INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Imej raksasa misteri dirakam

Monday, October 5, 2009

 

IMEJ dirakamkan yang menunjukkan seekor makhluk misteri (dalam bulatan) berenang di Tasik Killarney, Ireland.

DUBLIN - Saintis British percaya mereka telah menemui seekor raksasa misteri yang mendiami sebuah tasik di Taman Negara Killarney di barat daya Ireland, lapor sebuah akhbar semalam.

Makhluk gergasi itu dijumpai oleh Jonathan Downes, 50, yang merupakan Pengarah Pusat Zoologi Fortean di Devon, England ketika bercuti bersama isteri di Tasik Killarney pada minggu lalu.

Ia dilihat di Upper Lake, salah satu daripada tiga tasik di kawasan itu dan Downes bersama seorang rakannya secara kebetulan merakamkan kelibat raksasa itu bergerak.

Misteri makhluk itu pernah didedahkan beberapa tahun lalu oleh saintis yang menemui rakaman sonar menunjukkan satu lembaga besar di Muckross Lake, tasik terbesar di taman itu.

Menurutnya, dia melihat satu leher panjang dan badannya yang berbonggol di tasik itu.

Downes yang merupakan pengkaji spesies haiwan aneh menggambarkan makhluk tersebut seperti belut dengan leher kurus dan mungkin setinggi tiga meter.

Timbalan Pengurus Wilayah Perkhidmatan Mergastua dan Taman Negara, Pat Foley berkata, penemuan makhluk itu pernah direkodkan enam tahun lalu di Muckross Lake. - Agensi

Kosmo!

28 September 2009


0 comments: