BANDUNG - Seorang bekas model, Manohara Odelia Pinot bukan sahaja terkenal di Indonesia selepas dia dilanda krisis rumah tangga dengan suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
Popularitinya itu terbukti apabila penduduk di sini mencari air mineral 'Manohara' yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Menurut sebuah akhbar semalam, nama jolokan Manohara itu diberikan kerana air mineral tersebut berasal dari Malaysia tetapi kini ia dijual di Bandung.
"Susah mendapatkan air itu kerana penjualannya masih terbatas.
"Kami terpaksa memesannya terlebih dahulu," kata seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Dedi.
Seorang lagi penduduk, Wadirman, 39, menyatakan dia minum air mineral 'Manohara' itu beberapa hari lalu selepas rakannya memberikan dua botol kepadanya.
Menurutnya, selepas diminum, air itu mampu menghilangkan rasa pegal pada tubuh.
"Air 'Manohara' kini banyak dicari oleh penduduk untuk diminum kerana ia memiliki kelebihan," katanya.
Menurut akhbar itu, air mineral tersebut berasal dari Malaysia dan dipasarkan di Bandung sejak beberapa bulan lalu.
Pengedar tunggal air mineral berbotol hijau itu, Rudi Hendriawan menjelaskan air digelar 'Manohara' kerana ia dikilangkan di Malaysia.
"Kami terkejut apabila mereka (pembeli) datang ke pejabat kami menanyakan air Manohara," katanya. - Agensi
Kosmo!
18 Disember 2009
Buskers
10 years ago
0 comments:
Post a Comment