INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Suara hantu dalam rakaman video

Monday, October 5, 2009

 

IMEJ suara berhantu didengar semasa Sarah merakamkan gambar anaknya yang berusia lapan minggu.

KENT - Seorang ibu di England, Sarah Mackessy terkejut apabila mendengar suara hantu ketika menonton semula video peribadi yang dirakamkannya baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sarah, 36, dari Rochester di sini mendakwa sedang merakamkan video anak lelakinya yang berusia lapan minggu, Mack semasa bersiar-siar di hutan simpan Tunbridge Wells, Kent.

Bagaimanapun, apabila dia dan keluarganya menonton balik rakaman video itu, mereka terkejut kerana mendengar suara misteri yang berkata: "Saya masih hidup."

Suara itu kedengaran semasa imej wajah anaknya muncul dalam rakaman tersebut.

Sara berkata: "Sewaktu rakaman itu dibuat, dia dan suaminya serta dua kanak-kanak berada kira-kira tiga meter dari saya." - Agensi

Kosmo!

29 September 2009


0 comments: