INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tokoh politik Rusia dakwa diculik makhluk asing

Sunday, May 9, 2010

 


MOSCOW - Presiden Rusia, Dmitry Medvedev didesak untuk mengarahkan siasatan terhadap seorang pemimpin politik terkenal, Kirsan Ilyumzhinov (gambar) yang mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Ilyumzhinov memberitahu seorang pengacara stesen televisyen Channel One, Vladimir Pozner pada 26 April lalu bahawa dia pernah menghabiskan masa selama berberapa jam dengan beberapa makhluk asing itu.

Dia mendakwa makhluk asing itu memakai sut angkasa berwarna kuning dan mirip seperti manusia.

Menurutnya, makhluk itu telah melawat apartmen yang didiaminya di pinggir Moscow pada 18 September 1997.

Ahli politik tersebut mendakwa dia diberi peluang untuk terbang dengan kapal angkasa makhluk asing itu.

Ekoran pendedahan itu, seorang ahli Parlimen Rusia, Andre Lebedev menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan meminta pemimpin-pemimpin politik diberi garis panduan apa yang perlu dilakukan jika diculik oleh makhluk asing.

Dalam sepucuk surat kepada Medvedev, Lebedev menyuarakan kebimbangan jika maklumat rahsia negara bocor kepada makhluk asing itu.

Dia menganggap dakwaan Ilyumzhinov sebagai bukan gurauan kerana ia merupakan peristiwa bersejarah.

Ilyumzhinov yang menerajui pentadbiran wilayah Kalmykia di tepi Laut Kaspia itu memiliki reputasi berpengaruh dengan menjadikan wilayahnya sebagai tuan rumah banyak kejohanan catur antarabangsa.

Dia ialah jutawan dan bekas ahli perniagaan.

Ketika ditemuramah oleh pengacara stesen televisyen itu, katanya, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar seseorang memanggilnya dari balkoni dan melihat sebuah kapal angkasa yang mempunyai bentuk seperti separuh tiub dan telus.

Menurutnya, dia tidak tahu berkomunikasi dengan makhluk itu tetapi menganggap pertemuan itu sebagai cara bertukar-tukar idea ketika dibawa menaiki pesawat.

Dia berkata, makhluk asing itu datang ke bumi untuk mengambil sampel. - Agensi

Kosmo!

7 Mei 2010

0 comments: