INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tatu sak yant kian popular

Tuesday, February 16, 2010

 

SEORANG pelukis tatu melukis tatu sak yant pada tubuh seorang lelaki di Singapura pada 19 Januari lalu.


SINGAPURA - Seorang pemuda berumur 35 tahun, Ben Loke meminta seorang pelukis tatu untuk melukis satu simbol kepercayaan yang akan membawa kekayaan, keberanian dan keyakinan diri.

Loke yang bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat menyatakan simbol keagamaan itu akan menyebabkan dia mendapatkan beberapa perlindungan tertentu.

Tatu itu dikenali sebagai sak yant yang berasal dari Thailand dan semakin popular di Singapura iaitu sebuah republik didiami ramai etnik Cina dan penganut Buddha serta pengamal tradisi Tao.

Tatu sak yant yang mengandungi teks keagamaan dan gambar haiwan termasuk dewa itu turut dipercayai membawa kegembiraan.

"Sak yant kini semakin diterima oleh ramai orang kerana mereka memerlukan bentuk bantuan kerohanian yang dibantu oleh tatu,'" kata seorang eksekutif jualan di syarikat Fo Guang Hang, Willie - AFP

Kosmo!

15 Februari 2010

0 comments: