INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Apa itu Manticore?

Sunday, August 2, 2009

 

Manticore merupakan sejenis makhluk mitos orang Parsi (atau Persia). Bentuk badannya seperti singa dan memiliki tiga batang taring. Ekornya seperti sengat kala jengking dan mampu menyengat mangsanya untuk melumpuhkan atau membunuh mangsanya.

Manticore dikatakan mempunyai suara seperti trompet dan mempunyai kaki seperti naga. Nama Manticore berasal dari bahasa timur tengah kuno yang bermaksud 'pemakan manusia' gabungan dari perkataan martya bererti manusia dan xwar bermaksud memakan. Nama Manticore juga dikatakan diambil dari perkataan Latin iaitu mantichora.

Kisah tentang Manticore telah ditulis dan diceritakan oleh Ctesias, seorang bangsa Yunani yang berkhidmat kepada Raja Artaxerxes II sekitar abad ke-4 Sebelum Masehi.

Seorang penulis bangsa Rom iaitu Pausanias juga telah menulis tentang Manticore di dalam bukunya berjudul Description of Greece. Di dalam buku tersebut beliau menggambarkan bahawa Manticore adalah sejenis makhluk yang berbentuk seperti harimau, memiliki tiga batang taring dan juga sengatan racun yang terdapat pada ekornya. Untuk mempertahankan diri, Manticore juga boleh menembak damak beracun dari ekornya.

Seorang penulis bernama Robertson Davies telah menghasilkan sebuah novel berjudul The Manticore pada tahun 1972. Novel itu mengisahkan seorang manusia yang mampu bertukar menjadi makhluk Manticore.

Sumber: Wikipedia

2 comments:

cerpelai said...

Macam Sphinx tu ke?

zulazahari said...

Nanti aku cari info pasai Sphinx, tunggu.....