Oleh Irwan Shafrizan Ismail
Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit
KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.
Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.
"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya
tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.
Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.
"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.
"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.
"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.
Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan
dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.
Berita Harian
20 Julai 2009
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
MARAN: Penduduk di Felda Jengka 4, dekat sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong berdiri di perkarangan sebuah rumah, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang lelaki, Abdul Rahman Sabie, 25, sempat merakamkannya menggunakan telefon bimbit ketika pulang ke rumah.
Menceritakan semula detik menakutkan itu, dia berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di perkarangan rumah jirannya merenung tajam ke arahnya.
Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong berkenaan berikutan keadaan gelap sebelum memberanikan diri merakamkan gambar makhluk itu.
“Sebaik sampai di rumah, saya membuka pintu dan secara tiba-tiba saya memalingkan muka ke arah rumah jiran dan ketika itu saya terlihat kelibat pocong terbabit.
“Berderau darah saya apabila melihat kelibat terbabit yang langsung tidak bergerak sebelum memberanikan diri merakamkannya menggunakan telefon bimbit,” katanya.
Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukan orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.
Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.
“Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar lebih jelas sebelum makhluk itu menghilangkan diri.
“Berikutan itu, saya terus berpaling dan berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut,” katanya.
Abdul Rahman berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat bayangan tubuh putih memandang ke arahnya lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.
KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menyifatkan penemuan pocong didakwa muncul di Felda Jengka 4, dekat Maran, pagi kelmarin sebagai makhluk Allah SWT.
Timbalan Pengarah Jaip, Ghazali Abdul Aziz, berkata makhluk ditemui lelaki terbabit mungkin golongan jin yang boleh ghaib serta bertukar rupa bentuk.
“Ia juga beriman kepada Allah. Kalau dia (makhluk) tidak beriman bermakna ia kafir.
“Bagaimanapun, saya menasihatkan umat Islam tidak mudah tergoda makhluk sedemikian mungkin boleh menyesatkan,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya tidak melarang mana-mana individu merakamkan gambar menggunakan telefon bimbit atau kamera jika terserempak makhluk sedemikian.
Katanya, Jaip banyak menerima aduan berhubung perkara terbabit sebelum ini tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia juga makhluk berhak bebas.
Ghazali berkata, Jaip meminta individu terserempak makhluk sedemikian membaca ayat al-Quran bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan pocong di perkarangan sebuah rumah peneroka di Jengka 4, dekat Maran, sebelum makhluk itu menghilangkan diri, kelmarin.
Harian Metro
20 Julai 2009
3 comments:
betul ke....bg dia punya klip vedio klu betul.
Salam mr. Anon,
Kena la mintak kat En. Abdul Rahman Sabie tu. Mungkin dia dah upload ke YouTube, cuba2 la tengok kot ada kat situ.
Banyak jugak org dkt2 situ jumpa. Sampai orang sinar harian nak hunt menda tu. Mungkin orang bandar akan kata mengarut je menda ni. Pawang yg jaga kawasan tu dh meninggal. Tu banyak menda2 camtu terlepas.
-org jengka
Post a Comment