INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Wanita bantu buat lukisan 25,000 tahun

Monday, July 6, 2009

 

GAMBAR menunjukkan lukisan dan bekas tapak tangan di Gua Pech Merle, Perancis.

PARIS - Satu kajian terbaru menunjukkan sekumpulan wanita turut sama membantu membuat beberapa lukisan yang berumur lebih 25,000 tahun dalam Gua Pech Merle dan Gargas di Perancis, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pengkaji lukisan purba dari Universiti State Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), Profesor Dean Snow berkata, terdapat banyak bekas tapak tangan wanita pada lukisan di gua itu.

Dengan menggunakan bentuk tangan manusia moden, dia membandingkan ukuran bekas tapak tangan yang terdapat dalam gua tersebut.

"Saya mempunyai banyak data manusia berketurunan Eropah yang membenarkan saya mengimbas tangan mereka sebagai data rujukan," katanya.

Dia menggunakan nisbah jari bagi mengenal pasti sama ada lelaki atau perempuan yang membuat bekas tapak tangan yang kecil.

"Jari telunjuk yang panjang dan jari kelima yang pendek adalah ciri-ciri kewanitaan," katanya yang merujuk pada bekas tapak tangan di kedua-dua gua itu. - Agensi

Kosmo!

7 Julai 2009


0 comments: