SYDNEY - Seekor anak gajah yang pada mulanya dipercayai sudah mati ketika berada dalam rahim ibunya mencipta keajaiban kerana dilahirkan hidup di sebuah zoo Australia pada awal pagi semalam.
Keajaiban itu berlaku selepas pihak pengurusan Zoo Taronga di Sydney dipercayai sudah mati kerana anak gajah tersebut tidak mempunyai peluang untuk dilahirkan dalam keadaan selamat.
Seorang jurucakap zoo itu, Mark Williams berkata, ujian pengimbas menunjukkan bahawa tidak ada bunyi denyutan jantung pada anak gajah seberat 100 kilogram itu sebelum ia selamat dilahirkan oleh ibunya, Porntip.
Ibu gajah tersebut bunting anaknya selama 22 bulan.
Bagaimanapun, anak gajah jantan itu tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda bernyawa pada awal pagi sebaik dilahirkan dan menjelang petang, ia mula menyusu daripada ibunya - AFP
Kosmo!
11 Mac 2010
Buskers
10 years ago
1 comments:
Subhanallah...
kak zie
penang
Post a Comment