INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

CNN dakwa imej bukan hantu Jacko

Friday, July 10, 2009

 

GAMBAR fail menunjukkan satu lembaga (dalam bulatan) yang dipercayai hantu Jacko di rumah miliknya di Neverland Ranch, Santa Barbara.

LOS ANGELES - Lembaga yang didakwa sebagai hantu bintang pop Michael Jackson di rumahnya di Neverland Ranch, Santa Barbara didapati palsu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini rakaman seperti satu lembaga yang dipercayai hantu dirakamkan oleh jurukamera stesen televisyen CNN di rumah tersebut baru-baru ini.

Ketika itu, jurukamera CNN sedang membuat siaran langsung program perbualan yang popular iaitu Larry King Live dari rumah tersebut.

Rakaman itu turut disiarkan di laman web YouTube.

Bagaimanapun, Larry dan krew CNN kembali semula ke rumah Raja Pop itu di Neverland Ranch untuk memastikan sama ada imej tersebut ialah hantu.

Selepas mereka melakukan siastan, satu keputusan dibuat bahawa lembaga yang didakwa hantu itu sebenarnya merupakan bayang milik seorang pekerja di rumah Michael atau seorang anggota krew CNN.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya di sini. - Agensi

Kosmo!

9 Julai 2009

0 comments: