INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bigfoot curi sayur milik suami isteri

Monday, October 5, 2009

 

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan seekor mahkluk dipercayai bigfoot berada di belakang kebun Margaret di Fairdale, Kentuckey.

FAIRDALE, Amerika Syarikat (AS), - Satu rakaman kamera litar televisyen menunjukkan seekor makhluk seperti bigfoot mencuri sayur-sayuran milik satu pasangan suami isteri di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Kenny dan Margaret Mahoney memasang kamera litar itu bagi mendapatkan kepastian siapakah yang mencuri sayur-sayuran mereka.

Berdasarkan imej pada litar itu, seekor haiwan berbulu lebat berada di belakang kebun mereka.

Penemuan tersebut mencetuskan spekulasi bahawa haiwan berbulu lebat itu kemungkinan bigfoot.

Ia turut memberi petunjuk kemungkinan haiwan itu suka memakan sayur-sayuran.

Margaret menghubungi stesen berita tempatan selepas melihat imej itu.

"Selepas kami muncul di televisyen, kami dihujani dengan panggilan telefon dan e-mel daripada pemburu bigfoot dan zoologi yang mahu bercakap dengan kami," katanya.

Bagaimanapun, suami Margaret, Kenny tidak mempercayai imej yang disiarkan kamera itu ialah bigfoot.

Menurutnya, adik iparnya menyatakan imej bulu lebat itu merupakan sebuah beg sampah yang sedang ditiup angin. - Agensi

Kosmo!

26 September 2009


0 comments: