INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

'Penunggu' untuk dilelong

Saturday, October 9, 2010

 

Rumah Agam Wymering, antara rumah tertua di selatan England, Portsmouth, kini dilelong untuk pakej yang luar biasa: Bersejarah dan berpenunggu.

Rumah Agam Wymering dianggap kediaman paling berhantu di Britain


Berapa banyak rumah yang anda dengar dapat berbangga kerana alunan suara nyanyian koir rahib di ruang tamu utama dan usikan berbentuk sentuhan yang kelihatan tangan pemiliknya?

Itulah kehebatan Rumah Agam Wymering berbanding hartanah yang lain.

Di satu sudut paling gelap di dalam rumah itu kedengaran suara kanak-kanak berbisik. Dalam diam, bayangan seorang rahib merenung ke arah anda dengan tangannya berlumuran darah.

Ada kelibat lembaga hitam dilihat mendaki tangga ini


Anda juga pasti terusik melihat kelibat lembaga hitam mendaki anak tangga utama rumah berkenaan.

Ada yang mendakwa suhu di dalam rumah itu boleh jatuh pada bila-bila masa dan mampu meremangkan bulu roma.

Malah, keseraman rumah itu pernah tersenarai dalam Domesday Book (1086).

Dengan begitu banyak kejutan, tidak hairanlah rumah besar itu dikenali sebagai rumah paling berhantu di Britain. Disebabkan keistimewaan itu jugalah rumah itu masih dapat dibuka untuk dilelong pada harga mencecah RM1.8 juta (375,000 pound sterling).

Kepada bakal pembeli, sediakan sekurang-kurangnya RM700,000 lagi untuk mengembalikan rumah agam itu kepada eranya yang gah dahulu.

Menurut sejarah, rumah itu pernah didiami sekumpulan paderi pada kurun ke-16. Biarpun begitu, struktur bangunan itu dikatakan menunjukkan ia dibina jauh lebih awal daripada era itu.

Rekod juga menunjukkan pemilik pertama rumah itu merupakan King Edward the Confessor (1003 - 1066). Selepas Perang Hastings, ia jatuh ke tangan King William the Conqueror sehingga tahun 1084.

Paderi

Rumah itu pernah diubahsuai sepanjang hayatnya namun masih dapat mengekalkan binaan dari era Zaman Pertengahan dan zaman kuno Rom.

Bangunan itu juga masih mempunyai 'dua lubang paderi' yang membenarkan pengikut Katolik melarikan diri daripada diseksa.

Berpindah milik beberapa kali, hartanah itu akhirnya diuruskan Perbadanan Bandar Portsmouth dan kemudian dijual kepada sebuah badan swasta untuk dibangunkan sebagai hotel.

Malangnya pembangunan hotel itu terhenti di tengah jalan dan terpaksa diserah semula kepada Perbadanan Bandar Portsmouth dan dibuka untuk dilelong.

Hari ini rumah itu dikelilingi rumah-rumah moden. Setelah selamat daripada dirobohkan, ia digunakan sebagai asrama pusat belia dan banyak bahagian rumah itu mengalami 'pemodenan'.

Bagaimanapun, ia membuatkan kediaman itu tidak seperti sebuah rumah lagi.

Berbekalkan perjalanan sejarah yang sebegitu panjang mewajarkan ia menjadi rumah yang berpenunggu.

Reputasi itu jugalah yang berjaya menarik perhatian penyiasat paranormal dari sekitar Britain untuk menjejak hantu di situ.

Berikutan itu, rumah lama itu pernah dipaparkan dalam program televisyen Britain, Most Haunted pada tahun 2006.

Penyiasat mendakwa mereka berjaya mengesan kira-kira 20 hingga 30 roh di dalam rumah berkenaan termasuk kanak-kanak yang sering mendengar suara orang tertawa dan berbisik.

Bekas penghuni rumah berkenaan, David Scanlan, mendapati manusia yang manusia yang masih hidup dan roh si mati dapat hidup seiring dengan tenang.

Katanya: "Roh-roh di rumah ini baik dan mesra sehingga boleh dikatakan kami dapat hidup seiringan dan mereka boleh bertoleransi dengan kami."

Tiada pengawal keselamatan yang sanggup bertugas syif malam di rumah ini.


Namun, pengawal keselamatan yang ditugaskan di situ enggan bekerja seorang diri di waktu malam.

Jeremy Lamb, juruukur berdaftar di Andrews and Robertson berkata: "Hartanah ini meningkat naik namanya kerana berpenunggu, jadi besar kemungkinan pemilik akan datang akan mengubahnya menjadi sebuah rumah tamu kerana ciri-ciri asli yang dimilikinya."

EKSTRA: Kisah seram Rumah Agam Wymering

Wanita berbaju ungu

Ketika tinggal di rumah itu, Thomas Parr pernah terjaga daripada tidur dan mendapati lembaga wanita berbaju ungu sedang berdiri di hujung katilnya. Wanita itu merupakan sepupunya yang meninggal dunia pada tahun 1917. Roh itu berbisik kepadanya mengatakan dia akan menyambut kedatangan ahli keluarga mereka. Keesokan harinya Parr menerima telegram yang menyatakan ibu saudara mereka meninggal dunia.


Bilik Biru

Saudara yang lebih berusia kepada Parr pernah menginap di Bilik Biru rumah itu. Wanita itu dikenali sebagai seorang yang sangat berhati-hati dan sentiasa mengunci biliknya. Pada satu pagi, dia terkejut apabila mendapati pintu biliknya ternganga.


Koir rahib

Leonard Metcalf yang pernah tinggal di situ dan meninggal dunia pada tahun 1958 beberapa kali mengatakan dia melihat koir rahib di tengah-tengah rumah itu pada waktu tengah malam.


Bilik berpanel

Ketika bekas penghuni, Metcalf menggunakan sinki di bilik berpanel di rumah itu dia terkejut apabila dapat merasakan bahunya disentuh sesuatu. Apabila dia menoleh, tiada sesiapa di belakangnya.


Kosmo!

3 Oktober 2010

0 comments: