INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ditawan pahlawan purba

Sunday, December 18, 2011

 

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN

BUKIT Keplu di mana terletaknya Gua Kerbau yang menyimpan 1001 kisah aneh seperti yang diceritakan oleh penduduk setempat.


PELBAGAI usaha dilakukan anak jati negeri Jelapang Padi, Fairus Azian Ismail dalam mengkaji dan menjejaki keturunan moyangnya, Megat Ahmad.

Sejak tiga tahun lalu, Fairus aktif mengesan keturunan Megat Ahmad terutama menerusi penemuan monumen-monumen, senjata, duit serta tembikar lama.

Kebetulan di sekitar kampung moyangnya di Alor Ganu, Kota Setar, Kedah terdapat beberapa makam lama yang dipercayai lokasi peperangan menentang Siam dahulu kala.

Menurut Fairus, 34, pengalaman semasa membuat kajian tentang sejarah Melayu terutama di Kedah menyebabkan dia mengalami gangguan aneh yang sukar dilupakan seperti mimpi didatangi seorang tua berpakaian putih ala alim ulama yang hanya tersenyum.

“Perkara tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila selepas itu saya didatangi pula seorang panglima berpakaian lengkap berwarna biru gelap, berkeris dan bertanjak ketika berkunjung ke Gua Kerbau, Kodiang.

SEBAHAGIAN koleksi senjata Melayu yang berada dalam simpanan Fairus.


“Pada waktu itu saya dalam rangka kerja mengkaji lokasi pahlawan-pahlawan Kedah berlatih bagi persediaan berperang dengan tentera Siam sekitar tahun 1800-an,” katanya.

Fairus memiliki sebuah syarikat memberitahu, semasa di Gua Kerbau, isterinya mengalami kejadian pelik apabila tidak dapat melihat kelibatnya serta rakan-rakan lain yang sedang asyik berbincang.

Terangnya, keadaan itu amat pelik memandangkan jarak mereka hanyalah empat meter dan pada ketika itu isterinya menghadap ke arahnya.

“Mengikut salah seorang sahabat saya, kami dipercayai dikelilingi para pahlawan yang mungkin berminat mendengar kisah kajian yang dikongsi dan kemungkinan kami dilindungi oleh mata kasar.

“Namun, saya menganggap peristiwa aneh itu sebagai satu cabaran dan pengalaman berharga.

“Bukan semua orang dapat melaluinya malah ia tidak menggugat minat saya terus mengkaji,” ujarnya bersemangat.

TIMBUNAN mangkuk dan tengkorak berusia 300 tahun pernah ditemui di lubang gua ini.


Banyak kisah misteri dikutip Fairus daripada penduduk setempat ketika dia mendalami kajian sekitar kampung Alor Ganu.

Kisah makam Tok Cengkoi yang dipercayai dijaga seekor ular tedung selar hitam sebesar batang pokok pinang menjadi bualan paling hangat.

Selain itu kata Fairus, pernah terjadi kejadian orang sesat dalam belukar yang menempatkan makam Tok Cengkoi dan mereka hanya menemui jalan keluar sesudah subuh.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perbuatan khurafat.

Menurut Fairus, pengalaman kenalan ayahnya semasa mengambil upah membersihkan belukar di situ juga agak aneh apabila mesin rumputnya tiba-tiba rosak.

“Bila mesin sudah dibaiki dan boleh digunakan tiba-tiba rantai mesin pula putus sehingga menyebabkan kawan ayah saya terus balik tanpa membersihkan kawasan itu,” katanya.

Jelasnya lagi, selain makam Tok Cengkoi, terdapat empat lagi makam lama di kawasan sekitar. Antaranya, makam Tok Rama, makam Tok Kelewang, makam Tok Lidah Hitam dan makam Tok Malim. Kesemua nama itu dipercayai berkait rapat dengan kesultanan Kedah dahulu kala.

“Lebih menarik, makam Tok Rama terletak di kampung Padang Sejana atau dahulu dikenali Kota Sejana berada di tengah kawasan sawah padi dan sudah diwartakan sebagai tapak warisan sejarah.

PENDEKAR dalam persalinan biru tua berkeris dipercayai muncul di lubang ini ketika kehadiran Fairus.


“Pernah diceritakan oleh penduduk kampung seorang wanita yang ada kaitan dengan tanah di kawasan makam itu dirasuk oleh penjaga makam Tok Rama yang tidak diketahui puncanya,” katanya.

Terangnya, mengikut maklumat yang dicerita oleh penduduk setempat, Kota Sejana itu dahulunya benteng terakhir Kedah bertahan dari serangan Siam.

Tambahnya, jika Siam berjaya menghancurkan Kota Sejana maka mereka hampir sampai ke pusat pentadbiran Kedah pada masa itu di Kota Setar.

Kosmo!

2 Januari 2011

0 comments: