INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tulang askar 2,500 tahun lalu ditemui

Tuesday, November 10, 2009

 

RATUSAN tulang manusia ditemui oleh dua beradik di Gurun Sahara, Mesir dipercayai
milik askar Raja Cambyses II.

ANTARA artifak yang ditemui di Gurun Sahara, Mesir.

KAHERAH - Kisah legenda sejumlah askar Parsi hilang di Sahara tersebar sehingga dua setengah milenium walaupun terdapat kekurangan bukti kukuh mengenai kesahihannya lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, dua pakar yang merupakan kembar dari Itali, Angelo dan Alfredo Castiglioni berjaya menemui tinggalan askar Parsi itu.

Mereka menemui ratusan tulang manusia, senjata dan barang kemas di gurun Sahara, barat Mesir yang dipercayai milik 50,000 anggota tentera Parsi.

"Kami menemui bukti arkeologi pertama kisah yang dilaporkan oleh seorang ahli sejarah Greece, Herodotus," kata seorang anggota pameran tulang itu dari Universiti Lecce di Itali, Dario Del Bufalo.

Herodotus pernah menulis bahawa anggota-anggota tentera pemerintah Parsi, Raja Cambyses II tidak dapat ditemui semula selepas berlakunya satu ribut pasir.

Tentera itu dihantar ke Oasis Siwa di Mesir untuk memusnahkan Kuil Amun. - Agensi

Kosmo!

11 November 2009

0 comments: