INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Hotel-hotel berhantu

Tuesday, March 1, 2011

 

Ston Easton Park di Somerset, United Kingdom

Hantu pembantu rumah dikatakan sering merayau-rayau di tingkat atas hotel ini.


Hotel dan spa Macdonald Berystede di Berkshire, United Kingdom

Pada asalnya bangunan ini dinamakan Berystede. Bangunan ini pernah terbakar pada tahun 1886 dan telah mengorbankan Eliza Kleininger, pembantu rumah kepada Henry Noailles Widdrington Standish dan isterinya, Helene de Perusse. Bangunan tersebut telah dibina semula dan dijadikan sebagai rumah penginapan. Pada tahun 2001, Forte Heritage Berystede Hotel telah menjadi keluarga kepada Kumpulan Hotel Macdonald dan hotel ini kemudian dinamakan Hotel Macdonald Berystede. Kononnya roh Eliza Kleininger, pembantu rumah yang mati terbakar masih merayau-rayau di hotel ini.


The Ancient Ram Inn di Gloucestershire, United Kingdom

Hotel ini merupakan bangunan tertua di Wotton-Under-Edge dan terkenal untuk kegiatan paranormalnya. Dikatakan kononnya bangunan ini dibina di atas tanah perkuburan masyarakat Pagan yang hidup sekitar 5000 tahun yang lampau. Hotel ini pernah muncul di dalam rancangan Ghost Adventures dan Most Haunted.


Hotel Sagamore di New York, Amerika Syarikat

Hotel Sagamore dibuka pada tahun 1883. Terletak di Pergunungan Adirondack, hotel ini dikatakan sering dihantui oleh beberapa roh yang tidak aman manakala di padang permainan golf pengunjung sering ternampak kelibat seorang budak merayau-rayau.


Hotel Crescent di Arkansas, Amerika Syarikat

Hotel ini pernah dijadikan subjek untuk rancangan TV Ghost Hunters dan menurut rancangan tersebut, premis ini disahkan berhantu.


Hotel Roosevelt di Los Angeles, Amerika Syarikat

Hotel ini dinamakan sempena nama Presiden Amerika Syarikat yang ke-26, Theodore Roosevelt. Hotel ini mencipta sejarah apabila Anugerah Academy yang pertama diadakan di sini pada tahun 1929. Hotel ini sering diinap oleh selebriti terkenal seperti Marilyn Monroe dan Montgomery Clift, dikatakan juga roh-roh mereka sering ke sini setelah mati


Hotel del Coronado di San Diego, California, Amerika Syarikat

Seorang wanita bernama Kate Morgan pernah menginap di hotel ini pada tahun 1892, enam hari kemudian mayatnya dijumpai di depan hotel. Kematiannya masih menjadi misteri sehingga kini meskipun pihak polis menjumpai kesan tembakan di kepalanya dan mengesyaki dia membunuh dirinya sendiri, namun kemudian peluru yang ditemui tidak menyamai dengan peluru yang ada pada pistolnya. Sehingga ke hari ini roh Kate Morgan dikatakan menghantui hotel ini dan ia diakui oleh pemilik hotel ini sendiri.


Hotel Stanley di Colorado, Amerika Syarikat

Meskipun hotel ini menjadi inspirasi kepada penulis novel seram Stephen King untuk menulis novelnya The Shining, namun hotel ini memang benar-benar berhantu. Stephen King mendapat inspirasi menulis novel The Shining setelah menginap di bilik bernombor 217 di hotel ini. Hotel ini juga pernah muncul di dalam rancangan Ghost Hunters dan Ghost Adventures.

sumber: wikipedia

0 comments: