INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Rangka badak air tertua ditemui

Monday, January 11, 2010

 

GAMBAR menunjukkan kerja-kerja arkeologi dilakukan di sebuah tapak yang mengandungi tulang badak air dan serpihan tembikar di Tel Aviv semalam.

BAITULMAQDIS - Sekumpulan penyelidik arkeologi Israel menemui tinggalan sebuah bangunan berusia 8,000 tahun selain tulang badak air dan serpihan tembikar lama di sebuah kawasan di Tel Aviv, kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel semalam.

Semua peninggalan purba itu dijumpai di tebing sungai Yarkon dan ia menjadi penemuan terawal yang dikesan berada di wilayah Tel Aviv.

"Penemuan ini bukan sahaja penting, bahkan ia mengejutkan para penyelidik," kata Ketua Ekspedisi Cari Gali, Ayelet Dayan. Buat kali pertama, katanya, mereka menemui bukti satu penempatan tetap wujud di wilayah Tel Aviv 8,000 tahun lalu.

Kesan peninggalan itu dapat memberi gambaran mengenai keadaan pada zaman awal di tempat tersebut termasuk peralatan memburu.

Peralatan memburu itu pernah digunakan pada zaman Paleolitik Pertengahan atau 100,000 tahun lalu.

Penyelidik juga menjumpai banyak rangka haiwan termasuk tulang-tulang badak air di kawasan itu. - AFP

Kosmo!

12 Januari 2010

0 comments: