinta

Pada tahun 2007, seorang lelaki, Robert Steward dihadapkan di Mahkamah Ayr Sheriff, Scotland kerana melakukan hubungan seks dengan basikal di sebuah hotel di Ayr.

Robert ditemui oleh pekerja hotel yang terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka biliknya. Semasa pintu dibuka, Robert hanya memakai baju baju T tanpa mengenakan seluar.

Pekerja hotel mendakwa mereka melihat lelaki itu memegang basikal dan cuba melakukan seks dengan kenderaan itu.

Sementara itu, Smith memberitahu, semasa remaja dia hanya meminati kereta terbaharu di pasaran.

"Lama-kelamaan hobi itu bertukar menjadi cinta. Semasa berumur 13 tahun, kereta jenis Corvette Stingray ketika itu ibarat cinta pandang pertama saya," kata Smith.

Cerita Smith tidak terhenti begitu sahaja. Dia menambah, semasa meletakkan kereta di tempat letak kenderaan, dia sering tertawan apabila terpandang kereta lain.

"Ada banyak kereta yang menarik minat saya. Ia membuatkan saya sanggup menunggu hingga waktu tengah malam untuk merapati kereta itu sebelum memeluk dan menciumnya," katanya.

Smith bertegas di sebalik perwatakan eksentriknya, dia bukan seorang homoseksual.

Hakikatnya, kecintaan Smith terhadap kenderaan bermotor bukan sahaja dialami olehnya.

Smith mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 500 individu lain di seluruh dunia yang mempunyai hubungan cinta dengan kenderaan masing-masing.

Ini membuatkan mereka sering berhubung dan berbual-bual di Internet mengenai kekasih mereka.

Bagaimana pula Smith menghargai Vanilla? Adakah dia menghargai buah hatinya itu dengan membawanya ke restoran mahal, menghadiahkan bunga ros ataupun membeli coklat berbentuk hati?

"Saya hanya membasuhnya dengan penuh kasih sayang selain memastikan Vanilla berada dalam keadaan baik.

"Sekiranya ada bunyi pelik atau kerosakan kecil saya akan segera membawanya ke bengkel untuk dibaiki kerana Vanilla sedang mengalami kesakitan," cerita Smith.

Selain itu, dia juga membawa Vanilla ke stesen minyak untuk diisi petrol yang dianggap sebagai penyambung hayat kereta kesayangannya itu. - Agensi

Perlakuan pelik Edward Smith

Lelaki Amerika itu mendakwa melakukan seks dengan kereta sejak berusia 15 tahun.

Dia akan memeluk dan mencium kereta berkenaan sebagai luahan ekspresi cintanya.

Smith juga mengarang sajak, menyanyi dan berbicara dengan kereta seperti kenderaan itu kekasihnya.

Sindrom mekanofilia melibatkan tarikan seksual seseorang terhadap basikal, kenderaan bermotor, helikopter dan kapal terbang.

Kosmo!

18 Disember 2011

Budak tiada rasa sakit

Wednesday, December 21, 2011

0 comments  

KESAN jahitan kerana pembedahan untuk mengeluarkan paku daripada betis Safira pada minggu lalu.


BIARPUN masih kebingungan, pakar bedah di Hospital Umum Andi Makkasau, Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia tetap berusaha untuk mengeluarkan paku besi pelbagai saiz daripada betis seorang kanak-kanak perempuan.

Terdapat 26 batang paku termasuk sebatang jarum dan dua objek besi berwarna putih yang tertanam dalam kedua-dua betis Safira Ibrahim, 3.

Sambil membelah betis Safira dengan berhati-hati, Dr. Kamaruddin Sahid ligat berfikir bagaimana paku sepanjang di antara dua sentimeter (sm) hingga enam sm itu boleh ada di situ tanpa disedari.

“Ini memang tidak masuk akal mengikut ilmu perubatan,” ungkap Kamaruddin.

Doktor itu perlu berwaspada kerana kedudukan paku yang berwarna kehitaman itu tertanam berdekatan dengan jaringan saraf dan saluran darah.

Kesemua objek logam itu berjaya dikeluarkan daripada betis Safira selepas dua jam dia berada di dewan bedah pada awal bulan ini. Sebanyak tujuh batang paku tertanam di betis kiri, manakala 19 batang lagi di betis kanannya.

Namun, doktor yang mengesan sebatang paku di punggung Safira tidak melakukan pembedahan kerana bimbang ia membahayakan kanak-kanak itu. Ia hanya akan dikeluarkan setelah luka di betisnya sembuh.

Lebih mengejutkan, sebaik sahaja semua paku dikeluarkan, muncul sebatang paku baharu di betisnya.

SEBANYAK 26 batang paku berkarat berjaya dikeluarkan daripada betis Safira.


Hairan

“Dalam pembedahan pertama ia tidak kelihatan mungkin kerana terlindung oleh paku besar lain.

“Kami akan lakukan pembedahan lagi bagi mengeluarkan paku yang baru dikesan ini.

“Tetapi jika selepas pembedahan kali kedua nanti ia tetap muncul semula, sahlah ia merupakan kekuasaan Tuhan,” kata Kamaruddin.

Menurutnya lagi, memang terdapat kesan luka pada betis Safira sebelum pembedahan itu.

Namun apa yang membuat Kamaruddin hairan adalah bagaimana paku yang begitu banyak boleh dimasukkan sekali gus.

Ibu Safira yang hanya mahu dikenali sebagai Sarifa mendakwa parut di betis anaknya itu merupakan kesan cacar.

“Paku itu begitu banyak. Mustahil ia dimasukkan satu persatu kerana pasti menyakitkan.

“Melihat jumlahnya tentu ada orang yang memasukkannya?” ujarnya lagi.

Safira bagaimanapun tidak berasa sakit biarpun imbasan sinaran X menunjukkan paku tersebut kelihatan bercerucuk dan mengerikan.

Sarifa yang merupakan ibu tunggal tinggal bersama Safira di Ajatappareng, Parepare, Sulawesi Selatan. Dia memberitahu, dia tidak menyedari bila paku-paku itu berada dalam betis anak tunggalnya itu.

Dia jarang meninggalkan Safira bersendirian bahkan mengaku bahawa anaknya itu tidak pernah memakan benda-benda asing seperti paku.

“Saya pernah keluarkan empat batang paku daripada betisnya ketika dia berusia dua tahun lima bulan tetapi tidak tahu macam mana ia boleh berada di situ. Safira pula tidak menunjukkan tanda kesakitan.

PAKAR perubatan menemui sebatang paku yang muncul semula selepas pembedahan pertama.


“Saya juga hairan bagaimana objek ini boleh tertanam di badannya sedangkan saya sentiasa mengawasinya.

“Jika sengaja dimasukkan pasti dia akan berasa sakit dan betisnya membengkak,” ujar Sarifa.

Kejadian pelik itu menimbulkan banyak spekulasi. Ramai penduduk menganggap Safira merupakan mangsa amalan ilmu hitam.

Namun, seorang tokoh agama di Kota Makassar, Abd. Halim, 50, sependapat dengan pakar perubatan bahawa objek itu telah dimasukkan secara fizikal.

“Ilmu hitam melibatkan perkara ghaib. Tiada pengamal ilmu hitam yang dapat menghantar sesuatu ke dalam tubuh seseorang dari tempat jauh.

“Apatah lagi untuk memasukkan paku itu ke betisnya melalui tiupan mahupun bacaan mentera dari tempat yang jauh,” kata Halim.

Kosmo!

13 November 2011

Mumia firaun pemandu teksi London

0 comments  

PASUKAN pakar yang menukarkan mayat Alan menjadi mumia di Medico-Legal Centre di Sheffield. Pasukan ini diketuai pakar kimia arkeologi Stephen Buckley (baju putih).


ALAN BILLIS seperti sudah mengetahui dia akan mati akibat penyakit kanser paru-paru. Jadi sebelum meninggal dunia, pemandu teksi di kota London yang kuat merokok itu memberitahu isterinya yang dia enggan mayatnya ditanam.

"Tiada upacara pengkebumian, menggali kubur atau mayat saya diletakkan di dalam keranda," kata Alan kepada Jan Alan.

Alan seorang yang tidak percayakan agama. Baginya, tiada kehidupan selepas mati dan mati adalah penamat kehidupan seseorang.

Sejak Januari lalu, dia bergelut dengan penyakit itu. Sebagai tambahan kepada wasiatnya, Alan ingin jasadnya diawet seperti mumia mengikut tradisi pengawetan mayat pemerintah Mesir kuno iaitu firaun yang sudah berusia lebih 3,000 tahun.

Segalanya berpunca daripada iklan surat khabar yang dibaca Alan iaitu mengenai sebuah syarikat penerbit dokumentari televisyen mahu mencari individu yang ingin menjadi mumia selepas mati.

Kata Alan kepada isterinya, dia rela digelar Tutan-Alan sempena nama firaun Tutankhamun. Mumia Tutankhamun yang dikenali sebagai Raja Tut masih boleh disaksikan di Muzium Mesir di Kaherah.

Keputusan Alan itu mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang mengatakan dia sengaja mencari populariti sementara masih hidup. Ada pula yang mendakwa program dokumentari yang akan disiarkan dalam Channel 4 itu dibuat bagi menaikkan rating penonton saluran televisyen Britain itu.

Isterinya Jan memberitahu, Alan seorang yang keras kepala. Kepantangan Alan kalau keputusannya dipertikaikan orang lain. Dia juga tidak suka melakukan sesuatu perkara untuk tempoh yang lama.

"Oleh kerana itu dia sering bertukar-tukar kerja dengan memandu lori dan teksi," kata Jan.

Jan juga menyifatkan suaminya seorang yang amat menyayangi cucunya namun kegembiraan itu tidak kekal lama.

Pada Disember 2008, Alan mengadu dia kerap batuk selain tahap kesihatannya merosot.

Iklan

Selepas sebulan menjalani pemeriksaan dia disahkan menghidap kanser paru-paru. Doktor menjangkakan dia hanya dapat hidup selama enam bulan lagi.

"Alan begitu sedih memikirkan dia akan mati dan meninggalkan cucu-cucunya," kata Jan.

Beberapa minggu kemudian, Alan menunjukkan kepada Jan iklan surat khabar yang ingin mencari calon individu untuk diawet menjadi mumia.

"Saya bertanya adakah dia ingin memohon dan Alan terus menyatakan ya. Dia ingin kekal seperti masih hidup untuk ditatap oleh ahli keluarganya kelak," ujar Jan lagi.

Alan merupakan individu tunggal yang memohon untuk menjadi mumia dan dia terus terpilih mengikuti projek sains itu.

Sejak Disember tahun lepas kesihatan Alan bertambah buruk. Dia meninggal dunia 14 Januari lalu. Mayatnya dihantar ke Medico-Legal Centre di Sheffield, utara Yorkshire, England.

Proses pengawetan mumia Alan dilakukan oleh seorang pakar kimia arkeologi bernama Stephen Buckley.

"Saya sebelum ini hanya mengawet babi dan tikus di laman belakang rumah saya.

"Mengawet manusia merupakan ujian terhebat bagi saya tetapi rakyat Mesir zaman dahulu telah membuktikannya. Jadi saya yakin mampu melakukannya," katanya.

Proses mengawet mumia Alan sama seperti proses mengawet mumia Tutankhamun. Pada mulanya pasukan pengawet mumia Alan mengeluarkan isi perut Alan selain paru-paru dan buah pinggang dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas khas.

Keras

Mengekalkan tradisi mengawet mumia cara kuno Mesir, jantung dan otak Alan kekal di dalam tubuhnya.

Bahagian dalam tubuh lelaki itu disteril dengan alkohol. Ia kemudian dibungkus dengan kain linen untuk mengekalkan tekstur tubuhnya.

Selepas itu, mumia Alan disaluti dengan minyak bijan dan kertas bersalut lilin sebagai langkah keselamatan sebelum dibasahkan selama 35 hari dengan natron yang merupakan sejenis garam yang terdapat di Sungai Nil, Mesir. Garam itu bertindak sebagai agen pemuliharaan.

Selepas dikeringkan di dalam sebuah bekas, mayat Alan dibalut. Keluarga Alan tidak menyaksikan proses pengawetan itu tetapi mumia Alan siap sepenuhnya pada Ogos lalu.

Jan telah pergi ke makmal itu untuk melihat hasilnya.

"Saya tidak takut tetapi lebih bersifat ingin tahu. Saintis menawarkan untuk membuka kain linen yang membaluti suami saya tetapi saya enggan melihatnya dalam keadaan bogel

"Apabila menyentuhnya dan merasai tapak tangannya, saya terkejut kerana tangannya terasa keras selepas diawet," katanya.

Ujar Jan lagi, kadang-kadang dia rasa bersalah kerana mayat suaminya dijadikan mumia.

"Namun, cara inilah yang Alan impikan. Dia mahu dijaga dan dilayan seperti seorang raja," kata Jan.

Mumia Alan akan kekal di Medico-Legal Centre sehingga akhir tahun ini. Nasibnya selepas ini tidak diketahui.

"Saya tidak mahu mengkebumikan Alan selepas proses mengawet ini selesai. Ia satu pembaziran selepas pelbagai perkara dilakukan. Malah, mumia suami saya boleh kekal sehingga 3,000 tahun," kata Jan.

Jan secara peribadi ingin mumia Alan dipamerkan di muzium. Katanya lagi, Alan pernah memberitahunya dia ingin dimasukkan ke dalam sebuah bekas dengan butang mekanikal yang kecil yang membolehkan mumianya berpusing. - Agensi

Kosmo!

30 Oktober 2011

Tidak boleh seluk poket

0 comments  

KUKU Lee Redmond patah akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2009.


DENGAN kuku sepanjang 606 sentimeter (sm), Chris ‘The Dutchess’ Walton kini memegang rekod sebagai pemilik kuku terpanjang di dunia. Ia mengambil masa selama 18 tahun untuk tumbuh dan mungkin memerlukan rawatan manicure paling mahal di dunia.

Penyanyi dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) berusia 45 tahun itu mencatat nama dalam Guinness Book of Records dengan ukuran kuku tangan kiri sepanjang 309 sm dan 297 sm bagi tangan kanan.

“Ia sebahagian daripada tubuh kita,” kata Walton.

Sementara dia tidak dapat membayangkan bagaimana hidupnya tanpa kuku yang panjang, ramai yang tertanya-tanya apa yang boleh dilakukannya dengan kuku sepanjang itu?

Menurut Walton, dia boleh melakukan semua perkara termasuk memandu kereta, membeli-belah dan membuat kerja rumah. Ya, semua perkara kecuali menyeluk poket seluarnya.

“Perkara paling susah bagi saya ialah untuk menyeluk poket. Yang lain saya boleh buat sendiri - memandu, pergi ke pasar raya dan membersihkan rumah walaupun kadang-kadang wayar vakum akan berbelit pada kuku saya,” ujarnya.

Pakaian

Satu lagi aktiviti yang tidak dapat dilakukannya ialah berenang. “Saya tidak berenang bukan disebabkan kuku tetapi masalah rambut,” akui Walton.

Dalam satu interviu dengan akhbar Huffington Post di New York, Walton menunjukkan cara dia menggunakan telefon bimbit iaitu dengan menekan butangnya menggunakan buku jari bagi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Walton memberitahu, dia sentiasa memikirkan mengenai kukunya sejak 18 tahun lalu. Dia juga terpaksa mengubahsuai pakaiannya khususnya membuang semua kelim tangan dan menggantikannya dengan zip. Jadi dia tidak perlu menyarungkan tangan pada lengan baju sebaliknya cukup dengan mengenakan baju ke badan dan tangannya sebelum mengemaskannya dengan zip.

SELAIN menyeluk poket, perkara yang tidak dapat dilakukan Walton ialah berenang.


Ibu kepada lima orang anak dan nenek kepada tiga cucu itu berkata, dia tidak membela kuku sebagai hobi sebaliknya ia hanya satu kebetulan.

“Saya tidak membiarkannya panjang semata-mata untuk memasuki rekod Guinness,” katanya.

“Satu hari saya berhenti memotong kuku kerana saya mahu lihat bagaimana rupanya jika panjang,” tambahnya.

Walton berkata, dia tidak mempunyai diet khusus untuk kuku atau mengambil vitamin dan suplemen tertentu. Dia cuma gemar mengunyah gula-gula, katanya.

Dia bagaimanapun begitu menjaga kukunya dengan menjalani rawatan manicure sebulan sekali. Apabila ditanya berapa botol cecair pengilat kuku digunakan dalam setiap rawatannya, Walton memberitahu: “Ia bergantung pada jenama dan bagaimana ia berfungsi.”

Walton turut digelar ‘Edward Scissorhands’ sebenar iaitu lelaki bertangan gunting lakonan Johnny Depp dalam filem tahun 1990 dengan tajuk yang sama itu.

Kemalangan

“Saya pasti memotongnya suatu hari nanti tetapi saya sudah biasa hidup berkuku panjang. Seperti juga kaki, bukan senang untuk saya membuangnya begitu sahaja,” ujar Walton.

Pemegang rekod kuku terpanjang sebelum ini ialah seorang nenek dari Salt Lake City, Utah, AS, Lee Redmond. Redmond tidak pernah memotong kukunya selama 30 tahun iaitu sejak tahun 1979.

Malangnya, semua kukunya patah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan pada tahun 2009.

Nama Redmond disenaraikan dalam Guinness Book of World Records pada tahun 2008 dengan panjang keseluruhan kukunya ialah 848 sm.

Kuku terpanjang, di ibu jari kanan, ialah sepanjang 87 sm. Redmond yang suatu ketika dibayar setinggi AS$100,000 (RM300,000) untuk muncul dalam rancangan televisyen secara langsung, sekarang telah kehilangan mahkota kebanggaannya.

Pada tahun 2006, dia dilaporkan bersedia memotong kuku bagi membolehkannya menjaga suaminya yang menghidap Alzheimer.

Bagaimanapun, dia mengubah fikiran dengan berkata kuku itu tidak mengganggu kerja-kerja hariannya. Menurut Redmond, dia menjaga kukunya setiap hari, melumurnya dengan minyak zaitun dan membersihkannya dengan berus gigi. Dia juga pernah ditanya bagaimana dia menggunakan tandas dan bilik mandi, Redmond menjawab: “Dengan sangat berhati-hati.”

Kosmo!

16 Oktober 2011

Fenomena manusia bertanduk

0 comments  

ZHANG RUIFANG


TANDUK sering dikaitkan dengan haiwan yang meragut rumput seperti kambing dan rusa. Namun begitu, hanya haiwan jantan yang memiliki tanduk.

Bagaimanapun, seorang wanita China telah ditumbuhi sebatang tanduk menyerupai tanduk kambing di tepi kiri kepalanya.

Tanduk wanita berusia 101 tahun dari Kampung Linlou, Wilayah Henan itu, Zhang Ruifang, bermula sebagai benjolan kecil di dahinya dua tahun lalu. Tanduk itu sudah tumbuh sehingga enam sentimeter panjang.

"Tanduk ini bermula daripada sebuah bentuk yang tebal, kulit kasar di tepi kiri dahinya. Kami tidak perasan mengenainya pada awalnya, tapi kemudian ia terus tumbuh.

"Sekarang ada sesuatu yang tumbuh di sisi kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk yang lain," kata anak bongsunya, Zhang Guozheng, 60.

Tanduk itu menyebabkan sakit pada kepalanya. Wanita bertanduk itu memiliki tujuh orang anak, enam lelaki dan perempuan dengan anak paling tua berusia 82 tahun.

Tinggal di daerah pedalaman dan hidup terlalu miskin untuk membayar kos rawatan hospital, anak-anaknya bimbang tentang keadaan ibu mereka tetapi terhibur oleh kenyataan bahawa dia tidak mengalami kesakitan.

XIOU LING dengan tanduk di depan dahi.


Implan

Keadaan ini dikenali sebagai tanduk kulit yang jarang berlaku. Terdiri daripada keratin, tanduk ini biasanya berkembang pada orang dewasa yang lanjut usia, terutama mereka yang mempunyai sejarah berjemur di bawah sinar matahari.

Pada tahun 2003, seorang wanita dari Zhanjiang, selatan China, didapati tumbuh tanduk sepanjang 12 sentimeter (sm) di dahinya. Para doktor bingung dengan keadaannya itu dan sekadar mengandaikan Xiou Ling menghidap masalah ketidakseimbangan hormon.

Sesetengah pakar berpendapat pencemaran radiasi turut menyebabkan manusia ditumbuhi benjolan seperti tanduk.

Seorang lagi rakyat China, Huang Yuanfan, tumbuh tanduk kecil berukuran 7 sentimeter di belakang kepalanya. Tanduk tersebut tumbuh dua tahun lepas dan ia semakin membesar.

(A)MENURUT ibunya, rupa George seperti syaitan selepas dibedah. (B)WAJAH George sekarang.


"Saya sudah cuba beberapa kali untuk memendek dan mencabut tanduk tersebut tetapi masih tiada perubahan berlaku, malahan semakin membesar," katanya.

Menurut lelaki itu lagi, tanduk tersebut belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti tumbuh.

"Saya sudah berjumpa dengan banyak doktor tetapi punca kepada ketumbuhan ini belum diketahui. Mereka pernah beberapa kali mencabut tanduk tersebut tetapi ia tetap tumbuh semula," kenang beliau.

Walaupun manusia bertanduk dianggap aneh, masih ada pengikut fahaman tertentu khususnya yang berkaitan penyembahan syaitan membuat implan tanduk. Ini termasuk seorang lelaki dari Tulsa, Amerika Syarikat, Jesse Thornhill, 28, yang mengaku diri pengikut syaitan.

JESSE sengaja melakukan implan benjolan berbentuk tanduk di dahinya.


Manakala cerita manusia bertanduk sentiasa mendapat tempat di dada akhbar berpengaruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dan Britain.

Minggu ini, akhbar-akhbar melaporkan bagaimana seorang budak lelaki berusia lima tahun, George Ashman, mendapat benjolan berbentuk tanduk di kiri dan kanan dahinya selepas melakukan pembedahan membuang tanda lahir di Hospital Great Ormond, London.

Ibunya, Karen, membuang tanda lahir itu kerana khuatir anaknya akan menjadi bahan ejekan rakan-rakannya.

Ketika George berusia empat tahun, dia menjalani pembedahan untuk meregangkan kulit dahinya sehingga tanda lahir tersebut dapat dihilangkan dan ditutupi dengan jaringan kulit baharu.

Doktor turut menyisipkan dua jaringan peregang di bawah kulitnya, yang akan membesar secara bertahap sehingga terlihat seperti dua tanduk besar.

Selama empat bulan, gumpalan tersebut mengembang dan meregangkan kulit dahinya. Karen sangat terkejut.

"Tanduk itu lebih besar daripada yang saya sangkakan. Ia nampak seperti syaitan," ujarnya. Mujurlah alat itu dikeluarkan empat bulan kemudian iaitu April lalu.

Kosmo!

25 September 2011

Dua kanak-kanak sepupu ada kuasa magnet

Tuesday, November 1, 2011

0 comments  

BEBERAPA susu, garpu dan pinggang melekat pada dada dan perut Luka Lukic.

DADA David Petrovic dipenuhi dengan sudu dan garpu di Gornji Milanovac, Belgrade, Serbia.


BELGRADE - Kehebatan dua kanak-kanak telah menarik perhatian orang ramai kerana mereka mempunyai kuasa magnet apabila beberapa sudu dan garpu melekat di badan masing-masing.

David Petrovic, berusia empat tahun dan sepupunya, Luka Lukic, berusia enam tahun menunjukkan keistimewaan mereka dengan melekatkan logam pada badan masing-masing.

Ibu Petrovic, Sanja memberitahu, dia mula mengetahui kelebihan yang dimiliki oleh anaknya itu pada bulan lalu.

"Saya meminta Petrovic mengambil sudu untuk menyuap makanan kepada adiknya. Kemudian dia menjerit sambil memberitahu, ibu ia melekat.

"Saya melihat beberapa sudu dan garpu melekat di badannya," katanya.

Takut dengan keadaan itu, Sanja, 26, yang tinggal di bandar Gornki Milanovac memanggil kakaknya dan mendapati anak saudaranya iaitu Lukic turut mempunyai kelebihan yang sama. - Agensi

Kosmo!

22 September 2011