Abaasy - Republik Sakha
Menurut cerita purbakala kaum Yakut, Abaasy adalah sejenis syaitan yang menghuni alam ghaib. Mereka dikatakan berasal dari roh-roh orang yang telah lama mati yang menghuni di kawasan perkuburan atau tempat-tempat yang telah lama ditinggalkan dan kemudian akan menyebabkan kemusnahan. Sama ada keseluruhan tubuh mereka atau gigi mereka adalah besi. Makhluk Abaasy sering berjalan dalam tujuh ekor satu kumpulan. Mereka berkhidmat untuk Arson-Doulai, raja kematian, juga memakan roh manusia dan menyebarkan wabak penyakit kepada manusia yang hidup. Abaasy boleh ditenteramkan dengan mengadakan upacara pengorbanan darah.
Sumber: wikipedia
0 comments:
Post a Comment