INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Mitos Burung Cenderawasih dan Phoenix

Tuesday, July 13, 2010

 

Imej burung Cenderawasih versi Paradisaea apoda.


Burung Cenderawasih merupakan sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes.

Ia hanya terdapat di kawasan Australasia, timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia.

Kebanyakan spesies burung ini turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambut menjulur dari ekor, sayap atau kepala.

Spesies paling terkenal kerana bulunya adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda.

Ada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap di pohon tetapi kekal terapung di angkasa.

Ia juga dipanggil burung syurga.

Burung Cenderawasih dianggap membawa unsur sakti, tuah dan kuasa pelaris.

Burung Cenderawasih diburu kerana dipercayai membawa kuasa tuah dan pengaruh di kalangan masyarakat Nusantara.

Burung Cenderawasih turut dikaitkan dengan khasiat tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Bahagian tubuhnya juga dikatakan memberi kelebihan kepada sesiapa yang memilikinya.

Ramai yang terkeliru antara burung Cenderawasih dan burung Phoenix.

Burung Phoenix


Burung Phoenix merupakan sejenis burung yang terdapat di dalam mitologi kaum Mesir kuno.

Phoenix digambarkan mempunyai bulu yang sangat indah berwarna merah keemasan.

Phoenix juga dikatakan dapat hidup selama beribu-ribu tahun.

Dikatakan, burung Phoenix akan membakar dirinya sendiri setelah hidup selama seribu tahun. Daripada abu burung Phoenix tersebut akan lahir Phoenix yang muda.

Kaum Mesir kuno menganggap Phoenix sebagai simbol keabadian dan kehidupan setelah mati. Ia juga dijadikan simbol pemujaan terhadap Dewa Matahari iaitu Ra.

Selain daripada kaum Mesir kuno, Phoenix juga turut dipercayai oleh kaum Parsi, Greek, Cina dan Phoenicia.

Info daripada akhbar Kosmo! dan Wikipedia.

0 comments: