INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Pelik tapi benar

Wednesday, June 3, 2009

 

KEANEHAN alam ada kalanya menyebabkan kita berfikir, tertanya-tanya sama ada dunia masih kekal seperti sebelumnya atau berubah mengikut peredaran masa. Hakikatnya, dunia ini penuh dengan keanehan, sama ada hubungan antara haiwan dan manusia mahupun haiwan itu sendiri.

Contoh terbaik ialah jika kita melihat seorang lelaki bermain dengan begitu bersahaja dengan singanya. Pastinya jika tidak dilihat sendiri, kita akan terfikir, pasti lelaki itu bakal menjadi makan tengah hari raja hutan itu.

Namun di Afrika Selatan, itu yang dilakukan pakar habitat haiwan, Kevin Richardson yang begitu bersahaja berenang dengan rakannya, sang singa.

Minggu ini, beliau kelihatan gembira berenang di Sungai Buaya, selatan kawasan pergunungan Magaliesburg berhampiran Johannesburg dengan Meg, seekor singa betina seberat 184 kilogram.

Mudah buat ratu hutan itu mematahkan leher Richardson dengan hanya satu hayunan manja kakinya atau memecahkan kepalanya dengan gigitan rahangnya yang kuat.

Bagaimanapun, sebaliknya Meg kelihatan gembira berenang dan bermain dengan Richardson, 34.

Hakikatnya, beliau bukan saja kerap menghabiskan masa dengan singa, tapi turut kerap bermain dengan cheetah, harimau kumbang dan dubuk di kawasan perlindungan tempat beliau bekerja.

Menurut Richardson, beliau lebih yakin dengan haiwan liar yang dikenalinya sejak ia lahir, tapi mendakwa mampu berkawan dengan sebarang singa asalkan ia berusia kurang setahun.

Ada orang bangga dengan kerjanya, tapi Richardson nampaknya berkerja dengan kebanggaannya.

Satu lagi hubungan yang aneh adalah antara seekor anak memerang dan patung beruang.

Jalinan itu bermula selepas anak memerang itu berjalan di Winsford, Exmoor di Somerset dan ia dilihat memeluk permainan kanak-kanak itu.

Anak memerang itu yang kehilangan ibu bapanya akhirnya menjadi terlalu intim dengan anak patung itu di Pusat Perlindungan Haiwan Antarabangsa Secret.

Anak patung menjadi ibu angkat? Mungkin inilah kejadian pertama. Mungkinkah ini berpunca daripada perubahan cuaca dunia?

Tony Snaith pula memiliki pelawat yang kerap datang ke taman di rumahnya.

Baru-baru ini meja burungnya dikunjungi pelawat yang lincah, iaitu seekor musang yang masih kecil.

Snaith, 64, dari Denham, Bucks, terkejut melihat haiwan berusia setahun yang digelarnya Hopalong kerana terhincut-hincut bila berjalan melompat setinggi lima kaki untuk naik ke atas meja itu.

Ia kemudian menjadikan meja itu sebagai rumahnya dan makan cebisan roti yang masih tinggal di situ. Hopalong adalah satu daripada tiga ekor musang yang sering mengunjungi laman belakang rumah Snaith dan padang di sekitarnya.

Bagaimanapun, masalah dihadapi Adam Morley mungkin paling rumit selepas anjing Dalmatiannya, Button memecahkan rekod dunia dengan melahirkan 18 anak.


Morley, 40, dan isterinya Nicola, dari Melton Mowbray, Leics menghadapi pelbagai masalah membesarkan mereka, malah keluar berjalan-jalanpun sesuatu yang meletihkan kerana semua anjing berjalan ke arah berlainan, menyebabkan tali leher mereka bersimpul.

Namun, kesukaran itu berakhir selepas 16 daripada anak anjing itu diserahkan kepada mereka yang berminat ketika berusia 11 minggu. Morley dan isterinya hanya menyimpan dua ekor.

Peristiwa ini pelik kerana Dalmatian biasanya melahirkan antara lapan hingga sembilan anak saja. Apapun, hakikatnya dunia ini sememangnya aneh.

Harian Metro

0 comments: