BEBERAPA penduduk berebutkan air dari makam Al-Habib Abdurrahman Abdullah di Jakarta semalam.
JAKARTA - Ribuan penduduk Indonesia berebut-rebut mengambil air yang keluar dengan tiba-tiba semasa kerja-kerja pemindahan makam seorang pendakwah terkenal, Al-Habib Abdurrahman Abdullah Al-Habsyi dilakukan di sini, lapor akhbar Kompas.com semalam.
Kejadian itu bermula sejak Isnin lalu sehingga sekarang menyebabkan usaha memindahkan makam tersebut bagi projek pembinaan sebuah apartmen di Jalan Cikini Raya, Jakarta Pusat terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Ramai penduduk termasuk dari luar Jakarta datang dengan membawa bekas air dan botol minuman untuk mengambil air tersebut yang dipercayai boleh membawa keberkatan selain mampu menyembuhkan penyakit. - Agensi
Kosmo!
3 Julai 2010
0 comments:
Post a Comment