INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tinggi Khagendra 60.96 sentimeter

Wednesday, June 24, 2009

 

KHAGENDRA (kiri) mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter.

KATHMANDU - Seorang remaja yang berumur 17 tahun dari Nepal iaitu Khagendra Thapa Magar akan menjadi lelaki paling kecil di dunia dalam tempoh empat bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Keluarga remaja itu kini berurusan dengan Guinness World Records bagi mengiktiraf Khagendra yang memiliki ketinggian 60.96 sentimeter sebagai lelaki terkecil di dunia.

Setakat ini, rekod lelaki terkecil dunia dipegang oleh warga China iaitu He Ping Ping dengan ketinggian 76.2 sentimeter.

"Dia dilahirkan dengan berat 600 gram," kata ibunya Dhana Maya Thapa Magar yang berumur 33 tahun.

Berat badannya kini 4.5 kilogram.

Doktor-doktor di Nepal mempercayai dia menghidap penyakit kelenjar pituitari glandular yang mempengaruhi pertumbuhan badannya. - Agensi

Kosmo!

25 Jun 2009

0 comments: