INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Sphinx

Monday, August 3, 2009

 


Sphinx merupakan sejenis makhluk mitos kaum Yunani. Makhluk ini bertubuh seperti singa, mempunyai kepala seperti wanita dan bersayap seperti burung helang (hampir menyamai Manticore). Seperti Manticore, Sphinx juga merupakan makhluk yang ganas dan menggerunkan.

Nama Sphinx itu di dalam bahasa Yunani bermaksud Si Pencekik (Strangler). Ini kerana menurut cerita Sphinx adalah sejenis makhluk yang suka memberi teka-teki terlebih dahulu sebelum membunuh mangsanya. Sekiranya mangsa dapat menjawab soalan teka-tekinya, mangsa itu akan dilepaskan dan sekiranya gagal, mangsa akan dicekik hingga mati (ada pendapat mengatakan bahawa Sphinx juga menggigit leher mangsanya dan menggantungkan mangsanya dalam keadaan terbalik sehingga mangsanya mati).

Teka-teki Sphinx yang terkenal ialah "Makhluk apakah yang berkaki empat di waktu pagi, berkaki dua di waktu tengah hari dan berkaki tiga di waktu petang?" Dikatakan ramai orang yang tidak dapat menjawab soalan ini dan telah dibunuh oleh Sphinx kecuali seorang lelaki bernama Oedipus yang telah menjawab "Makhluk tersebut bernama manusia, empat kaki di waktu pagi bermaksud awal kehidupan iaitu bayi yang merangkak menggunakan dua kaki dan dua tangannya, apabila dewasa (tengah hari) ia berjalan menggunakan kedua-dua kakinya dan apabila tua (waktu petang) terpaksa menggunakan tongkat untuk membantunya berjalan (berkaki tiga).

Dikatakan selepas mendapat jawapan tersebut, Sphinx pun membunuh dirinya sebagai menepati janjinya kepada Oedipus untuk tidak membunuh manusia lagi. Kisah ini terdapat dalam legenda Oedipus.

Kaum Mesir Purba telah mengabadikan Sphinx sebagai salah satu dewa mereka dan telah membina sebuah patung di hadapan Piramid Giza. Yang anehnya, kepala patung itu digambarkan sebagai lelaki dan hidungnya telah patah. Tidak dapat dipastikan siapakah yang telah mematahkan hidung patung Sphinx tersebut.

Sumber: wikipedia

1 comments:

cerpelai said...

Tu diaaa..
Mekasih info ni bro..
Pasal bagi teka-teki tu memang gua pernah baca dulu.. Cuma gua sikit keliru perbezaan antara Manticore dengan Sphinx..