INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Mayat berdiri

Tuesday, January 5, 2010

 

Oleh Hazirah Che Sab

Api meragut nyawa wanita tidak diketahui puncanya

KEJADIAN yang tidak dapat dicari punca dan jawapannya sudah melingkari kehidupan manusia sejak dulu. Ada kalanya ia boleh dijelaskan dengan logik sains dan tetapi sebahagian besarnya melangkaui batas pemikiran. Kemalangan yang menimpa Mary Reeser pada 1951 adalah antara kejadian yang masih menjadi misteri sehingga kini.

Reeser yang berusia 67 dilihat bernyawa pada kali terakhir pada 1 Julai 1951 oleh anak lelakinya, Dr Richard Reeser dan pemilik tanah, Pansy M Carpenter, yang melawat warga emas itu pada kira-kira jam 9 malam. Mereka meninggalkan Reeser yang masih sihat dan sedang duduk di atas kerusi rehatnya di pangsapuri wanita itu di St Petersburg, Florida.

Petanda awal masalah disedari pada jam 5 pagi apabila Carpenter terbangun kerana terbau asap dan menyangka ia berpunca daripada pam air di dalam garaj yang terlampau panas. Dia mematikan pam itu dan kembali ke bilik tidur.

Pada jam 8 pagi, Carpenter dikejutkan oleh seorang penghantar telegraf yang menghantar telegraf untuk Reeser. Selepas menandatangani borang penerimaan dia berjalan menuju ke bilik Reeser tetapi ketukan di pintu tiada jawapan. Dia terkejut apabila memegang tombol pintu kerana ia panas dan segera berlari mendapatkan bantuan.

Dua lelaki yang bekerja berhampiran segera membantu Carpenter dan mereka bersama-sama berjaya memecahkan pintu pangsapuri Reeser. Namun apa yang mereka saksikan ialah bukti berlakunya kebakaran dan apa yang mereka temui di dalam bilik itu tidak dapat diduga akal.

Apa yang pelik ialah satu-satunya bahagian dalam pangsapuri itu yang terbakar ialah sudut kecil yang menempatkan sisa kerusi rehat Reeser dan mayat wanita itu sendiri. Pada kerusi itu cuma spring yang tidak terjejas tetapi yang tinggal pada mayat Reeser membingungkan pasukan bomba, polis dan pakar patologi yang memeriksanya.

Reeser yang mempunyai berat badan 77 kilogram hanya tinggal tidak sampai kilogram bahagian tubuhnya yang tidak rentung. Cuma kaki kirinya tidak terjejas, masih memakai selipar, cuma ada kesan kebakaran pada buku lali tetapi tidak merosakkan bahagian itu. Turut ditemui ialah hatinya dan tengkorak yang mengecil kepada cuma sebesar bola besbol disebabkan kepanasan melampau.

Bahagian lain pangsapuri itu menunjukkan tanda rosak disebabkan kepanasan, cermin retak dan gelas plastik di dalam bilik air menjadi cair. Jam dalam pangsapurinya berhenti pada jam 4.20 pagi.

Apa yang membakar Reeser dengan begitu dahsyat tanpa menyebabkan kerosakan kepada kawasan sekitarnya terus membingungkan ramai orang. Pakar menunjukkan kesan dahsyat seumpama itu boleh disebabkan oleh suhu setinggi 2,500 darjah. Puntung rokok tidak akan menghasilkan suhu setinggi itu. Pakar patologi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menguji kehadiran minyak tanah tetapi tiada. Petir turut dipertimbangkan menjadi punca tetapi malam berkenaan tiada satu pun dilaporkan berlaku di St Petersburg.

Beberapa bulan selepas kejadian pelik itu, Ketua Polis dan Ketua Detektif menandatangani kenyataan menyatakan kematian Mary Reeser disebabkan dia tertidur dengan rokok masih di tangannya. Walaupun bukti menunjukkan tidak mungkin rokok menyebabkan kejadian itu, deklarasi itu membuatkan siasatan ditutup. Punca sebenar Reeser terbakar sehingga tidak dapat dikenali masih tidak diketahui dan mungkin tidak akan diketahui.

Kejadian misteri sama menimpa Dr John Irving Bentley, 92, yang dilihat bernyawa buat kali terakhir pada kira-kira jam 9 malam, 4 Disember 1966. Pagi berikutnya, seorang pembaca meter, Gosnell, memasuki rumah Dr Bentley. Sebaik berada di bilik bawah tanah, Gosnell, terhidu bau pelik dan kemudian terlihat asap.

Bimbang dengan keadaan itu, dia segera berlari masuk ke bilik tidur Dr Bentley dan mendapati ia dipenuhi asap dan di dalam bilik air, Gosnell ternampak mayat lelaki itu yang rentung.

Apa yang masih tinggal pada mayat itu ialah bahagian bawah kaki kanannya dengan selipar masih ada pada kaki itu. Tab mandi terbakar teruk. Pada awalnya pihak berkuasa menyangka Dr Bentley membakar diri dengan paip tetapi kemudian didapati paip lelaki itu masih berada di sebelah katilnya. Seperti juga Reeser, kematian Dr Bentley dalam kebakaran masih tidak dapat dihuraikan.

Dari arkib Berita Minggu

0 comments: