INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Sebulan layan nafsu bomoh

Tuesday, June 16, 2009

 

Oleh Sarah Zulkifli dan Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Dia bukan saja dicabul dan dirogol, seorang wanita berusia 30-an yang mendapatkan rawatan tradisional daripada seorang bomoh turut diliwat berulang kali selepas disihir, sejak sebulan lalu.

Lebih kejam apabila mangsa turut dijadikan ‘habuan’ kepada beberapa penuntut yang sedang belajar dengan bomoh berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang terkena sihir itu dikatakan bertindak meninggalkan kediamannya dan menetap bersama bomoh durjana itu di sebuah flet di Cheras.

Menurut sumber, mangsa pergi berjumpa dengan bomoh terbabit untuk mendapatkan rawatan apabila berasakan dirinya terkena ilmu hitam dan sering mengalami gangguan aneh terutama pada lewat malam, awal Mei lalu.

Bagaimanapun, mangsa terperangkap apabila bomoh yang ditemuinya itu sebenarnya adalah ‘bapa syaitan’ yang turut mengambil kesempatan terhadapnya dipercayai selepas tertarik kepada kecantikannya itu.

“Bomoh durjana terbabit dikatakan menggunakan sihir bagi menundukkan mangsa menyebabkan dia patuh kepada semua arahan yang dikeluarkan lelaki terbabit.

“Disebabkan itu, dia bukan saja dicabul dan dirogol, malah diliwat bomoh dan beberapa penuntut yang sedang belajar ilmu dengan lelaki terbabit,” katanya.

Sumber berkata, wanita terbabit bagaikan lembu dicucuk hidung apabila sanggup berpindah ke rumah yang didiami kumpulan berkenaan dan menjadi santapan kumpulan bernafsu ganas dan songsang itu saban malam.

“Tidak cukup dengan itu, bomoh dan anak buahnya itu juga dikatakan memaksa mangsa untuk meneguk arak dan menghisap dadah bertujuan merangsang mangsa untuk turut berkelakuan ganas ketika melayan nafsu kumpulan berkenaan secara beramai-ramai,” katanya.

Bagaimanapun, perubahan mendadak wanita terbabit menyebabkan beberapa rakan rapat termasuk ahli keluarga mangsa mula menyedari ada yang tidak kena dengannya.

Rakan mangsa yang bertindak menyiasat mengenai punca perubahan sikap mangsa akhirnya terkejut apabila wanita yang dikenalinya itu menjadi hamba seks kepada bomoh terbabit dan beberapa anak buahnya.

Sumber berkata, mangsa pernah mendakwa berada dalam keadaan separuh sedar setiap kali berdepan dengan bomoh terbabit.

“Walaupun dia cuba mengelak untuk pergi ke rumah bomoh itu, dia merasakan dirinya seolah-olah diseru menyebabkannya gelisah sebelum bergegas ke sana,” katanya.

Sumber berkata, beberapa rakan mangsa yang bersimpati dengan nasib buruknya itu kemudian berpakat dan membawa mangsa berjumpa seorang ustaz.

“Dengan bantuan ustaz berkenaan, kuasa sihir bomoh terbabit berjaya dilumpuhkan,” katanya.

Difahamkan, mangsa kini masih menjalani rawatan dengan ustaz berkenaan di bandar raya ini dan difahamkan sudah beransur pulih.

Sehubungan itu, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Harian Metro

13 Jun 2009

0 comments: