INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bukan tengkorak Hitler

Monday, October 5, 2009

 

GAMBAR menunjukkan tengkorak yang disangka Hitler sebenarnya milik seorang wanita.

GAMBAR fail menunjukkan Hitler bersama isterinya, Braun.

HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Bekas pemimpin Jerman yang terkenal kerana misi menakluk dunia dan menghapuskan kaum Yahudi, Adolf Hitler dipercayai tidak menembak dirinya di kepala atau mati di dalam sebuah kubu bawah tanah seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah, lapor sebuah akhbar semalam.

Hitler yang menjadi Canselor Jerman pada 1933 mencatat sejarah kerana memulakan Perang Dunia Kedua dengan menyerang Poland pada 1 September 1939 selain kekejamannya kerana mengarahkan pembunuhan berjuta-juta orang Yahudi.

Sebelum ini, ahli sejarah dan saintis menyatakan bahawa Hitler menembak dirinya selepas mengambil pil beracun sianida bersama isterinya, Eva Braun di sebuah kubu bawah tanah di Berlin menjelang kekalahan Jerman pada 30 April 1945 bagi mengelak dia ditangkap tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS).

Beberapa saksi menyatakan, mayat Hitler dan Braun dibalut dengan beberapa helai selimut sebelum dibawa ke sebuah taman di luar kubu bawah tanah itu untuk dibakar di sebuah lubang.

Namun, setahun kemudian, askar-askar Rusia menggali semula lubang itu dan menemui satu serpihan tengkorak berlubang akibat ditembusi sebutir peluru yang dipercayai milik pemimpin Nazi itu.

Serpihan tengkorak Hitler itu kemudian disimpan agensi perisikan Kesatuan Soviet selama beberapa dekad sebelum dipamerkan di Arkib Negara Rusia, Moscow sejak 2000.

Namun, fakta sejarah tersebut kini dipertikai.

Ia berikutan hasil penyelidikan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh sekumpulan penyelidik AS yang diketuai pakar arkeologi University Connecticut, Nick Bellantoni mendapati serpihan itu bukan tengkorak Hitler.

"Susulan ujian DNA, kami mendapati serpihan tengkorak itu milik seorang wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun," kata Bellantoni.

Menurutnya, Hilter berusia 56 tahun pada 1945 manakala usia Braun pula ialah 33 tahun.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada serpihan tengkorak itu milik Braun atau wanita lain manakala cara Hitler menemui ajalnya masih menjadi misteri. - Agensi

Kosmo!

29 September 2009


0 comments: