INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bomoh seks ditangkap

Tuesday, June 16, 2009

 

PHNOM PENH - Seorang bomoh cinta, Ros Sarin yang mendakwa mempunyai kuasa memulihkan masalah rumah tangga didakwa di sebuah mahkamah semalam atas tuduhan merogol dan penderaan seks kanak-kanak.

Polis menyatakan, Sarin mendakwa dia mempunyai kuasa sihir yang mampu mengekalkan cinta teman lelaki atau suami mangsanya.

Ketua Polis Tentera Kemboja, Leftenan Jeneral Sao Sokha, berkata, bomoh itu ditangkap kelmarin selepas Mahkamah Perbandaran Phnom Penh menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa dia dirogol ketika berubat dengannya

Pendakwa raya, Sok Rouen mengemukakan berpuluh-puluh tuduhan merogol dan penderaan seksual terhadap Sarin.

Akhbar Reaksmei Kampuchea semalam melaporkan, tertuduh menjalankan kegiatan tersebut di satu tempat terpencil di sebuah pagoda Buddha yang terletak 30 kilometer di utara Phnom Penh.

Setiap wanita yang mahu mendapat rawatan diwajibkan bersumpah simpan rahsia di hadapan patung Buddha berhubung kejadian yang berlaku di sebuah bilik berkunci.

Mangsa kemudian diberikan minuman air tetapi ia sebenarnya ubat perangsang seks.

Ros Sarin kemudian menayangkan video seks sambil membaca mentera sebelum merogol mangsa, lapor akhbar berkenaan.

- AP

Kosmo!

17 Jun 2009

0 comments: