1. Setiap selepas solat Subuh dan solat Asar hendaklah dibaca surah Al-Falaq sebanyak tujuh kali dengan penuh keyakinan. Dan setiap kali selesai membaca surah berkenaan tiup atau hembuskan pada tujuh arah yakni kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah dan yang ketujuh dimasukkan ke dalam badan dengan menarik nafas.
2. Sebelum tidur pada waktu malam hendaklah membaca surah Al-Falaq dengan penuh keyakinan sambil berjalan menerusi pintu rumah atau pagar rumah sampai tiga kali berulang-alik.
3. Sebelum melangkahkan kaki untuk keluar daripada rumah hendaklah membaca surah Al-Falaq sebanyak tujuh kali seperti cara pertama di atas.
Amalan untuk mengelak diri dari dipukau atau disihir.
1. Amalkan membaca surah Yassin sebanyak tujuh kali setiap malam selepas menunaikan solat Maghrib dan renjiskan air Yassin di setiap penjuru rumah.
2. Amalkan membaca ayat-ayat suci al-Quran setiap hari.
3. Mulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah dan berdoa mohon perlindungan kepada Allah.
4. Perbanyakkan sedekah Al-Fatihah untuk diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah mohon dilindungi dari niat jahat orang kepada kita.
6. Banyakkan membaca surah Al-Kursi dan surah An-Naas, Al-Falaq dan Al-Ikhlaas.
7. Elakkan daripada memakai tangkal sebagai pendinding, menanam tulang babi di sekeliling rumah sebagai pemagar ilmu sihir ataupun mengamalkan mandi untuk membuang sial kerana perbuatan itu telah menghampiri kepada perbuatan khurafat dan mensyirikkan Allah SWT.
Sumber: majalah Milenia Muslim, majalah Remaja
Buskers
10 years ago
0 comments:
Post a Comment