INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kayu Tas

Tuesday, May 3, 2011

 


Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, kayu tas atau dikenali juga sebagai kayu hujan panas boleh dijadikan pemanis wajah dan boleh juga menjadi pendinding daripada gangguan makhluk halus dan binatang buas.

Kayu tas berasal daripada tumbuhan yang tergolong dalam keluarga spesies Glochidion.

Masyarakat Iban memanggil kayu ini dengan nama Lukai.

Kaum-kaum lain memanggilnya dengan nama yang berlainan.

Masyarakat Penan memanggilnya dengan nama Gertimang, kaum Kayan (Binidieng) manakala orang Singapura memanggilnya Ubah Merah. Di Indonesia pula ia dikenali sebagai Ki Pare dan Ki Timbel.

Menurut kepercayaan orang Iban, kayu ini mempunyai kuasa untuk menundukkan seseorang dan mengikut segala arahan pemilik kayu tersebut.

Masyarakat Orang Asli pula percaya kayu ini mampu memindahkan hujan ke tempat lain setelah dipusingkan sebanyak tiga kali.

Daun kayu tas juga dikatakan mempunyai kuasa ajaib yang boleh digunakan untuk menghalau jin.

Daun ini juga boleh menghalau makhluk halus yang mengacau wanita lepas bersalin.

Caranya, daun kayu tas hendaklah dibakar dan digantungkan di jendela dan pintu rumah.

Pokok ini semakin sukar dicari kerana hanya orang yang arif tentang selok belok hutan rimba yang akan menemuinya.

Sebelum hendak memotong atau memangkas pohon kayu tas, perlu memohon dahulu kebenaran daripada 'penjaga' pohon itu atau buruk padahnya.

Kayu tas juga hanya boleh digunakan oleh orang yang berniat suci dan tidak berniat jahat.

Pemilik kayu tas juga perlu mematuhi beberapa pantang larang antaranya:

  1. Tidak digalakkan untuk lalu di bawah ampaian bersama kayu tas kerana kuasanya akan berkurangan dan habis.
  2. Tidak dibenarkan untuk lalu di bawah rumah kayu lama yang mempunyai tiang seri kerana boleh mengundang padah kepada pemilik kayu tas.


Sungguhpun begitu, kayu tas tetap mempunyai khasiatnya sendiri yang dibuktikan secara saintifik.

Getah yang dihasilkan daripada batang kayu tas mampu merawat sakit perut.

Pesakit hendaklah menggigit sedikit batang pokok kayu tas dan dikemam dalam mulut dan rasa sakit akan beransur-ansur hilang.

Air rebusan akarnya pula boleh mengembalikan kesegaran badan, menguatkan tenaga batin dan merawat penyakit uluran.

Sumber asal: Artikel Magis Kayu Penunduk tulisan Khairul Amri Hassan, Kosmo! 20 Februari 2011

Imej dari bintulu.olx.com.my

0 comments: