RAMAI menganggap itik sebagai menu hidangan namun restoran The Mill yang terletak di selatan pantai England menjadikan seekor itik sebagai figura sinonim premis itu.
Diberi nama Crispie, ia merupakan haiwan kesayangan pengurus restoran, Terri Seabright. Dia mula memelihara itik itu sejak Ogos 2007 selepas mendapatinya hidup terbiar.
Keputusan itu dianggap bijak kerana Crispie mulai dikenali ramai sebagai ikon restoran dia bekerja. Malah pemilik The Mill, Liz Cottingham berkata, Crispie amat comel dan kanak-kanak menyukainya.
“Crispie tak ubah seperti penghibur. Ia gemar berjalan di sekitar restoran dan gaya itu benar-benar mencuit hati pelanggan. Ramai berhenti berbual semata-mata mahu melayan kerenahnya dan ada berfikir, ia adalah manusia,” katanya.
Ada segelintir pelanggan tetap restoran itu hanya akan menempah meja jika Crispie datang melawat. Sebaliknya, mereka akan datang lain kali apabila Crispie tiada di situ.
Selain menjadi tarikan, Crispie turut muncul dalam kalendar kebajikan untuk sebuah badan amal tempatan bagi membiayai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kebajikan. – Agensi
Kosmo!
21 Jun 2009
0 comments:
Post a Comment