INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Suri rumah temui harta karun

Thursday, June 25, 2009

 

MARY HANNABY mencari harta karun menggunakan alat pengesan logam di Hertfordshire manakala gambar kecil ialah loket yang ditemuinya baru-baru ini.

HERTFORDSHIRE - Selepas tujuh tahun meredah padang dan pantai dengan sebuah alat pengesan logam, seorang suri rumah di sini Mary Hannaby akhirnya menemui harta karun bernilai lebih £250,000 (RM1.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Harta karun yang ditemui berupa sebuah loket emas berukuran 2.8 sentimeter (sm) kali 2.3 sm dan dipercayai berasal dari kurun ke-15.

Hannaby, 57, mendengar alat pengesannya berbunyi sebagai menandakan ia menemui logam ketika keluar mencuba nasib bersama seorang anak lelakinya, Michael di sebuah padang dekat sini pada Ahad lepas.

Selama 500 tahun, harta tersebut tertanam pada kedalaman beberapa sentimeter dari permukaan tanah walaupun kawasan tersebut berulang kali dibajak.

"Anda teruja setiap kali alat itu berbunyi tetapi sering kali anda tidak menemui apa-apa yang berharga. Namun, kali ini ia berbeza. Sukar untuk kami mempercayainya," kata wanita itu.

Dia perlu melaporkan dan menjual barangan itu kepada pihak muzium Britain dan Hannaby memberitahu pemilik padang itu bersetuju menerima 30 peratus hasil jualan tersebut.

Menurut Akta Harta Purba 1996, individu yang menjumpai tinggalan lama berharga seperti emas dan perak mesti melaporkan penemuan yang berusia lebih 300 tahun. - Agensi

Kosmo!

26 Jun 2009



0 comments: