INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Dua imej misteri di Perth

Tuesday, August 11, 2009

 

GAMBAR menunjukkan dua imej misteri (dalam bulatan) muncul di ruang angkasa Perth, Australia.

PERTH, Australia - Seorang penduduk di sini yang sedang merakamkan imej suasana malam bandar Perth dikejutkan dengan kemunculan dua cahaya misteri, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej itu yang berbentuk seperti piring terbang berwarna hijau dan satu cahaya merah dirakamkan pada pukul 7.45 petang waktu tempatan pada 7 Ogos lalu.

Dia yang juga pembaca akhbar itu menyatakan imej yang dirakamkan itu asli dan tidak diubah suai.

Bagaimanapun, dia tidak percaya gambar yang dirakamnya itu adalah objek terbang yang tidak dikenali (UFO).

Dia tidak dapat memberikan penjelasan mengenai cahaya yang muncul di dalam rakaman imej digital itu.

"Ketika itu, saya sedang merakamkan imej bulan dan tidak sedar mengenai kewujudan cahaya hijau dan merah itu sehingga saya membuka semula imej rakaman di dalam komputer.

"Cahaya yang muncul di dalam imej itu tiada kaitan dengan kesan efek lensa atau pantulan cahaya," katanya. - Agensi

Kosmo!

10 Ogos 2009


0 comments: