INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Saintis dapati dinosaur lebih kecil

Monday, June 22, 2009

 

GAMBAR menunjukkan seekor dinosaur dalam salah satu adegan yang terdapat dalam filem Jurassic Park.

DENVER - Saiz sebenar dinosaur tidak sebesar seperti yang digambarkan oleh pengarah filem Hollywood, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sekumpulan saintis yang oleh diketuai Dr. Gary Packard dari Universiti Negeri Colorado, Amerika Syarikat mendapati terdapat kelemahan dalam kaedah pengiraan berat dan saiz haiwan prasejarah itu yang digunapakai sejak 25 tahun lalu.

Beliau berkata, kesilapan melibatkan aspek matematik itu menyebabkan anggaran saiz dan berat dinosaur jauh lebih besar berbanding saiz sebenar.

"Kami menggunakan kaedah pengiraan lama terhadap 35 sampel haiwan masa kini dan mendapati ia memiliki kelemahan serius. Kelemahan itu menyebabkan berat kebanyakan dinosaur sebenarnya separuh daripada anggaran asal," katanya.

Menurutnya, dinosaur Styracosaurus sebenarnya mempunyai berat 3,300 kilogram (kg) dan bukan 4,200kg seperti anggaran sebelum ini manakala Diplodocus mempunyai berat 4,000kg berbanding 5,500kg.

Hasil penyelidikan itu dapat dibaca dalam Journal of Zoology yang diterbit oleh Persatuan Zoologi London semalam. - Agensi

Kosmo!

23 Jun 2009

0 comments: