INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kucing ditembak 21 kali masih hidup

Monday, January 24, 2011

 

OXFORD - Seekor kucing berusia setahun, Marley masih hidup walaupun haiwan itu sudah ditembak dengan peluru penabur sebanyak 21 kali, lapor akhbar The Sun semalam.

Haiwan itu masih mempunyai 15 peluru penabur yang masih belum dikeluarkan termasuk tiga butir di dalam paru-paru kerana nyawanya akan terancam jika ia dikeluarkan.

Pemilik haiwan itu, Kathy Thomson berkata: "Adalah amat keji untuk menembak seekor kucing yang tiada perlindungan dengan selaras senapang patah.

"Saya berasa bimbang terdapat banyak kucing yang ditembak pada tahun lalu," katanya.

Kathy yang berusia dua tahun, menemui Marley berada dalam ketakutan di pintu rumahnya selepas ditembak pada tahun lalu.

Menurut perangkaan sebuah agensi perlindungan haiwan di Britain, sebanyak 206 kucing ditembak pada tahun lalu.

Ketua Doktor Haiwan Persatuan Diraja Bagi Menghalang Kekejaman Ke Atas Haiwan (RCPA), Alastair Macmillan berkata, sekumpulan orang yang kejam suka menjadikan kucing sebagai sasaran kerana haiwan itu keluar tanpa ditemani tuannya. - Agensi.

Kosmo!

25 Januari 2011

0 comments: