GAMBAR menunjukkan keranda Puteri Eadgyth yang ditemui di gereja Cathedral di Madeburg, Jerman. LONDON - Pakar-pakar Jerman dan Britain berpendapat mereka telah menemui tulang Puteri Eadgyth yang hidup pada abad ke-10 dan berkahwin dengan salah seorang anggota keluarga diraja England.
"Dia (Puteri Eadgyth) merupakan seorang yang amat popular," kata seorang pakar arkeologi di Universiti Bristol, Profesor Mark Horton.
Menurutnya, semasa hidup, puteri itu sama seperti mendiang Puteri Diana iaitu bekas isteri pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles yang memiliki wajah cantik dan melakukan banyak kerja-kerja amal.
Horton merupakan salah seorang anggota pasukan yang berusaha untuk mengenal pasti identiti beberapa tulang yang ditemui dalam bungkusan kain sutera di gereja Cathedral, Magdeburg di Jerman.
Jika identiti itu disahkan, tulang tersebut merupakan tinggalan tertua milik anggota diraja Britain yang telah ditemui.
Ahli-ahli arkeologi menemui satu set tulang yang hampir lengkap itu dan dibungkus dengan kain sutera tersebut dalam sebuah keranda mengandungi namanya pada tahun 2008.
Horton berkata, rangka tulang itu merupakan wanita yang berumur antara 30 hingga 40 tahun. - AP
Kosmo!
22 Januari 2010
0 comments:
Post a Comment