INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Noordin amal ilmu mistik?

Tuesday, August 11, 2009

 

PENDUDUK Beji melihat rumah yang menjadi lokasi persembunyian Noordin di Temanggung semalam.

PAKAR bom Jemaah Islamiyah (JI), Noordin Mohammad Top dipercayai mengamalkan ilmu mistik Jawa atau mantera khas yang dapat memberi perlindungan kepadanya.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Noordin mampu meraih simpati orang ramai sehingga ada yang sanggup melindunginya.

Noordin juga tidak menggunakan telefon bimbit bagi mengelak dikesan orang ramai dan menggunakan pembantu bagi menghantar atau menerima pesanan khidmat ringkas (SMS).

Graduan Universiti Teknologi Malaysia pada 1991 itu dipercayai meninggal dunia dalam satu serbuan pihak berkuasa Indonesia semalam.

Noordin, 40, sebelum ini dipercayai melakukan beberapa serangan bom membabitkan kepentingan Barat termasuk bangunan Kedutaan Australia di Jakarta pada 2004.

Pihak polis percaya Noordin berkahwin sekurang-kurangnya dengan tiga wanita sejak menjadi buruan polis tujuh tahun lalu.

"Dia tahu bagaimana untuk mendekati hati rakyat setempat yang boleh memberinya perlindungan terutama bagi masyarakat yang mahu menjadikan Indonesia sebagai negara Islam," kata pengkaji keganasan, Noor Huda Ismail.

Katanya, budaya melindungi itu diperkukuh melalui perkahwinan.

"Apabila berada dalam kumpulan itu, anggota pengganas lain turut berkahwin sehingga membentuk jaringan keluarga yang kuat dan setia. Keadaan itu banyak membantu menghasilkan pemuda yang sanggup melancarkan jihad," kata Noor Huda lagi.

Pada minggu lalu, skuad antipengganas Densus 88 menahan wanita yang dipercayai isteri ketiga Noordin, Ari Aryani di Cilacap, Jawa Tengah.

Kata Aryani, dia tidak mengetahui suaminya menjadi buruan polis dan menyatakan suaminya bernama Abdul Halim yang bekerja sebagai guru di Solo.

Sebelum mengahwini Aryani, Noordin dipercayai berkahwin dengan Munfiatun di Surabaya, Jawa Timur pada 2004. Munfiatun ditahan pada 2005 sebelum dipenjara kerana melindungi suspek pengganas tetapi dibebaskan dua tahun kemudian kerana berkelakuan baik.

Polis percaya isteri pertama Noordin berasal di Rokan Hilir, Riau.

Noordin dipercayai meninggal dunia dalam satu serbuan pihak berkuasa Indonesia di Temanggung setelah dikepung 16 jam. - Agensi

Kosmo!

9 Ogos 2009

0 comments: