INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tembikai 20 kali ganda lebih kecil

Thursday, May 14, 2009

 

SEORANG budak perempuan memegang buah tembikai Pepquino yang 20 kali ganda lebih kecil daripada tembikai biasa.

LONDON - Tembikai yang bersaiz 20 kali ganda lebih kecil daripada biasa diperkenalkan di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Spesies yang jarang ditemui itu dikenali sebagai tembikai Pepquino yang mempunyai panjang 3 sentimeter namun ia memiliki corak dan bentuk seperti tembikai biasa.

Pepquino berasal daripada tembikai liar yang ditemui oleh beberapa pengusaha produk makanan Belanda di Amerika Selatan yang membawanya pulang untuk dibiakkan di dalam rumah hijau.

Walaupun rupanya hampir sama dengan tembikai biasa tetapi rasanya rangup dan segar seperti timun.

Buah itu dijual pada harga £10 (RM53) untuk setiap 250 gram yang mengandungi sebanyak 50 biji buah tembikai.

Pengurus syarikat pemasaran syarikat Koppert Cress, Anneke Cuppen yang menjual buah itu berkata, tempahan diperoleh dari pasar New Covent Garden, pasar New Spitalfields dan pasar Birmingham, Britain.

"Permintaan untuk tembikai ini setakat ini datang dari restoran dan hotel. Kami berharap untuk menjual sebanyak 50 hingga 100 kotak seminggu." katanya. - Agensi

Kosmo!

15 Mei 2009

0 comments: