INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Roh Jacko minta maaf

Thursday, February 11, 2010

 




LOS ANGELES – Roh penyanyi terkenal, Michael Jackson meminta bekas isterinya, Lisa Marie Presley supaya memaafkannya pada satu upacara pemujaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan menggemparkan itu dibuat oleh Karen Faye yang pernah menjadi jurumekap penyanyi tersebut.

Menurut Karen, dia dan Lisa menghubungi Michael yang popular dengan panggilan Jacko dengan menggunakan kuasa psikik pada minggu lalu.

“Dia (Jacko) dilihat dalam misi untuk mendekati orang yang berada dalam kehidupannya dan meminta mereka memaafkannya.

“Michael menghabiskan masa dengan menerangkan kesalahannya dan mahu kami memaafkannya,” kata Karen.

Menurutnya, roh itu kelihatan lebih gembira apabila bersama Lisa.

“Kuasa psikik itu beralih kepada saya dan menyatakan Michael memberitahu saya bahawa anda (Lisa) mengambil berat mengenai dirinya dan dia berasa amat kesal kerana pernah banyak melukakannya,” katanya.

Menurutnya, Jacko tidak membincangkan dakwaan membunuh yang dihadapi oleh doktor peribadinya, Conrad Murray.

Karen berkata: “Dia (Jacko) menyatakan dia telah dipisahkan dengan macam-macam perkara.”

Lisa yang merupakan anak perempuan legenda penyanyi rock ‘n’ roll, Elvis Presley berkahwin dengan Jacko pada 1994 namun mereka berpisah selepas hidup bersama selama 18 bulan.

Pada 2002, Lisa dilaporkan menghubungi roh bapanya bagi mendapatkan kebenarannya sebelum berkahwin dengan pelakon Nicolas Cage.

Jacko, 50, meninggal dunia pada 25 Jun tahun lalu di rumah sewanya selepas denyutan jantungnya terhenti dengan tiba-tiba. – Agensi

Kosmo!

11 Februari 2009

0 comments: