INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Si jelita penangkap hantu

Tuesday, December 20, 2011

 

Oleh ZAKI SALLEH

Q-LENG dikatakan memiliki deria keenam yang diperoleh semasa kecil.


SEBELUM ini nama Ong Q Leng tidak pernah dikenali oleh masyarakat Melayu. Sehinggalah beliau muncul menawarkan diri membantu keluarga Zainab Sulaiman dari Kampung Penambang Bunga Emas dekat Kota Bharu, Kelantan yang menjadi mangsa serangan api misteri Januari lalu.

Biarpun tidak pernah mengenali Zainab, 73, namun kisah keluarga itu yang dibacanya melalui sebuah akhbar berbahasa Cina menarik perhatian Q-Leng atau lebih dikenali sebagai Master Ong untuk ke sana.

“Naluri saya begitu kuat mendesak agar menemui Zainab untuk membantunya,” ujar ahli spritual berusia 35 tahun ini.

Q-Leng yang dikenali di negeri-negeri sebelah utara kerana menawarkan khidmat pemulihan, penyucian secara rohaniah dan khidmat runding turut mengakui kehadirannya ke rumah Zainab kelihatan janggal di mata penduduk tempatan.

“Saya faham situasi itu tetapi niat saya ikhlas membantu Zainab. Saya jelaskan kepada keluarganya bahawa proses ‘pembersihan’ yang saya lakukan nanti menerusi kaedah meditasi tidak melibatkan mereka.

Kuasa kurniaan

“Berdasarkan pengamatan, kemunculan api tersebut berpunca daripada kehadiran jin dipercayai dihantar seseorang atas niat yang tidak baik.

“Telahan saya tepat kerana sebaik melangkah masuk ke rumahnya, saya boleh merasai kewujudan makhluk halus. Jin-jin yang kecil berada di dalam rumah manakala yang besar pula diletakkan di luar.

“Mulanya saya sendiri terkejut melihat api-api kecil muncul secara tiba-tiba daripada pakaian dan di sebalik dinding simen rumah Zainab.

“Saya berjaya menghalau jin-jin kecil ini dan mewujudkan suatu ‘perlindungan’ tetapi ia mungkin akan kembali lagi lalu membuat keputusan datang semula ke sana keesokan harinya sebelum pulang ke Pulau Pinang,” kata Q-Leng.

Dua hari kemudian, nalurinya sekali lagi memberitahu agar kembali ke Kota Bharu walaupun beliau tidak pasti mungkinkah api misteri sekali lagi menyerang keluarga Zainab.

Tidak seperti dijangka, kunjungan kali ini lebih mencabar kerana sebaik tiba di rumah Zainab kira-kira pukul 2.30 petang, Q-Leng melihat sendiri satu gumpalan api marak secara tiba-tiba di bilik menantu wanita itu.

Walaupun berjaya dipadam dengan mentera, ia tidak berakhir di situ apabila satu persatu gumpalan api muncul tiba-tiba di tikar, kain dan dinding menjadikan suasana kelam-kabut.

Api misteri hanya selesai kira-kira pukul 10 malam iaitu setelah hampir 8 jam bertarung.

KISAH pemburu hantu muda dari Pulau Pinang ini sering mendapat tempat di dada akhbar pelbagai bahasa di negara ini.


Kuil

Gemar mengenakan pakaian berwarna gelap atau putih semasa menjalankan tugasnya, Q-Leng yang mudah mesra dan tidak lokek dengan senyuman menjelaskan ‘ilmu’ atau deria keenam yang dimilikinya bukan dipelajari.

Sebaliknya, ia kurniaan Tuhan kerana seawal usia kanak-kanak lagi beliau boleh merasai serta melihat kehadiran mereka yang datang dari dunia berbeza.

Menganggapnya sebagai gangguan, hanya sejak empat tahun lalu wanita bertubuh langsing dan berperwatakan menarik ini mengambil serius kebolehan tersebut setelah diberi petanda agar merawat datuknya yang menghidap kanser.

Menerusi rawatan secara spiritual, datuk kesayangan berusia 82 tahun ini berjaya disembuhkan.

Kebiasaannya, beliau akan memohon petunjuk sebelum menerima seseorang pesakit kerana menurutnya, gangguan atau masalah yang dihadapi seseorang turut berkait dengan karma (kehidupan masa lampau) atau berkaitan unsur-unsur lain.

Akui Q-Leng, walaupun telah berjaya menyembuhkan banyak pesakit antaranya kesukaran bertutur, lumpuh dan masalah kesuburan, beliau tidak memiliki kuasa ajaib untuk menyembuhkan segala-galanya.

“Apa pun penyakit, saya nasihatkan (pesakit) rujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana mungkin (penyakit) berkaitan kesihatan dan memerlukan rawatan doktor.

“Jika berkaitan kerohanian sekali pun, saya perlu melihat (secara spritual) sama ada boleh disembuhkan atau tidak, jika boleh pun saya akan beritahu peluangnya 50 peratus sahaja kerana selebihnya adalah atas ketentuan Tuhan,” tuturnya.

Ujar anak bongsu daripada enam beradik ini lagi, sejak tiga bulan lalu beliau menjadikan rumah dua tingkat yang terletak di Fettes Park dekat Tanjung Bungah sebagai pejabat dan lokasi bertemu klien.

Bagaimanapun sesekali beliau turut berada di sebuah tokong lama berusia kira-kira 150 tahun di Relau untuk mengubati pelanggan.

Kuil yang terletak tidak jauh dari sebuah banglo usang yang didakwa banyak pihak sebagai berpenunggu itu bagaimanapun telah ‘dibersihkan’ dan sering menerima pelawat.

Sepanjang pengalamannya, peristiwa paling sukar dihadapi ialah semasa ‘penyucian’ sebuah rumah yang didiami satu keluarga di Johor Bahru yang menjadi mangsa gangguan jin.

Katanya, jin tersebut berbuat demikian agar rumah tersebut ditinggalkan dan itu merupakan cara biasa makhluk halus mencari kediaman.

Ditanya tentang kawasan ‘keras’ di Pulau Mutiara, jawapan ringkas Q-Leng adalah tanah perkuburan, rumah tinggal atau kawasan yang jauh daripada manusia kerana di situlah banyak ‘kuasa kotor’ atau roh jahat.

“Kuasa atau roh jahat ini juga mudah mendekati tiga jenis individu iaitu penagih dadah, kaki botol serta kaki perempuan.

“Nasihat saya, jauhilah perkara-perkara ini,” ujar beliau.

Kosmo!

19 Jun 2011

0 comments: