INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ibu tunggal dipukau ‘doktor’ baru dikenali

Sunday, June 21, 2009

 

KUALA LUMPUR: Bermodalkan perwatakan sopan dan bijak bermain kata, seorang lelaki menyamar sebagai doktor memukau seorang ibu tunggal sebelum melarikan pelbagai barang berharga milik mangsa.

Wanita berusia 40-an dan mempunyai empat anak itu kini trauma dipercayai akibat dipukau ‘doktor’ berusia 30-an itu selepas mereka bertemu ketika berjoging di sebuah taman di Setapak di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Menurut seorang anak mangsa yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian Khamis lalu, ibunya ke taman berkenaan untuk berjoging dikatakan singgah di gerai menjual kuih milik rakannya di kawasan itu untuk berehat sebelum disapa lelaki berkenaan.

“Lelaki terbabit secara tiba-tiba bertanya ibu saya sama ada mengenali dirinya atau tidak,” katanya di sini, semalam.

Mangsa yang tidak curiga dengan suspek kemudian menjawab tidak mengenali lelaki terbabit sebelum lelaki itu menawarkan khidmat untuk menghantar wanita itu pulang ke rumahnya yang berhampiran.

Disebabkan gaya tutur sopan dan pemakaian kemas, selain memperkenalkan diri sebagai doktor, ibunya tidak menolak pelawaan itu.

Ketika pulang, anak mangsa yang ketika itu sedang bersiap untuk pergi bekerja terkejut dengan kelakuan ibunya dalam keadaan kelam-kabut selepas pulang berjoging.

Menurutnya, apabila ditanya ibunya hanya menjawab ada urusan bersama rakan barunya itu.

Bagaimanapun, wanita itu hanya tersedar pada tengah hari bersendirian dengan beg tangannya tiada di sebuah restoran di sebuah kompleks beli-belah di Kepong di sini, sebelum menghubungi anaknya.

“Orang ramai yang mengetahui kejadian malang menimpanya membantunya membawa ke balai polis berhampiran,” katanya.

Difahamkan, selain mengambil barang berharga, termasuk wang tunai dan barang kemas, suspek dikatakan mengarahkan mangsa mengeluarkan wang berjumlah hampir RM1,000 di bank.

Harian Metro

22 Jun 2009

0 comments: