INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Mata dalam kepala

Wednesday, June 3, 2009

 

IKAN mata tong ini benar-benar mempunyai mata di belakang kepalanya. Kerana kebiasaan hidup dalam kegelapan di laut dalam, hidupan laut itu memiliki keupayaan unik dan berguna bagi mengesan pemangsa yang cuba menyerang dan juga mencari makanan, dengan mengguna kepalanya.


Evolusi ikan itu yang nama saintifiknya Macropinna microstoma menjadikan kepalanya telus dan matanya mampu bergerak sendiri dalam kepala untuk melihat pelbagai arah.

Jika dilihat dari depan, hidupan laut itu kelihatan seperti ikan biasa. Namun perbezaannya jelas kelihatan apabila melihatnya dari sisi atau atas.

Walaupun hampir seluruh badannya berwarna gelap, bahagian atasnya telus dan matanya dapat dilihat dengan jelas.

Saintis percaya ikan mata tong itu hanya boleh memandang ke atas. Namun baru-baru ini, mereka mendapati ikan itu juga boleh melihat ke depan untuk memastikan mulut dan matanya selari.

Mengikut pakar biologi evolusi, hidupan laut itu mempunyai deria penglihatan yang sungguh tajam kerana habitatnya sangat mencabar.

Ikan itu yang hanya sepanjang beberapa sentimeter, tinggal jauh di dalam laut, melebihi garisan yang boleh ditembusi cahaya mata hari.

Ini bermakna hidupan laut lain di sekitarnya tidak boleh melihatnya dengan jelas. Pemangsa yang ada di atas juga tidak dapat mengesannya.

Namun, ikan berkenaan boleh memandang ke atas untuk memburu ikan kecil dan plankton yang menjadi bahan makanannya.

Apabila mangsanya dikenal pasti, ikan mata tong itu menyerang dengan muncul dari kawasan gelap dan menyambar makanannya dengan pantas.

Untuk mengelak cahaya matahari apabila berenang di kawasan cetek, mata haiwan itu boleh berpusing untuk memandang ke depan bagi membolehkannya melihat arah yang dituju.

Matanya yang hijau terang sungguh menakjubkan dan penyelidik percaya ia mungkin satu bentuk penapis cahaya yang membolehkannya menghindarkan cahaya matahari serta memudahkannya mengesan ikan kecil dan ampai-ampai — makanan kegemarannya.

Dua lubang yang kelihatan seperti mata di depan ikan itu dikatakan sama dengan hidung manusia. Pada mata ikan tong ini ada cecair sejernih kristal yang dilekatkan oleh membran kecil.

Jika membran itu pecah, matanya terdedah kepada tekanan yang wujud dalam air sedalam 600 hingga 800 meter akan membunuhnya serta-merta.

Harian Metro

0 comments: