INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Makhluk mitos di seluruh dunia

Monday, January 11, 2010

 

Abchanchu - Bolivia

Abchanchu merupakan pontianak Bolivia yang boleh menyamar sebagai seorang pengembara tua yang tidak berdaya. Apabila ada orang yang menawarkan diri untuk membantunya atau menumpangkannya, dia akan menghisap darah orang itu.


Acheri - India

Imej Acheri dalam siri TV Supernatural

Dalam mitos orang India, Acheri merupakan sejenis hantu yang berupa seorang kanak-kanak perempuan yang turun dari kawasan pergunungan pada waktu malam dan membawa wabak penyakit kepada manusia, terutamanya kanak-kanak. Satu-satunya cara untuk menghindari Acheri adalah dengan mengikat reben merah di leher.


Adze - Ghana dan Togo

Adze merupakan sejenis pontianak yang sering diceritakan dalam cerita-cerita rakyat kaum Ewe di Ghana dan Togo. Ia dikatakan mempunyai bentuk seperti seekor kunang-kunang dan akan bertukar menjadi manusia apabila ditangkap. Ia juga dikatakan boleh mempengaruhi dan mengawal minda manusia. Pada waktu malam, Adze mampu masuk ke dalam rumah meskipun pintu ditutup dan menghisap darah penghuni rumah sewaktu mereka sedang tidur. Mangsa kemudian akan jatuh sakit dan mati. Adze suka minum air kelapa, minyak sawit dan darah. Mangsa Adze kebanyakannya adalah kanak-kanak. Adze merupakan sejenis makhluk yang menakutkan. Apa yang menakutkan ialah tiada sebarang cara untuk menghindari dan memusnahkan Adze.


Agogwe - Tanzania

Agogwe merupakan sejenis makhluk seperti manusia bersaiz kecil yang dikatakan terdapat di hutan-hutan Afrika Timur. Ia bersaiz 1 hingga 1.7 meter tinggi dengan tangan yang panjang dan berbulu tebal manakala kulitnya berwarna kekuningan. Bulunya berwarna hitam atau kelabu. Kakinya bersaiz 12 cm dengan kuku yang panjang. Perbezaan antara Agogwe dan beruk ialah Agogwe mempunyai dahi bulat dan warna rambut serta kulitnya. Agogwe turut dikenali sebagai Kakundakari atau Kilomba di Zimbabwe dan rantau Congo. Di Ivory Coast mereka dikenali sebagai Sehite manakala di Sumatera mereka digelar Orang Pendek.


Agta @ Kapre - Filipina

Makhluk ini juga turut dikenali sebagai Kapre. Agta atau Kapre merupakan sejenis makhluk mitos Filipina yang boleh disifatkan sebagai syaitan pokok. Ia digambarkan setinggi 7 hingga 9 kaki, badan berbulu dan berjanggut perang. Kapre biasanya menghisap paip dengan bau yang kuat yang dapat menarik perhatian manusia.

Dikatakan nama Kapre berasal dari perkataan Arab iaitu kafir bermaksud yang tidak beriman dan mempercayai. Orang-orang Arab dan Moor menggunakan perkataan itu untuk merujuk kepada kaum Dravidian yang bukan Islam dan berkulit gelap. Perkataan itu telah dibawa ke Filipina oleh orang Sepanyol yang mempunyai hubungan dengan orang-orang Moor. Sesetengah ahli sejarah berpendapat legenda itu telah dipropagandakan oleh orang Sepanyol untuk menghalang orang Filipina daripada membantu hamba-hamba abdi Afrika yang dibawa bersama untuk melarikan diri.

Kapre dikatakan menghuni pokok-pokok besar seperti akasia, mangga, buluh dan pokok ara (dikenali di Filipina sebagai balete). Kononnya Kapre memakai cawat asli Filipina Utara dikenali sebagai bahag, Kapre juga dikatakan memakai seutas tali pinggang yang mampu menjadikan diri mereka halimunan. Dalam beberapa versi, Kapre dikatakan memiliki sejenis batu putih yang berkuasa sakti, bersaiz kecil sedikit daripada telur puyuh. Kononnya sesiapa yang berjaya mendapatkan batu ini, Kapre akan menunaikan hajat orang itu.

Kapre tidak semestinya dianggap jahat berbanding manananggal. Kapre boleh bersahabat dengan manusia dan lazimnya Kapre lebih tertarik kepada wanita. Sekiranya Kapre berkawan dengan seseorang atas dasar cinta, Kapre akan menurut orang yang dicintainya sepanjang hayat. Orang yang berkawan bersama Kapre akan dapat melihat makhluk itu dengan mata kasar.

Kapre juga dikatakan suka mempermain-mainkan manusia. Kapre sering menyesatkan pengembara yang masuk ke dalam hutan ataupun mendaki gunung. Ia juga berkeupayaan untuk mengaburi mata seseorang meskipun pada persekitaran dan jalan yang biasa seseorag itu lalui. Seandainya seseorang itu lupa arah di dalam kebun atau dalam rumah mereka sendiri bermakna orang itu telah diperdaya oleh Kapre.

Tanda-tanda bahawa Kapre terdapat berhampiran adalah terdengar suara ataupun ketawa yang tidak tahu dari mana puncanya, mendapati asap berkepul-kepul di atas puncak sepohon pokok dan ternampak sepasang mata yang merah di atas pokok pada waktu malam. Dipercayai juga seandainya ternampak kunang-kunang yang banyak di kawasan hutan, itu adalah bara daripada paip yang dihisap oleh Kapre.

Sumber: wikipedia

0 comments: