INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Jumpa kapal di tapak pencakar langit

Tuesday, November 17, 2009

 

SEORANG pekerja pembinaan membawa sebuah tembikar yang dijumpai di tapak pembinaan di Puerto Madero

BUENOS AIRES - Sekumpulan pekerja binaan di Argentina menjumpai peninggalan rangka sebuah kapal Sepanyol dari kurun ke-18 ketika sedang menggali asas sebuah bangunan pencakar langit di Buenos Aires, kata ahli arkeologi.

Bagaimanapun, pakar arkeologi yang sedang mengeluarkan bangkai kapal itu memberitahu bahawa mereka tidak menjangka menemui harta karun.

Setakat ini mereka berjaya menemui sejumlah meriam dan beberapa tembikar yang mungkin digunakan untuk menyimpan minyak zaitun.

Bangkai kapal itu dijumpai di satu tapak pembinaan sebuah bangunan berhampiran tebing sungai Plate di Buenos Aires.

Pakar arkeologi berpendapat bahawa bangkai kapal itu mungkin berasal daripada sebuah kapal yang karam kira-kira 300 tahun lalu.

"Ia sangat lama dan mungkin berasal dari tahun 1700-an atau kemungkinan juga dari tahun 1600-an," kata seorang pakar arkeologi, Marcelo Waissel.

"Saya tidak fikir kapal itu mengandungi harta karun tetapi kami mungkin memperolehi sejumlah artifak yang menarik," katanya. - Reuters

Kosmo!

1 Januari 2009

0 comments: