INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ditipu sami RM120,000

Wednesday, June 24, 2009

 

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Salman Hamat

PETALING JAYA: Taksub dengan sekeping iklan dibaca mengisahkan sami ‘bertuah’ boleh menurun nombor ekor yang pasti mengena, seorang ahli perniagaan sanggup membayar harga upah perkhidmatan luar biasa sebanyak RM120,000 untuk memenuhi hasratnya itu.

Difahamkan lelaki berkenaan mengetahui iklan terbabit selepas mengutipnya ketika sedang berjalan dan teruja sejurus melihat iklan mengenai sami di sebuah kuil di Kelantan.

Bagi memenuhi hasratnya itu, sami terbabit meminta nama penuh dan tarikh lahir mangsa, kononnya untuk upacara merahmati nasib mangsa supaya dia kerap menang nombor ekor.

Mangsa yang merasa dirinya bertuah mula memasang angan-angan untuk menjadi jutawan tetapi berasa nasib berubah menjadi malang selepas selama tujuh bulan mencuba nasib, tiada satu nombor pun mengena.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.

Katanya, sami berkenaan pada awalnya meminta RM345,000 daripada mangsa berusia 34 tahun itu bagi upacara merahmati nasib supaya menang nombor ekor dan cepat menjadi kaya.

“Bagaimanapun selepas tawar-menawar sami terbabit bersetuju untuk menurunkan harga upah perkhidmatan itu kepada RM120,000,” katanya.

Katanya, mangsa yang bersetuju dengan harga ditawarkan terus membuat bayaran menggunakan nombor akaun bank diberikan.

Nasib malang menimpa mangsa itu bermula November tahun lalu apabila dia dikatakan kerap ke kedai loteri untuk mencuba nasib kerana diberi jaminan nombor dibeli akan mengena.

Berang dan rasa tertipu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, semalam.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Harian Metro

25 Jun 2009

0 comments: