INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Beri tiket loteri selepas pukau, samun mangsa

Tuesday, June 23, 2009

 

KUALA LUMPUR: Sepasang penjenayah warga asing dipercayai kaki pukau sempat memberi tiket loteri hadiah utama kepada seorang wanita sebagai ‘hadiah’ sebelum melarikan barangan berharga miliknya di kompleks beli-belah di Kepong, di sini.

Mangsa, seorang pembantu tadbir berusia 30-an dikatakan menuruti kemahuan wanita dan lelaki dipercayai warga Indonesia sebelum dia memberi sekeping tiket loteri yang kononnya memenangi hadiah utama bernilai ribuan ringgit.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, mangsa pergi ke kompleks beli-belah itu bersama anaknya sebelum ditegur pasangan berkenaan yang meminta bantuan menebus hadiah loteri dimenangi mereka.

Sumber berkata, dua suspek itu merenung tajam mata mangsa untuk memukaunya.

“Selepas dipukau, mangsa menuruti arahan pasangan itu untuk mengikut mereka ke tempat meletak kereta di kompleks beli-belah itu,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, sebaik tiba di kawasan letak kereta itu, pasangan itu menyuruh mangsa mengeluarkan wang RM1,000 di bank berhampiran melalui mesin juruwang automatik (ATM).

Harian Metro

24 Jun 2009

0 comments: