INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Hukum berubat dengan orang bunian

Tuesday, December 6, 2011

 


Soalan

Apakah hukum berubat dengan orang yang mengunakan khidmat orang bunian?

Jawapan

Orang Bunian adalah tergolong di dalam golongan jin. oleh yang demikian, hukum berubat dengan menggunakan pertolongan mereka adalah sama seperti hukum berubat dengan menggunakan jin.

Di dalam membincangkan mengenai rawatan perubatan yang menggunakan pertolongan jin sebagai pembantu untuk mengesan penyakit atau sebagainya, ia terlebih dahulu mestilah tidak bercanggah dengan ajaran Islam (amalan syirik, sihir, ilmu hitam, tukang nujum, tidak meminta pertolongan dengan makhluk atau kuasa lain selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala).

Sebagai contohnya, jika meyakini bahawa orang Bunian tersebut telah menyembuhkan sakitnya, ia adalah diharamkan kerana meyakini adanya kuasa yang lain selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang berupaya untuk menyembuhkan sakitnya itu. Wallahu 'Alam.

sumber: islamgrid.gov.my

0 comments: