INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

India gembira temui air di bulan

Monday, October 5, 2009

 

GAMBAR menunjukkan air dikesan di bulan dengan menggunakan lampu inframerah.

BANGALORE - Sebuah satelit India, Chandrayaan-1 yang mengesahkan penemuan kehadiran air di bulan kelmarin menjadi tajuk utama pelbagai media di negara itu semalam.

Satelit itu yang dilancarkan ke orbit untuk misi mengelilingi bulan sejak Oktober tahun lalu sebelum ini mencetuskan kebimbangan kerana ia gagal menghantar balik isyarat ke bumi.

"India kini boleh berbangga apabila Chandrayaan-1 menjadi satelit pertama menemui air di bulan," kata Ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), G. Madhavan Nair.

Pada sidang media di sini semalam, beliau menyifatkan misi itu sebagai menakjubkan malah menutup kritikan pelbagai pihak kerana misi itu dianggap berjaya 110 peratus.

Beberapa akhbar ternama India menyiarkan berita kejayaan itu sebagai tajuk utama manakala stesen televisyen menyiarkan berita itu dengan membangkitkan semangat patriotik.

"Satu langkah besar kepada India, satu langkah gergasi untuk manusia," kata Times of India sementara Hindustan Times menggunakan tajuk Air di bulan: Chandrayaan hebat".

Sebelum ini, para saintis menyatakan bulan pada keseluruhannya adalah kering.

Misi itu melibatkan kos sebanyak AS$80 juta (RM278 juta) iaitu kurang separuh daripada jumlah yang dibelanjakan untuk misi yang sama oleh negara lain.

Perbelanjaan itu menunjukkan India berjaya menggunakan kos yang murah untuk misi tersebut.

Kejayaan Chandrayaan-1 itu mendorong India pada Rabu lalu melancarkan tujuh lagi satelit baru, enam daripadanya milik negara luar dalam satu misi penerbangan ke angkasa.

India memulakan program angkasa sejak 1963 dengan membangunkan satelit sendiri dan menghasilkan pelancar untuk mengurangkan kebergantungan kepada agensi angkasa asing. - AFP

Kosmo!

26 September 2009

0 comments: