INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Jutaan ladybird landa Norfolk

Tuesday, August 11, 2009

 

Seorang wanita terkejut melihat banyak kumbang ladybird di keretanya.

Sejumlah besar kumbang ladybird berada di tepi sebatang jalan raya di Norfolk, England.

NORFOLK - Britain berdepan serangan kumbang Ladybird terburuk sejak 1976 apabila puluhan juta serangga itu membiak dengan cepat dengan memakan kutu daun yang menjadi makanan kegemarannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumbang itu dipercayai berhijrah dari Benua Eropah kerana bekalan makanan di rantau berkenaan semakin berkurangan sepanjang musim panas tahun ini.

Orang ramai bertindak menutup tingkap dan pintu rumah bagi mengelakkan kumbang itu memasuki rumah mereka. Sebuah kereta Volkswagen Beetle milik seorang wanita turut dikerumuni kumbang tersebut.

Pakar-pakar percaya serangan itu akan berlarutan selama beberapa hari sehingga kutu daun mula berkurangan. - Agensi

Kosmo!

8 Ogos 2009

0 comments: