INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tengkorak cetus tanda tanya

Tuesday, July 7, 2009

 

GAMBAR menunjukkan tengkorak yang ditemui di sebuah pantai di Sydney pada 12 September 2008.

SYDNEY - Polis Australia yang kebingungan semalam merayu kepada orang ramai supaya tampil memberikan maklumat selepas tengkorak yang berusia 700 tahun ditemui di sebuah pantai di sini pada September lalu.

Menurut polis, tengkorak itu dipercayai milik seorang pemilik peribadi atau muzium.

Apa yang mencetuskan tanda tanya polis bagaimana tengkorak itu boleh berada di tepi pantai itu.

Ujian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan ia merupakan tengkorak kanak-kanak berumur empat atau enam tahun yang hidup tujuh abad lalu.

Polis menyatakan orang ramai perlu menunjukkan rekod atau bukti bahawa mereka merupakan pemilik tengkorak itu jika mahu membuat tuntutan. - AFP

Kosmo!

8 Julai 2009


0 comments: